Ada sejarah tersendiri. |
Burung-burung nan letih mencari rezeki sehari suntuk, sudah kembali ke chalet masing-masing. Deretan bangunan kedai sudah mula menutup tirai.
Cuma yang tinggal beberapa ekor kucing yang masih berpeleseran di tepi longkang dengan sesi renggangan. Saki-baki tulang ikan dibiarkan sendiri. Tidak dijamah atau dimakan. Mungkin disimpan untuk juadah sahur pada hari esok. (",)
Dalam pada itu, sebuah kereta Honda City berwarna silver memecut laju dalam kota raya Kangar. Suasana sedikit ceria dan cerah dengan lampu-lampu hiasan jalan. Ditambah pula dengan pasar malam yang berhampiran membuatkan keadaan lalu lintas dibelengu sesak nafas.
Santai dengan angin malam yang dingin menyapa rambutku melalui cermin kereta. Tangan yang sedang memegang kopiah diangkat lalu disinsing rambut ke belakang. Kemas.
Perjalanan untuk sampai ke rumah mengambil masa lebih kurang lima belas minit. Maka, pelbagai isu yang dibicarakan oleh ahli keluargaku semasa dalam perjalanan. Antara isu yang menjadi pilihan adalah ceramah yang disampaikan oleh seorang ustaz semasa di kuliyah Maghrib tadi. Menyentuh soal agama sebagai modul untuk mengulang kaji sesama kami.
Aku yang berada di tempat duduk belakang hanya mendiamkan diri. Sekadar mendengar ulasan lanjut dari encik ayah dan cik emak membuat kesimpulan. Kadangkala gelak ketawa mengisi ruangan apabila encik ayah mengeluarkan celotehnya secara spontan. Tidak kering gusi dibuatnya.
Dengan muka sepuluh sen, aku melemparkan pandangan ke luar jendela kereta. Memerhati telatah manusia dengan ragam beraneka macam rupa. Ada yang sedang membonceng motor, bercakap telepon sambil memandu, melepak bersama teman-teman di kaki lima kedai dan ada juga yang sedang menternak lemak di restoran kesukaan masing-masing. Di luar sedar, tanganku sudah memegang perut. Ya Allah, laparnya.. getus hatiku.
Sampai sahaja di halaman parkir kereta, ayah mematikan enjin. Aku mencapai kunci rumah yang tersisip di dalam poket baju lalu mengatur langkah ke pintu rumah. Berbekalkan ilmu yang sedikit, aku memulas punat kunci dengan berhati-hati. Kemudian menolak pintu perlahan seiring mulut mengukir salam. Ternyata salam ku dibalas.
Meow... Meow... Meow...
Aik? Bila masa pulak kucing ni ada kat sini? Keningku terangkat spontan.
"Mak! Tompok memang ada dalam rumah kita dari petang tadi ka?" Aku bertanya acuh tak acuh.
"Laa.. Kenapa tak keluarkan sebelum pi kuliyah Maghrib tadi? Satgi dia 'berak' letihla mak nak basuh." Balas emak bersungguh.
"Takpa mak. Kucing ni baik. Dia tak macam kucing-kucing yang lain. Rumah kita kan ada empat tandas. Dia boleh pilih mana yang dia selesa. Kalau dia nak berak, dia boleh masuk tandas terus. Mak janganla risau sangat." Pujuk aku sambil mengusap-usap leher Tompok yang manja.
Tiba-tiba dari satu sudut yang lain abang aku bersuara, "Apa yang bau masam ni?" Aku menoleh. Kelihatan abang sedang menunjuk ke arah bilik aku. Dahinya sedikit berkerut.
Hai. Ini sudah lebih. Bilik macam istana Rom dikatakan bau masam. Aku terus meluru ke bilik kesayanganku dengan meninggalkan Tompok sendirian. Tiba sahaja di hadapan bilik, aku terus terbatuk. Pancaindera bau telah menangkap bau yang kurang enak.
"Eh. Ini bukan bau biasa. Lain macam ja masamnya. Bila pulak yang aku beli perfume ni? Ala-ala strawberry basi tu."
Abang aku yang masih tercegat di depan pintu sudah mula gelak besar. Dan aku seakan mengerti gelaknya. Kureng. Tunduk bawah katil, cari punya cari masih tidak ada. Buka pula pintu almari, juga tidak jumpa. Lalu tangan aku mencapai pula selimut di atas katil, "Subhanallah! Makaroni sapa pulak yang tumpah atas katil aku ni??"
