Tersenyum sendiri bila kalian kata kalian kenal aku. |
Rata-rata yang ku jumpa,
banyak yang tersalah sangka,
apa yang aku rasa,
tidak seiring dengan tekaan mereka,
kerana itu aku bersedia,
menghadapi segala tusukan jiwa,
walaupun berat untuk ku terima,
lautan hikmah menjadi pembela..
Ya, aku tidak nafikan,
bila yang mehnah itu datang menerpa,
hidupku serabut dengan pelbagai belitan,
namun kerana wajah bijak bersandiwara,
kalian tidak tahu yang aku dalam kesulitan..
Ramai yang tertipu,
kerana mereka tidak tahu,
ramai yang terpedaya,
kerana aku tidak pernah bercerita..
Tetapi dalam aku bijak berstrategi,
aku perlu akui,
yang kuasaNya mengatasi langit dan bumi,
hatta jiwa dan hati,
semuanya dalam genggaman Ilahi..
Cukuplah manusia,
kalau dahulu kamu lihat aku hina,
hari ini aku datang dengan nama yang sama,
kalau dahulu kamu lihat aku simpati,
hari ini aku lihat kamu bagaikan mentari,
dan kerana kamu.. aku adalah aku hari ini..
Padaku sampai di sini,
panjang cerita hanya buang masa,
biarlah yang susah itu aku harungi,
demi kematangan di hujung cerita..
Anggaplah ia sebuah perjalanan,
seorang hamba mncari Tuhan,
namun di tengahnya terselit cobaan,
yang harus ku tahan demi kejayaan..
Sekian terima kasih,
~Puitis : Kamu Masih tidak Kenal Aku ~
Bayt Suhel Urdun,
.:: Pelaut Rabbani ::.
He's the one who knows you best
ReplyDeleteHe knows what's in your heart
You'll find your peace at last
If you just have faith in Him
-lirik lagu I Believe
mak ayah,kawan-kawan,tidak selalu dapat bersama kita,dan mengenali kita dgn sebenar-benarnya tetapi, ALLAH sentiasa bersama dan mengetahui yang terbaik buat hamba-hambaNYA. Namun, ikatan hati dgn manusia krn Allah,insyaALLAH,ada bahagia di situ.
wallahua'lam. sekadar pemahaman dan pendapat saya. Just have faith in HIM.
ada 1 kelebihan yg Allah bg kat anta. xtau nk kata apa. tp terasa sgt kagum!
ReplyDeletehingga mungkin kita sendiri tidak dapat mengenali diri sendiri...
ReplyDelete> Mujtahidah
ReplyDeleteKerana itu hanya kepada Alah yang layak kita cerita segala masalah, namun tidak bermakna kita tidak boleh bercerita kepada mereka yang kita sayang dan percaya, sebab dlm byk sbb.. mungkin akan Allah jawab luahan hati kita melalui mereka..
jazakillah..
> Anonymous
ana sentiasa yakin yang kelebihan itu ada pd semua org.. hatta diri anda sekalipun, tinggal, kelebihan yg Allah bagi itu mungkin tidak sama.. kerana itu.. wajarlah kita saling lengkap-melengkapi atas alasan kita semua tidak sempurna..
hayakallah..
> ash_mza
hingga mungkin kita sendiri lebih mengenali diri sendiri..
barakillah.
Just don't know how to express,,,but all your words reflect me and my life journey so well.sangat2 mirip,,,mungkin pengalaman dan perjalanan hidup Qawiem memungkinkan setiap bait perkataan itu ditulis dgn sangat dalam maknanya...teruskan dan istiqamah,,,semoga Allah merahmati Qawiem dunia akhirat.
ReplyDelete