"Jam tangan saya hilang. Ada sesiapa ternampak tak?" Nurul bertanya kepada housematesnya yang sedang berbual-bual di ruang tamu. Nurul kelam kabut, kelasnya akan bermula sepuluh minit dari sekarang, tetapi jam tangannya pula hilang.
"Tak ada lah pulak." Shahira membalas ringkas sebelum menyambung semula ceritanya.
"Dalam bilik air dah tengok?" Giliran Ain pula bersuara.
"Takde, tengok dah. Takpelah," Nurul meninggalkan enam orang teman-temannya. Mereka lantas meneruskan perbualan sementara Nurul berlalu ke bilik untuk meneruskan pencariannya. Sendirian. Sedangkan baru semalam mereka menghadiahinya kad ucapan ulangtahun kelahiran yang ke-20 dan tersemat di dalamnya "uhibbik fillah ya ukhti Nurul" .
Lihatlah kehidupan mereka
Situasi di atas pernah berlaku ratusan tahun dahulu, dalam sebuah peperangan menentang musuh Islam. Tatkala itu seorang tentera berkuda Islam kehilangan bekas minuman di pingir pantai.
"Anta (kamu) cari apa?" Seorang sahabat bertanya apabila menyedari saudaranya turun dari kuda dan terbongkok-bongkok mencari sesuatu.
"Bekas minuman ana (saya) hilang."
Sepantas kilat sahabat tadi turut serta turun dari kudanya. Dia juga terbongkok-bongkok mencari bekas minuman itu di celah-celah kesibukan tentera berkuda itu.
"Mereka cari apa tu?"
"Aah, mereka cari apa ya?"
Hingga akhirnya seluruh tentera berkuda turun mencari sebekas minuman sahaja. Kesannya keganjilan ini disedari pula oleh sang panglima tentera. Maka sebelum dia juga membantu mencarinya, dia mengarahkan seluruh tentera Islam untuk turun mencari.
Perisik musuh yang mengintip terkejut dengan syakhsiah yang ditonjolkan oleh tentera Muslimin. Yang hilang cuma sebekas minuman yang tidak mustahil boleh diganti dan nilainya tidaklah seberapa. Kalau hanya sebekas minuman sahabat mereka hilang seluruh tentera Islam mencarinya, apatah lagi seandainya seorang dari mereka hilang, tentu habis kita dikerjakan selumat-lumatnya.
Peristiwa ini mengecutkan kaki musuh dan akhirnya tentera Islam mencapai kemenangan. Beginilah signifikasinya ukhwah Islamiyyah ; menggugurkan kekuatan musuh dan menyuburkan kemenangan ummah.
Inilah juga resipi perjuangan jihad Rasulullah. Tiada kalimah jihad selagi mana tidak hadirnya iman kerana dari iman tumbuhnya ukhwah. Maka dari ukhwah wujudlah kesatuan dan kerjasama. Selepas selesai masalah iman, aqidah dan ukhwah barulah seruan jihad di Badar dilaungkan.
Sabda Nabi SAW :
"Tidak beriman salah seorang dari kalian sehingga mencintai saudaranya sebagaimana ia mencintai dirinya sendiri." (HR.Bukhari)
Ukhwah pengukur pasang surut iman
Ukhwah adalah barometer pengukur pasang surutnya keimanan. Semakin teguh ikatan persaudaraan fillah, semakin hampirlah untuk menjadi mukmin yang sejati (mu'minul al haq). Maka sudah tentunya figur manusia yang berukhwah adalah figur insan yang hidupnya basah dengan limpahan iman.
Mereka memburu satu cita-cita yang satu yakni mengejar redha Allah dan berlumba-lumba dalam kebaikan. Mereka menjadi kelompok manusia yang bersatu dalam kepedihan, kepenatan, keresahan, kegembiraan, kejayaan dan bersama-sama merasai kepedihan derita ummat.
Seorang ulama' salaf berkata : "Jika seekor lalat hinggap di tubuh sahabatku, aku benar-benar tidak boleh berduduk diam."
Saban hari, kita sudah terlalu mendengar kalimat 'Uhibbik fillah'. Sahabat-sahabat Rasulullah telah membuktikan 'uhibbik fillah' mereka dalam rentetan sejarah yang sering kita baca.
Namun, kita bagaimana? (",)
Dulu.... mereka tiada kemudahan handphone untuk mengkhabarkan uhibbik fillah kepada teman rapat mereka. Realiti hari ini pula adalah sebaliknya. Paling kurang setiap bulan kita selalu menerima SMS dari teman di kejauhan menyatakan kasih mereka kepada kita, tetapi sejauh mana kita menunaikan hak ukhwah yang tertanggung di atas bahu kita?
Akhir : Yang mulut itu lebih manis dari madu
Kita selalu mengungkapkan bicara manis seperti engkaulah sahabat aku dunia akhirat, engkaulah insan pilihan yang sesuai untuk menjadi sahabat, engkaulah yang aku iktiraf sebagai sahabat, ukhwah antara kita harapnya kekal hingga ke syurga dan sebagainya.
Namun, pernahkah kita bertanya sendiri? Yang kita kata sahabat itu atas dasar apa? Yang kita kata ukhwah itu dinilai dari sudut mana? Sebab yang perlu kita teropong, sejauh mana 'kekencangan' serta 'keberapian' ungkapan kita itu diterjemah dalam bentuk amalan. Pun begitu, bersahabat tidak salah ya tetapi perlu dicermati, diteliti, dan dibaiki niatnya agar tidak terpesong.
