Senyum pada alam, lihatlah keajaibannya. |
Buku berkulit nipis itu diselak satu-persatu. Sekadar melayan kerenah mata yang masih segar sebelum tidur malam. Diantara dua selakan buku itu, mataku sempat mengerling ke arah jam dinding yang terlekat kemas bersebelahan almari baju. Pukul 12.35 malam.
Dalam pada itu, selimut yang menutupi badan diselak ke tepi. Lalu ku mencapai alat kawalan jauh di sebelah bantal dengan menekan punat 'on'. Penghawa dingin yang masih tidur dari pagi terus terjaga dengan kejutan itu. Sebentar kemudian ia melemparkan kata-kata pujian dan terima kasih dengan mengeluarkan bayu sejuk dari tubuhnya. Nyaman.
Belek punya belek rupa-rupanya sudah habis satu buku yang aku terokai. Selamba dan tidak berminat. Menguap.
Belum sempat untuk ku menutup buku itu, anak mata hitam yang layu tadi menangkap satu ruangan 'puisi' ringkas yang menarik di belakang kulit buku terakhir. "Keranaku semut..." Wah! Ia umpama satu lontaran luahan bahasa hati semut untuk mengetuk hati kita yang bernama insan.
Maka di sini, saya ingin berkongsi. Mudah-mudahan yang baik itu kita pelopori dalam kehidupan.
Terimalah..
Keranaku 'SEMUT'.
Kerana siddiq,
aku tidak kazib untuk sesuap nasi,
kerana sesuap akan mendarah daging.
Kerana amanah,
aku tidak khianat... tidak tinggalkan tanah,
aku pekerja yang melindungi sarang.
Kerana tawadhuk,
aku tidak takabbur... bisanya sengat tetapi tunduk,
aku hamba yang kecil cuma.
Syukur Allah...
keranaku 'SEMUT'
Aku sebut... di dalam al-Furqan,
Aku diingati... didoakan Sulaiman,
akan kesyukuran dan kesejahteraan.
Tapi...
Dalam ku tulus dan ikhlas,
yang bernama insan,
penuh hasutan dan hasadan.
Katanya..
"Keranamu 'Semut' perosak kemanisan dan pengganggu keharmonian"
Yang bernama insan...
penuh kesombongan.
Wahai insan..
ingatlah!
Kala mata, telinga, kaki dan tangan,
memberikan penyaksian di hari pembalasan,
Manakah mulia.. SEMUT atau INSAN?
kau kan tahu..
Sakitnya gigitan bisanya sengatan!
Huh. Saya tidak pasti apa yang anda faham dengan kata-kata di atas. Tetapi apa yang saya nampak, andai semut yang kecil mempunyai sihat-sifat hamba kepada Maha Pencipta, kita yang berpakaian insan ini bagaimana? Sungguh. Saya sangat-sangat terkesan dengan puisi ini. Allahuakhbar.
belajar dari alam..
ReplyDeletesebab tu Allah suruh tadabbur alam,
baru nampak betapa kerdilnya manusia..
Alhamdulillah..belajar dari semut..
> awan biru
ReplyDeletekerdilnya manusia sbb semut yg kecil pun kita x boleh cipta.
malulah kita yg sentiasa sombong.
berubahlah. =D
Allah!! terkesan..
ReplyDeleteteringat pula satu cerita tntg semut...
malulah dengan semut =_='
Allahu Akbar.
ReplyDeleteKita ini kerdil.
Terkesan juga.
ReplyDelete> Nazihah
ReplyDeletesama-sama kita meniti setiap amalan kita,
mudah2an batu-bata ego itu mampu diruntuhkan.
terima kasih sudi bertandang.
> ashrafi
setuju. langsung tidak ada daya dan kuasa,
melainkan dgn izinNya.
syukran.
> Rumah Tua
ReplyDeletealhamdulillah.
terima kasih uatazah,
moga Allah kasih. =D
Demi sesungguhnya, menciptakan langit dan bumi (dari tiada kepada ada) lebih besar (dan lebih menakjubkan) daripada menciptakan manusia dan menghidupkannya semula (sesudah matinya); akan tetapi kebanyakan manusia (yang mengingkari hari kiamat) tidak mengetahui. (Ghaafir 40:57)
ReplyDeleteSecara mudahnya,saya banyak belajar ayat2 al-quran dan hadis melalui pembacaan,majlis ilmu,belajar dlm kelas dan lain-lain.
ReplyDeleteMelalui pembacaan cthnya spt majalah solusi,buku2 yang ditulis oleh ustaz ustazah,buku teks sekolah,blog2 dan lain2. Majlis ilmu juga byk sgt membantu saya,ceramah tafsir oleh ustaz zahazan misalnya dan pengisian2 agama yg lain.
Saya terinspirasi utk menjadikan setiap amalan berpandukan al-quran dan as-sunnah,selain masdar2 syar'ie yg lain,adlh melalui shbt baik saya,krn setiap kali dia berkata-kata atau menyampaikan tazkirah,dia hafal dalil2nya. Dengan mengetahui dalil/hujah,insyaALLAH ia bukan sahaja menjadi hujah kpd org lain dlm menegakkan perintah ALLAH bahkan yg paling penting,ia menjadi pegangan buat diri kita sendiri agar lebih mentaati perintah-NYA,amin.
Klu ayat2 al-quran,saya suka utk 'tick' atau tanda dlm tafsir al-quran,dan cuba utk menghafalnya. Tetapi,saya tidak berani utk tafsir makna al-quran,melainkan jika sy dgr sendiri drpd ustaz ustazah. Sbg cth,hukum tutup aurat,apakah dalilnya,surah mana,dan ayat mana,wallahua'lam.
Klu hadis pula,saya hanya mengetahui beberapa hadis yg masyhur shj,itupun hanya mafhum hadis,klu nak sebarkan hadis,saya akan rujuk bahan2 bacaan spt yg saya tulis di atas,ataupun murabbi2. Nak sebarkan hadis,perlu hati2,krn kita kena ambil tahu riwayat hadis itu oleh siapa,status hadis tersebut,bimbang jika ia bukan hadis yg dtg drpd Nabi SAW. Sebaiknya merujuk kpd kitab-kitab hadis Bukhari dan Muslim. Kaedah merujuknya akan menjadi lebih mudah jika kita ada matan hadis dlm bhs Arab. Slh satu,boleh rujuk, http://lidwa.com/app/
Wallahua'lam,maaf kerana huraian yg panjang,dan diri ini masih dlm proses belajar. Jaza' ALLAH.