"Tompokk!!"
Dasar perangai macam binatang. Katil aku juga yang engkau selesa ya. Maka pada malam itu tidurlah aku di ruang tamu seorang diri. Namun, disebalik ujian yang menimpa itu aku berfikir sendiri.
Beruntungnya manusia dianugerahkan akal. Bagaimanalah kalau manusia juga tidak dikurniakan akal? Erm..
Malam itu aku tidur dalam senyuman. Senyuman sayang kepada Tompok terutamanya.
Jika anda tidak mahu basuh tilam, asuhlah kittie anda dengan sebaiknya. ^_^"
Akhir kata daripada saya, jomlah sama-sama kita terbang ke laman ini. Sebuah cerita tentang pendakian kehidupan. Saya yakin ia sangat bermakna buat kita.
Klik : Memori Tasbih : Kenangan itu buat aku Tersenyum.
Tajuk seakan sama dengan post ini, tetapi jalan ceritanya adalah lebih bermakna. =)
Sekian,
Terima kasih.
Assalamualaikum wbt,
ReplyDeleteAlhamdulillah, cerita nta di atas membuatkan ana tersenyum selepas ana sangat sedih.
Intronya, molek sangat. Berceritakan tentang bulan memandangkan semalam 16 Syaaban, Subhanallah, bulan itu cantik sangat2.
Kita dah berada di tengah2 bulan syaaban ni, x lama bulan rindu itu akan muncul.
p/s: jemput ke blog ana untuk tinggalkan jejak di kotak komentar.
~permata yang dicari~
waalaikumsalam wbt,
Deletealhamdulillah,
hanya coretan santai di waktu lapang,
terkenang kembali bilik tidur busuk seminggu. (",)
moga Allah sampikan kita di bulan itu.
Amin.
Cuma yang tinggal beberapa ekor kucing yang masih berpeleseran di tepi longkang dengan sesi renggangan. Saki-baki tulang ikan dibiarkan sendiri. Tidak dijamah atau dimakan. Mungkin disimpan untuk juadah sahur pada hari esok. (",)
ReplyDeleteTak pernah terfikir...sangat comel!
hehe. nasihat utk pljr2 yg bakal amik spm,
Deletemohon jgn tiru ayat2 di atas,
is sangat salah dlm kosa kata bahasa.
terima kasih. (",)
hehe..comelnya kucing tu..
ReplyDeletepandai dia pilih port untuk membuang.. :)
comel tu mmg comel kneah,
Deletecuma yg x comel tu port dia buang,
erm..
apakan daya..pasrah..
jazakallah akhi kongsikan link!
ReplyDeletenohallah. simple ja tu,
Deletetulisan luar biasa harus dikongsikan. =)
agar kebaikannya dirasai semua. yadak?
Salam alaik.
ReplyDeletetakda dah nak senyum2,ketawa terus heh =)
Alahai tompok...kesian kat tuannya tido luar..
tompok ni bulu warna apa? kecilkah besar? mesti comel..=)
wassalam.
Deletetompok ni bulu warna kelabu,
nk kata kecil tu x sgt,
sbb dah ada anak pun,
erm..comel tu semestinya.. =)
mmg btol2 x kering gusi membaca..
ReplyDeletebijak btol Tompok wlau x de akal...
mungkin tompok nmpk bilik tu cm blik air die sbb terlalu 'kemas' krn itu lh menjd pilihan hti nye..
...SENYUM... :)
tudie.. ada 'perisa' perli di situ, :D
Deletexdala samapai terlalu 'kemas',
biasa-biasa je. mungkin Tompok x pernah jumpa tempat sehebat bilik tu,
sekali sekali dia nk test la kot. =)
.. terima asih atas senyuman pd Tompok.. (",)
Salam ziarah,
ReplyDeletekucing dan manusia, punya seribu satu cerita....
Salam ziarah kembali,
Deleteitulah hikmah dari yg Maha Kuasa.
cerita nih memang lucu..congrate t0 tompok kerana mencorakkan 1 kesenian yg amat bermakna & berseni.. tp harap2 tuan hamba terus menyayangi tompok ya.. tompok tuh xtau..hihihi..klakar2...
ReplyDeletesebenarnya cerita yg dilakar adlh fokus kedua,
Deletefokus pertama terletak pd link yg saya kongsikan tu,
he2. saja tulis bg menarik supaya org klik link tersebut. walau x semua, sikit pun xpa.
terima kasih pd 'cik biarlah' sudi singgah sini. ^_^