Tak lama bulan purnama akan muncul, kemudian akan menjadi hilal kembali. (",) |
Kita semua tahu yang bulan Ramadhan adalah bulan rahmah. Bulan yang ditutup pintu neraka dan menghadirkan bonus kepada kita dengan membuka pintu syurga seluas-luasnya.
Tinggal, bagaimana kita akan mengikhlaskan diri dan bersungguh-sungguh dalam memanfaat ibadah serta kelebihan yang dianugerahkan ini.
Menyebut tentang puasa. Pelbagai persepsi yang boleh saya dan anda katakan. Tetapi sebagai coretan permulaan di Lautan Rabbani berkenaan Ramadhan, maka suka untuk saya katakan yang ibadah puasa sangat akrab hubungannya dengan sucinya ikhlas. Kenapa? (",)
Kerana puasa merupakan ibadah yang paling hampir dengan makna keikhlasan bagi seseorang hamba.
Begini. Puasa merupakan rahsia antara seorang hamba dengan Tuhannya. Seseorang yang berpuasa boleh berbuka tanpa orang lain mengetahuinya tetapi kerana iman dan taqwa kpd Allah yang mengetahui keadaan zahir dan batinnya serta mengharapkan pahala dan keredhaan Allah maka seseorang itu tidak akan sanggup melakukannya.
Apatah lagi ingin 'melongkang'kannya. =)
Sebab itulah ibadah puasa ini merupakan ibadah yang sangat istimewa. Bilamana ia tidak berpaksikan sifat ikhlas, takut-takut selitan bual bicara orang dulu-dulu sesuai untuk digunakan dalam situasi ini. Iaitu 'yang dikejar tak dapat, yang dikindong pula berciciran'. Strike!
Akhir kata daripada saya, satu soalan yang ingin saya ajukan kepada anda sebelum menutup 'post' kali ini. Apakah yang anda faham dengan perkataan 'terjun' dalam kenyataan ayat di atas? Sekadar ingin membuka minda. Silakan tinggalkan jejak. (",)
Assalamualaikum.
ReplyDeleteAlhamdulillah, cantik gambar bulan tu =)
kata2 umar abdul aziz=
'perbaikilah tingkah lakumu dikala sunyi, nescaya tuhan memperbaiki tingkahlaku mu di hadapan umum'
Pada saya,daripada gaya penulisan akh,maksud 'terjun' itu mungkin,setelah 11 bulan(selain Ramadhan) kita tempuh,kita bakal masuk/melalui bulan Ramadhan yang sangat istimewa berbanding bulan-bulan yang lain. Di mana di bulan Ramadhanlah kita nak cas kembali iman,amal ibadah kita,dan tujuan yg utama adalah mudah-mudahan kita dapat meraih taqwa. Banyak sangat peluang dan ruang yg ALLAH sediakan utk hamba2-NYA di bulan Ramadhan ini,subhanallah. Tinggal diri dan iman kita yang menentukan,samada nak mendekatkan diri kpd ALLAH atau menjauhkan diri drpd ALLAH-na'uzubillah. Akh bolehlah kongsikan makna 'terjun', mengikut kefahaman akh yg menulis entri ini.
ReplyDeleteNa'am,tertarik dengan kaitan ikhlas dengan puasa. Saya teringat tulisan ustaz Hasrizal,berkenaan hikmah puasa kpd anak muda. Yakni,kita puasa bukan kerana tiada makanan atau minuman,tapi kita sendiri yg memilih utk berkata TIDAK pada sstgh keinginan kita,kerana hendak mentaati ALLAH. Subhanallah,sama2 kita hayati hakikat ini,pandai utk mengawal diri.
Wallahua'lam,asifah wa jaza' ALLAH.
> yaqut hulaif
ReplyDeletewaalaikumsalam.
akan berusaha utk mengamalkn apa yg dikatakn oleh Saidina Umar. insyaAllah! (",)
> Mujtahidah Solehah
terima kasih atas pandgn cik mujtahidah,
saya hargainya. insyaAllah nnt saya akan khbarkn maksud 'terjun' yg saya fhm,
cuma skrg saya mahu mdgr dulu pndgn semua. (",)
syukran lak.
kpd 'anda' wahai silent reader,
silakan curah pandgn. saya maih menanti.
Salam alaik.
ReplyDelete~ Ramadhan dan Secebis Tentangnya ~ =)
ujian drpd puasa itu amat besar dan blsn bagi org yg berpuasa dgn penuh takwa dan ikhlas bagi mendapatkan keredhaan Allah sangat besar =)
terjun yg sy faham adalah bermula dr atas ke bawah hehe =)
ok,waktu dimana membersihkan diri manusia itu sendiri dr kotoran dan dosa yang melumuri jiwa, sehingga tak ada satu ibadah pun yg lepas dr arah tersebut =)
apa yg dimaksudkan dgn 'melongkang'kannya
tak faham lah =)
terima kasih krn mengingatkn utk ikhlas =)
waalaikumsalam.
ReplyDeleteterima kasih atas pdgn yg dikongsikan.
walaupun ia masih berbeza dgn pandgn saya,
ia tetap ada isi dan makna. saya suka. (",)
maksud 'melongkang'kannya di sini ialah mengotorkan atau mencemarkan. =)
~ Pelaut Rabbani
Sabda Rasulullah S.A.W..
ReplyDelete"Hai manusia! Telah datang kepada kamu satu bulan yang mulia, bulan rahmat... dimana bulan ini mewajibkan kamu berpuasa di siang hari dan sukarela bersolat pada malamnya. Barangsiapa yang mendekati Allah dengan melakukan segala amalan sunat di bulan ini akan menerima ganjaran seperti melakukan amalan wajib di lain hari. Ini merupakan bulan kesabaran dan kesabaran itu imbuhannya syurga. Ini juga bulan sedekah dan bulan dimana rezeki orang beriman bertambah..." (Diriwayatkan Ibn Khuzaymah)
salam ziarah...Moga terus istiqamah dalam apa jua urusan..i.Allah..
terjun?...adakah bermaksud bila dah masuk buln ramadhan..or ada maksud yg lebih tersirat??
ReplyDeleteAllahumma ballighna ramadhan..amin..
> wardatul syauqah
ReplyDeletealhmdulillah,
perkongsian yg bermakna. moga apa yg dikongsikan menjd saham kita di sana.
Amin.
> awan biru
ya. terjun itu boleh dikatakan masuk,
ttp istilah terjun itu lebih bermakna drp istilah 'masuk'.
knp? nnt saya khabarkn.. (",)
Amin.