Monday, July 11, 2011

16
Komen
~ Hebatnya Kopi Bukan Sekadar Hitam ~

Bukan sahaja hitam dan pahit, tetapi kuat jatidirinya. =)
Saleem hampir putus asa dengan masalah demi masalah yang menimpa hidupnya. Satu masalah berlalu, masalah lain pula datang bertalu-talu. Perasaan marah, malu, sedih, meluat, geram, benci... sebut apa juga perasaan yang menghimpit sanubari, semuanya pernah dirasai.

Sehingga Saleem berasakan diri dan deritanya di dalam satu bulatan yang sama. Kemana sahaja dia bergerak mahu atau tidak perasaan-perasaan itu pasti akan menemuinya.

Apabila tiba malam yang hening, Saleem terus mendapatkan ibunya. Jiwa pemudanya seakan lemah. Dia menangis ibarat bayi yang baru dilahirkan. Teresak-esak tengisannya membuatkan hati seorang ibu yang putih, bersih dan jernih terasa sayu, sebak dan simpati. Saleem meluahkan segala isi hatinya tanpa rasa kekok atau segan. 

Semuanya tidak lain dan tidak bukan adalah untuk mencari penawar bagi kegelapan dan kegelisahan jiwanya yang semakin merosak andai tidak ditemui jalan penyelesaian.

Renungi lobak merah, telur dan kopi

Selepas Saleem mengakhiri kata-katanya yang terakhir, ibu mengajak Saleem untuk ke dapur dengan pujukan dan alasan ada sesuatu yang ingin ditunjukkkan. Sampai sahaja di dapur, ibu terus mendidih tiga periuk air kosong.

Setelah air telah dididihkan ibu memasukkan lobak merah, telur, dan serbuk kopi asli ke dalam periuk berasingan. Semuanya dibiarkan mendidih beberapa lama. Selepas itu ibu mengeluarkan lobak merah dan telur dari periuk serta meletakkan kedua-duanya di dalam mangkuk. Periuk yang diisi kopi juga tidak ketinggalan lalu dituang ke dalam mengkuk juga.

Kemudian si ibu menoleh kepada Saleem sambil berkata, "Apa yang Saleem nampak?"

"Lobak merah, telur dan kopi." 

"Dekat lagi. Cuba pegang lobak ini. Bagaimana keadaannya?" Saleem menurut sahaja, lalu menjawab selamba, "lembik."

Ambil telur itu dan pecahkan. Tengok bagaimana keadaan di dalamnya," pinta si ibu.

Saleem tidak membantah. Dia melakukan apa yang diminta oleh ibunya. 

"Sekarang cuba hidu dan rasa bau kopi ini." Satu lagi permintaan si ibu dan Saleem juga menurut. 

"Wanginya! Aroma dan rasa kopi.. Tapi apa makna semua ini, ibu? Apa kena-mengena semua ini dengan Saleem?" Saleem inginkan penjelasan.

" Semua ini... lobak merah, telur dan kopi telah dididihkan dengan cara dan jangka masa yang sama, kan?"

" Ya.. betul! Jadi?"

Si ibu hanya tersenyum. 

Yang mana lebih hebat?

" Lobak merah mulanya keras. Tetapi setelah dimasukkan ke dalam air mendidih ia menjadi lembik. Telur pula sebelum dimasukkan ke dalam air mendidih, kulitnya rapuh melindungi isi lembut. Namun selepas itu isi telur menjadi keras dan beku berbanding sebelumnya."

Ibu Saleem mula menjelaskan. 

" Serbuk kopi ini lain. Tak sama lobak dan telur. Sebelum dikisar menjadi serbuk, ia sangat keras. Setelah menjadi serbuk, ia dengan mudah larut ke dalam air panas yang mendidih. Sifat pepejal luarannya hilang. Ia larut seolah-olah kalah pada air panas, namun ia berjaya mengubah warna, rasa dan bau air panas mendidih. 

Air yang jernih telah menjadi air kopi. Jati diri kopi tidak berubah walaupun ia larut dalam air panas bahkan ia mengubah air kosong panas menjadi air kopi. Lihat!"

Saleem merenung jauh ke dalam diri apabila ibu memegang kedua bahunya. Renungan mata ibu tenang, lembut dan bersinar bertemu mata Saleem yang lesu. Dengan penuh kasih sayang dari lubuk hati, si ibu bertanya, "Mana satu hatimu anakku? Lobak, telur atau kopi?"

Andai soalan terakhir ini ditujukan kepada kita, apa jawapannya yang kita ada?

Kita lobak merah atau telur?

Adakah kita seperti lobak merah yang keras dengan warna yang gemilang, menjadi lemah dan lembik luar dan dalam apabila dilanda ujian serta cabaran kehidupan.. meratap sepanjang hidup atas 'malangnya' nasib yang menimpa diri?

Tercari-cari siapa yang patut dipersalahkan atas 'panasnya' penderitaan yang melanda?

