Wednesday, January 25, 2012

11
Komen
~ Wajah Baru di Lautan Rabbani ~

Cahaya baru muncul di lautan ini.


Pagi ini, macam biasa. Masih sejuk seperti hari-hari sebelumnya. Agak pelik jika penduduk di sini tidak mengenakan baju sejuk pada tubuh mereka. Sekali pun ada, pastinya dengan dua sebab. Satu, dia tidak berasal dari bumi tetapi berasal dari planet Pluto.  Dua, kerana makanan kegemarannya adalah daging kambing.

Untuk ruangan kali ini, suka untuk saya selaku pemilik blog Lautan Rabbani memberi penghargaan kepada beberapa orang. Alhamdulillah, kerana dengan bantuan mereka, pelayaran blog yang biasa ini masih berlayar seperti sedia kala.

Timbul rasa sebak di hati, dalam hidup ini kadang-kadang Allah mendatangkan manusia yang tidak pernah pun kita kenal waktu kecil. Waktu kita kanak-kanak. Tetapi setelah kita meningkat dewasa, Allah mempertemukan kita dengan mereka yang baik dan sentiasa memberi sokongan tidak kenal erti putus asa. Itulah yang saya rasa.

Secara jujurnya, mampu sahaja saya untuk memunculkan nama-nama mereka di sini sebagai makluman anda semua yang singgah. Tetapi kerana saya percaya, bukan ini adalah cara yang terbaik, maka cukuplah saya menembak doa dari jauh buat mereka.

Jikalau anda perasan, ‘header’ Lautan Rabbani sudah berubah wajah. Baik atau buruk, cantik atau tidak, gempak sangat, sempoi dan sebagainya, kuasa penilaian terletak pada tangan anda semua. Jika ada yang ingin memberi pandangan atau kementar mengenainya, jangan malu dan jangan segan. Terus sahaja meninggalkan komen di kotak komentar. Boleh ya? ^^


Di Belakang Tabir : Meniti Ombak Kehidupan?

Itu adalah tanda tanya mereka yang pertama kali melihat header saya. Sebelum persoalan ini dijawab, sedikit penjelasan tambahan agar tidak berlaku kecelaruan atau salah faham dalam mentafsir.

Sebenarnya, Meniti Ombak Kehidupan adalah tema yang saya pilih sebagai satu kata kunci bagi coretan dan juga penulisan yang sudah dan bakal mengisi ruangan blog ini.

Meniti Ombak Kehidupan tidak ada kaitan langsung dengan Filem Ombak Rindu. Terbinanya tema ini adalah selepas saya meneliti akan tema beberapa blog pilihan yang saya jadikan sebagai medan untuk meningkatkan kelebihan dalam berblog dan juga pembinaan blog itu sendiri.

Pada awal kemunculan Lautan Rabbani sebagai salah satu dari puluhan juta blog di laman sesawang, bukanlah satu keajaiban yang istimewa mahupun luar biasa. Sekadar berkongsi rasa hati dan luahan pengalaman selepas diri ini ditimpa kemalangan jalan raya pada setahun yang lalu.

Detik-detik cemas itu telah saya abadikan beberapa kisahnya dalam buku ini untuk tatapan para pembaca yang budiman. Namun, suka juga saya khabarkan satu perkara bahawa apa yang diceritakan adalah tidaklah sepenuhnya sama dengan apa yang saya rasa.

Kerisauan, kesakitan, pengorbanan, kesabaran, kecelakaan dan pelbagai lagi rasa hati yang menghimpit jiwa tidak mampu dan tidak bisa diri ini melakarkan kesemua cerita itu dalam tulisan yang tidak berperasaan dan tidak bernada ini.  

Mungkin bagi yang pernah melalui kemalangan dan kecelakaan seperti saya sahaja yang mampu menjiwai setiap watak dalam cerita yang dikarang.