Waduh. Macam bercakap untuk diri sendiri pulak. Hehe. (",)
Mungkin itu dulu untuk post kali ini. Untuk pengetahuan semua, coretan yang dikongsikan adalah hasil semaian dari blog ini. Klik ~ Mencari dan Terus Mencari ~ . Penulisnya adalah saudari Nailah Kadir dengan nama tintanya n_akn. Jemputlah singgah dan jangan lupa untuk tinggalkan jejak di lamannya. Moga beroleh sesuatu ya kawan-kawan. (",)
Buat kalian "The famous four". Moga manisnya ukhwah kita bukan pada mulut yang menuturkan tetapi pada pengorbanan yang dilakukan. Terima kasih SAHABAT.
P/s : Buat anda yang mempunyai sahabat dan juga jalinan ukhwah bersama rakan-rakan, silalah kongsikan artikel ini kepada mereka. Kita doakan agar kebaikannya dirasai semua.
Salam ukhwah juga untuk ANDA. (",)
sapa the famous four tu ya??cer citer cer citer!
ReplyDeleteadala.. depa ni sahabat kami,
Deletemana boleh bgtau. haha. (",)
ohh..tak boleh bagitau...
ReplyDeleteermm..boleh tuju lagu????
boleh2. silakan,
Deletelagu tajuk Tinggal Kenangan ya. (",)
Salam alaik
ReplyDeletejawapan pd persoalan yg ada dibenak fikiran,terasa pula dri ini..yg byk kekurgn tika bersahabat..
termenung memikirkan kisah tentera berkuda islam tersebut,kuat sungguh ukhwah mrk..
Menyingkap kmbli ukhwah yg dibentuk oleh Rasulullah s.a.w didlm jiwa para sahabat,maka disana terpancarlah betapa mulianya hati-hati yg mampu menghayati erti ukhwah kerana Allah..
Wassalam.
DeleteSama-sama kita tingkatkan kualiti persahabatan kita. :)
like33...hehe..nice entry..
ReplyDeletesinggah sini plak..
Terima kasih. Kudos kepada penulis asal. :)
DeleteTersenyum,..
ReplyDeleteHidup ini hambar tanpa Persahabatan dan CInta yang berpaksikan keimanan kepada Allah,...
Tersenyum juga.
DeleteSetuju. Bukan sahaja hambar tetapi mengundang bencana dan malapetaka. :)
salam ziarah,
ReplyDeletebagus perkongsian kali nie,
sama2 kita islah diri kita..
(^_____^)/.... nah..senyum lebaq ana bg...nice entri...ukhwah fillah abadan abada...
ReplyDeleteTerima kasih atas senyuman. Tanda bahagia tu. :)
DeleteAssalamualaikum w.b.t
ReplyDeletePerkongsian yg mantoop!...terfikir akan ukhuwwahh sendiri..sedikit perkongsian~
Ukhuwah Islamiyah muncul sebagai penyangga kepada kekuatan aqidah dan merupakan nikmat yang Allah swt berikan di samping ianya juga adalah suatu kehendak Allah swt.
Kita hanya mampu berusaha untuk sentiasa mempersatukan hati-hati kita, namun Allah jualah yang dapat memadukannya.
“Dan yang mempersatukan hati mereka (orang-orang yang beriman). Walaupun kamu membelanjakan semua (kekayaan) yang berada di bumi, niscaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, akan tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sesungguhnya Dia Maha Gagah lagi Maha Bijaksana.” (QS Al-Anfal : 63)
Berfikir sejenak,sebenarnya apa yang kita harapkan dari sebuah ikatan yang biasa kita gelar sebagai ukuwwah?..Dimanakah pengakhirannya?..Dan sememangnya,adakah kita layak untuk mendambakannya?..
Ayuh tepuk dada,tanya iman,tanyalah jiwa anda~
Teruskanlah menulis dan istiqamalah dgnnya.Insya-Allah,ianya mampu men0long sdra di akhirat kelak jika sdra mltakkan Allah di hadapan..Janji Allah itu pasti!
salam rejab~
Mantap. Boleh jemput tulis artikel di Lautan Rabbani macam ni. Kalau sudilah. Huhu.
DeleteApa pun terima kasih. Sangat menghargainya.
terasanyaaa...
ReplyDeletesalamualaikum,nice entry..:-) terkesan sebenarnya,iman+ukhwwah,susah sebenarnya nak bina. Lagi terkesan dengan cara Rasulullah pamerkan tu,
ReplyDeletePerkongsian bermanfaat.Like it;-)
Terima kasih. Jangan segan silu untuk kongsikan kepada orang lain.
DeleteMoga beroleh manfaat untuk semua.
Assalamualaikum w.bt..
ReplyDeleteperkongsian yang terisi..sungguh.terjenak seketika membelek hati..^_^
teruskan bertinta hikmah.may Allah bless us..ameen..
Waalaikumsalam.
DeleteMoga Allah kira sebagai amal soleh. Amin.
sahabat sejati,susah di cari..
ReplyDeletetapi bukannya tak ada..hargailah sahabat di samping kita..
manusia selalunya menghargai sesuatu bila ia sudah pergi..moga2 Allah jadikan kita tergolong dalam golongan para solihin..amin..
susah dicari bg kita yg susah utk memahami,
Deletesusah dicari bg kita yg pentingkn diri sendiri.
tp bukannya x ada.. cuma pengorbanan yg harus kita dahului.
ya. manusia akan hargai apbl ia sudah pergi.
moga Allah perkenankn.
terima asih ustazh. (",)
Salam ziarah.. ^^
ReplyDeleteSalam ziarah kembali. ^^
Delete