Wednesday, July 20, 2011

25
Komen
~ Apabila diri ini dilamun Cinta ~

Hati berbunga-bunga bahagia. =D
Assalamualaikum semua. 
Rasanya sudah lama saya tidak bermain kata di Lautan Rabbani. Jadi, hari ini terasa rindu pulak untuk berbuat demikian. Cuma pelik dengan 'mode' yang dirasakan.  
Akhirnya 'puitis' yang dihasilkan terjadi sedemikian. 
Alahai..

Duhai cinta hatiku,
buatmu, cebisan istimewa ini kunukilkan,
Tanda pencintaan berpintal iman,
lantaran tak dapat kusembunyi,
apa yang melingkar di hati ini,
adalah cintaku padamu tidak terperi,
juga terhampar luas tidak bertepi.

Duhai cinta sejatiku,
masihkah kau bersemadi di minda?
bahawa kasih yang terjalin antara kita,
adalah cinta tulus bersulam mesra,
yang akan ku doakan sentiasa,
moga menjadi lambang keangungan cinta.

Duhai cinta kasihku,
aku dan kamu kita tidak sama,
kamu dan aku kita juga berbeza,
berulit suka berlainan cerita,
namun kerana kasihNya,
aku dan kamu kita bercinta,
kamu dan aku moga berkekalan hingga ke syurga.

Ya. Ketahuilah sayang,
cinta kita ada yang derita,
cinta kita ada yang cemburu buta,
cinta kita ada nestapa,
cinta kita ada yang tidak selesa,
cinta kita ada yang bahagia,
cinta kita juga ada yang menembak doa,
akan tetapi semuanya adalah saksi dan tanda,
yang cinta kita bukan cinta biasa.

Oleh itu wahai sayang,
ayuh kita renungi cawan,
jika tidak dituang air,
molekul udara pasti memenuhinya,
begitulah juga diri kita,
jika tidak diisi iman,
masuklah syaitan bermaharajalela.

Oh bidadariku,
walaupun hari ini kita tidak bersama,
moga satu hari nanti kita tetap setia,
walaupun hari ini kita berjauhan,
mudahan ikatan ini teguh berkekalan,
walaupun hari ini, 
pungguk merindukan bulan,
harapannya satu hari nanti,
pertemuan kita mengundang kebahagiaan.
Amin.


Sekian,
Pelaut Rabbani,
Puitis : Apabila diri ini dilamun Cinta,
P/s : Kepada abang-abang dan kakak-kakak sekalian, bersegeralah 'membina masjid' kerana giliranku akan berkunjung tiba tidak lama lagi. Tudia. Haha. ^_^"

25 ulasan:

  1. mashaallah...
    siapakah gerangannya yg mnjadi gapaian itu??
    ^_^

    ReplyDelete
  2. > Anonymous

    bidadari dunia mungkin. ^_^

    ReplyDelete
  3. salam alaik.

    waduh..byk tntg cinta hari ini :D
    lelaki soleh utk wanita solehah
    cukup syarat,kawen jak bah hehe
    meh akak tlg carikn...ngeeh =)

    ReplyDelete
  4. tak lama lagi ustzh dapat kad la ni..hoho..
    x sabaqnya nk tau sapadia bidadari dunia si pelaut ni..jeng3...

    ReplyDelete
  5. salam alaik..waduh2...tersenyum ja baca puistis di sini...^^...kena je dengan tjuk entri ana kali ni..^^
    cepat kawen..!! rugi melewat2kan..ahaaks..

    ReplyDelete
  6. salam adik mQ..
    tudia...amboi2..
    tak sabar knailah menanti jemputan..
    jemput jgn tak jemput.. (",)

    ehem..pesanan terakhir tu..ish3...

    ReplyDelete
  7. bunga tak bunga.
    wa tau lu punya bunga ada di mana.
    aku rasa bunga tu di bawah negeri perak.
    jangan tangguh2 dah cek oi.
    hehe.

    ReplyDelete
  8. Huk...huk..huk...

    Singgah terbatuk-batuk,hilang kata-kata..
    Yang tinggal hanya senyuman buat adikku
    yang sedang dilamun.....

    (^_^)

    ReplyDelete
  9. selalu buat kontroversi adik kita nih=)

    ReplyDelete
  10. nak pecah rahsia nie..patutlah jarang nampak..