Kita semua insan lemah. Adakalanya kita perlukan seseorang untuk meluahkan segala-galanya. Maka, saya tampilkan insan yang bernama Lautan Rabbani sebagai pendengar setia akan segala suka-duka yang dialami.

Walaubagaimana pun, saya tidak menyangkal bahawa sebaik-baik pendengar setia adalah Allah yang menyusun segala perjalanan hidup saya di atas hamparan bumiNya.


Maksud Meniti Ombak Kehidupan

Ya. Inilah tema dalam menjadi tunjang kesemua penulisan saya. Tidak saya kata penulisan saya adalah yang terbaik, best, menyentuh dan sebagainya. Tetapi inilah tunjang dan akar yang akan para pengunjung dapat apabila datang ke sini.

Sepertimana yang kita semua tahu, dalam hidup ini pelbagai cerita dan berita, pelbagai kisah dan sejarah, yang telah kita lalui sepanjang nafas dihembuskan umpama hujan yang turun dari langit. Lebat dan melimpah.

Maka, rasa rugi dan sayang sekiranya segala cerita, berita, kisah dan sejarah yang dilalui tidak diteliti akan hikmahnya. Tidak diambil akan pengajarannya. Tidak diteropong akan maksud tersirat dan tersurat disebaliknya.

Lalu, dengan tujuan untuk mengetahui dan mendalami saat-saat diri dilambung ombak, baik kesedihan, kekecewaan, kerugian, kebahagiaan mahupun perancangan masa hadapan, maka kesemuanya akan ditumpahkan  ke dalam blog ini sebagai pemangkin buat diri terutamanya.

Nanti, akan ada yang bertanya pula. Kenapa diguna perkataan ‘meniti’? ^^

Jelas ‘meniti’ yang saya faham adalah melalui jambatan atau titi dalam keadaan berhati-hati.

Oleh kerana itu, dengan konsep berhati-hati, maka bergeraklah kita dalam melihat hikmah dengan jiwa dan hati yang sentiasa lapang dan berwaspada agar sepatutnya hikmah pengajaran yang kita dapat adalah kebaikan, tetapi takut-takut berlaku perubahan. Kita melihat nikmat dan ujian dengan berperasaan buruk sangka kepada Tuhan. Nau’zubillah.

Oleh yang demikian, Ayuh! Selamilah hidup anda dengan melihat hikmahNya.



 Siapa Yang Buat Header Sebenarnya?

Rasa tidak layak untuk menceritakan tentang orangnya di sini. Cuma, saya selaku insan yang lebih muda daripada beliau, muda sikit ja, tak banyak pun, rasa bertuah apabila dapat mengenali insan ini.

Ceria dan mesra orangnya. Banyak memberi sokongan dan dokongan tanpa henti. Suka membantu dan tidak lokek ilmu.

Ok. Nama glamournya adalah Nazmi Studio. Umur baru mencecah dua puluhan. Ini beerti, saya lebih muda dari itu. Mempunyai minat dalam bidang ‘Art Madness’ dan segala tentangnya. Dan kata beliau, semua yang berkaitan dengan Art Madness adalah best-best belaka.

Bergerak pula kepada cita-cita beliau. Ingin menjadi arkitek yang berjaya tetapi keadaan tidak mengizinkan, maka kini menceburi diri dalam bidang perguruan. Sedangkan pada asalnya, tidak mahu menjadi guru. Apa pun kita mendoakan yang terbaik. Mungkin, bakat beliau di situ.

Tambah beliau lagi, ingin sangat bertemu umi buat selamanya. Jadi, perlu berusaha bersungguh-sungguh untuk ke ‘sana’.

Gelaran yang berjaya disandang abad ini adalah ‘android tak berperasaan’. Tapi sebenarnya, beliau seorang yang baik hati budinya. Itu, saya sendiri mengakui.

Wah. Ini bunyi dah macam mempromosi. Hehe. Apapun, begitulah tentang beliau.