    ReplyDelete
  11. > Nazihah

    waalaikumsalam,
    ya. lelaki soleh utk wanita soleh.
    sungguh terasa kerdil diri ini.
    wah. mcm tu pulak? hehe. terima kasih bah. (",)



    > awan biru

    bilamana awan biru menjelma,
    langit pastikan cerah sentiasa,
    maka di situlah nostalgia bermula,
    seiring senyum dan juga tawa.

    sabar2. Nanti 'si dia' malu. Tudia ayat.. ^_^



    > setanggi syurga

    wassalam.
    senyum ada makna tu. berhati-hati dlm mengukirnya,
    ehyaka? bgslah kalau mcm tu. (",)



    > [n_akn]

    waalaikumsalam,
    insyaAllah jemputan akan sampai nnt,
    doa2lah. ttp 'pesanan' diatas perlu dilaksanakn dulu oleh pihak2 yg berwajib seperti.... =D



    > syedi

    syukran ali. =)



    > cendoi

    andai perut berterusan memulas,
    masakan cendoi bisa dihabiskan?
    aha. jawab2. macam-macam bah.



    > Ummu Ammar

    Senyuman kembali,
    jgn risau. yg utama harus diutamakan,
    yg dulu harus didahulukan,
    betul tak? ..terapung di awan-awangan.. (^_^)



    > albanat

    eh? yaka? xperasan lak. berbeza pandangan mungkin.
    kontriversi yg bgmn? byk pecahan tu.. =D



    > Shairazi

    haip. xmau2. rahsia tetap rahsia. pecah tetap pecah. barulah rahsia xakan pecah. faham adakah anda? (",)


    >> kpd semua.

    Nasihat saya untuk anda.
    Berlayarlah di Lautan ini dengan senang hati. 6_6


    Sekian,
    Pelaut Rabbani.

    ReplyDelete
  12. Salam,

    ('',)

    " Tiada tinta yang mampu diukirkan di pondok teduhan lautan Rabbani andai bicara cintanya mulai berlabuh ke muara..."

    ReplyDelete
  13. salam...

    begitu mendalam pemilihan itu,

    moga bidadari tersenyum :)

    ReplyDelete
  14. assalamualaikum......
    wah3.... dah tak lama pak jang n mak jang menerima menantu hie hehehe.. lagu pilihan pown match dgn mood yang baru di post..... :)

    ReplyDelete
  15. > brohamzh

    waalaikumsalam,
    bicara cinta mulai berlabuh ke muara?
    sungguh, abg ali lebih berpengalaman dlm hal ni.
    mohon tunjuk ajar. =D

    terima kasih yg tak terhingga,
    sudi berteduh di sini.
    maaf. berselerak sikit rumah. ^_^



    > Habibah

    salam..
    harapnya begitulah. huhu. =)



    > softlight

    waalaikumsalam....
    haha. jauh betul tu terbang,
    entah. yg lagu pun tyem ni jugak nk nyanyi. (",)

    ReplyDelete
  16. Cinta pd 'dia' yg mencintai Allah.
    (^-^)

    ReplyDelete
  17. salam..

    subhanallah dengan lagu siap..
    Hanya mampu tersenyum..
    Siapalah gerangan wanita yang bertuah itu??

    ~permata yang dicari~

    ReplyDelete
  18. > Rumah Tua

    insyaAllah. (^_^)



    > wafa zinnirah

    wassalam..
    perlu diberitahu ka? erm.. x skrg mungkin satu hari nnt. =)

    ReplyDelete
  19. moga Allah kasih 'kalian'^^,

    ReplyDelete
  20. moga Allah merahmati kalian insyaAllah

    pemangkin generasi ummah

    moga berbahagia di dunia dan kekal hingga ke syurga
    amin~ :)

    ReplyDelete
  21. > kueh

    terima kasih. 'kalian'? ^_^



    > hamba Ilahi

    amin. terharu sungguh.
    moga Allah merahmati anda juga.

    ReplyDelete
  22. dia berbicara bagaikan sang bahagia,
    mementaskan kegembiran diselit bait kata,
    walaupun jauh dipisah benua,
    ana tahu sahabat ana akan meniti 'tangga'.

    akhi, tak sangka ana :)

    rafhan ridha

    ReplyDelete
  23. > Anonymous (rafhan ridha)

    apbl shbt ana sorg ni singgah sini,
    sudi ziarah ke lautan rabbani,
    jd segan ana. =D
    terima kasih ya.

    meniti tangga bersama-sama dgn enta,
    bolehkah begitu? =D

    ReplyDelete
  24. salam....wah,jgn risau,klu jodoh qawiem ngn bidadari ada,pasti tak ke mana :).....qawiem jgn lupa ya jemput sabirah dan kawan2 plkn yg lain ya ke majlis perkahwinan qawiem nnt,insyaallah,kami tiba...hehehehehe.... :) <3

    ReplyDelete