Berdoa agar Allah mempermudahkan segala urusannya. Memberi kekuatan untuk beliau bersama ahli keluarganya mencipta kebahagiaan di dunia juga akhirat. Berjaya dalam membina kerjaya. Cemerlang dalam membina peribadi yang mulia. 

Sentiasa dibukakan pintu hatinya dalam menimba hikmah-hikmah Allah. Moga diselamatkan juga dari fitnah-fitnah syaitan dan juga manusia. Buat anda yang membaca, tolong doakan juga buat pencipta header Lautan Rabbani ini ya. Doa yang sama juga untuk anda.

Buat yang ingin berkenalan dengan lebih mendalam, mungkin anda boleh bertemu dengan beliau di sini. Sebuah  pondok teduhan di alam maya. Klik NaZmi Studio.


Akhir : Sekalung bunga Terima Kasih

Kita bukan bercakap soal hidup di alam fantasi. Kita bukan bercakap soal hidup di alam mimpi. Tetapi kita berbicara soal hidup di alam realiti. Sudah menjadi adat dan adab kepada orang yang baik-baik, apabila mendapat sesuatu, sudah pasti akan mengucapkan terima kasih.

Saya juga mahu begitu. Menjadi orang yang baik-baik. Maka, sambutlah sekalung bunga terima kasih kepada semua yang sudi meluangkan masa di sini. Membaca tinta biasa ini hingga ke penghujungnya. Saya tidak ada kuasa untuk memaksa anda semua membaca sehingga akhir.

Oleh kerana itulah, tidak salah kiranya saya mengucap ribuan terima kasih sebagai tanda menghargai masa anda yang telah diluangkan.

Terima kasih khusus juga buat Nazmi Studio atas hadiah anda yang bermakna ini buat Lautan Rabbani. Sangat-sangat menghargainya. Alhamdulillah. Ya Allah, rahmatilah mereka yang baik-baik ini. Amin.

Sekian,
Terima kasih.

P/s : Dalam kesempatan ini juga, saya memohon kepada anda semua untuk mendoakan kesejahteraan ahli kluarga saya di Malaysia. Boleh ya? ^^




11 comments:

  1. Replies
    1. Terima kasih. Anda juga termasuk dalam mereka yang saya maksudkan di atas. :)

      Delete
  2. >>cantik,kreatif dan inovatif, damai ja lihat :]
    teruskan bertinta utk pembaca belajar meniti ombak kehidupan.

    >>Didoakan kesejahteraan keluarga dik.amiin.

    ReplyDelete
  3. assalammualaikum qawiem...wahh qawiem,terbaik punya!! cantik dan sejuk ja mata memandang,pasti qawiem akan melakukan yg terbaik lg!! awal2 sabirah tgk,baru teringt mcm nak OMBAK RINDU ja..tp tak la,hheeheh terus meniti ombak kerinduan!! semoga ibu dan ayah qawiem dlm keadaan baik sentiasa..amin...dan qawiem sentiasa dlm keadaan ceria selalu d sana ;) <3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waailaikumsalam.. trima kasih. sudi komen di sini.
      berusaha untuk menjadi yang labih baik. Teruslah mendoakan. :)

      Delete
  4. Menarik~
    Cantik~
    Terbaek~
    Teruskan mencoret, qawiem..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.
      Thank you sis.
      Anda juga termasuk dalam mereka yang dimaksudkan di atas.

      Tak sabar nak jumpa kluarga besar. ^^

      Delete
  5. Salam alaik En. Pelaut, jazakallah ats doanya..
    huhu.. tak sangka 5 perkara diolah sebegitu rupa. naik 'segan' dibuatnya..

    apapun, semoga yg tbaik sntiasa mgiringi qawim sekeluarga.

    anda punya bakat luar biasa, jgn biarkan ianya mjadi sia2 :)

    ReplyDelete