Atau kita ini seperti telur yang bermula dengan memiliki hati yang lembut, menjadi keras hati apabila menghadapi ujian dan cabaran kehidupan? 

Luarnya seperti tidak berubah tetapi dalamannya menjadi keras. Tercari-cari kepada siapa dendam hendak dibalas atas 'panasnya' penderitaan yang melanda? Mengukur-ukur berapa tebal tembok yang perlu dibina antara diri dengan 'penjahat-penjahat' yang membuat hidup kita susah? (",)

Kesannya, bukankah pengakhiran semua ini adalah kerosakan?

Akhir : Yang seperti kopi itu sedikit

Aha. Tadi kita dah bersembang-sembang tentang lobak merah dan telur. Apakata kita selusuri pula serbuk kopi asli. 

Tanya ada diri.. adakah kita seperti kopi? Yang tidak pernah hilang jatidiri walaupun telah dikisar dan dimasukkan pula ke dalam air yang mendidih sehingga hilang sifat luarannya. Cabaran dan ujian yang dihadapi tidak mengubah jatidiri. 

Kepasrahannya menerima apa jua yang mendatang tidak membunuh prinsip dan nilai kebenaran serta tidak menjauhkan dari matlamat kehidupan sebagai hamba Allah di muka bumi. Lebih banyak cabaran dan rintangan, ketehuilah lebih matang dan membesar potensi diri terus berkembang sehingga mampu memberi inspirasi kepada orang lain.

Dari pengalaman menghadapi 'kepanasan', mampu pula membimbing orang lain. Tidakkah kita melihat semua ini? Yang tidak buta pasti akan mengiakan. (",)

Cuma yang sedih, insan seperti kopi ini terlalu sedikit. =(

Sekian,
Pelaut Rabbani.

P/s : Pagi tadi saya telah mendapat berita yang sangat menggembirakan. Sungguh, saya benar-benar bersyukur kepadaNya.

16 comments:

  1. Salam 'alaik mQ..
    sungguh hebat insan2 yang seperti kopi..
    ingin juga menjadi seperti itu..
    masih perlu berusaha dan terus berusaha untuk menjadi seperti itu.. :)

    Moga Allah redha~~
    berita apa yg sungguh menggembirakan itu?? (",)

    ReplyDelete
  2. salam alaik pelaut rabbani..
    tertarik dengan falsafah lobak,telur dan kopi,entri ini mengetuk minda,membuka hati dalam menyelusuri kehidupan sementara ini..

    ReplyDelete
  3. > [n_akn]

    waalaikumsalam.
    ya, kita sama2 perlu berusaha utk menjd sepertinya,
    barulah kehidupn ini akan sentiasa dihiasi dgn senyumn,

    berita yg sungguh menggembirakn itu akan diumumkn nnt di Lautan Rabbani. (",)



    > faiz_n

    waalaikumsalam,
    alhmdulillah. itulah hikmahnya bg yg melihat.
    syukran akhi. (",)

    ReplyDelete
  4. salam alaik.

    seronok baca =)

    menyingkap diri manusia yg trbntuk oleh pengalaman hidup.pengalaman hidup itu mendewasakan manusia dan mengajar erti kehidupan bagi mereka yg punya jiwa yg kuat =)

    kerana kita tahu,Pelbagai keadaan boleh berlaku pd setiap individu brgantung pd realiti kehidupan masing2.

    ya,satu masa pengalaman itu,mungkin dapat dikongsi kpd org lain mengikut cara kita sendiri yg barangkali dpt membimbingnya utk lebih kuat =)

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum wbt

    Subhanallah,mmg hebat yang jadi seperti kopi.

    Ana dah tahu tentang tajuk yang nta sampaikan ni.
    Masa ana sem dua, ana ikut satu program yang membincangkan tentang kopi, telur dan lobak.

    Lecturer ana siap tunjuk demo lagi tentang kopi, telur, dan lobak.

    Ya, insan sepert kopi mmg sedikit, mudah2an kita juga tergolong dalam golongan yang sedikit itu.

    ~permata yang dicari~

    ReplyDelete
  6. > Nazihah

    waalaikumsalam.
    alhamdulillah,
    pengalaman adlh guru yg amat berharga,
    lagi perit dan menusub pengalaman itu,
    lg byk perkara yg boleh diambil sbg mutiara.

    terima kasih cik jiha. =)



    > wafa zinnirah92

    waalaikumsalam wbt,
    ohyaka? klu mcm tu enti mungkn lebih arif dan jelas ttg ini.
    mohon tunjuk ajar. (",)

    syukran lak.

    ReplyDelete
  7. salam..
    ana pernah dgr tentang kopi,lobak dengan telur..
    akak naqibah yang ceritakan..
    mesti jadi mcm kopi la..
    hidup nie kena ada jati diri yang kuat..
    mudah-mudahan kita semua boleh..:-)

    ReplyDelete
  8. > khaulah

    wassalam.
    ya. mudah2an. (",)

    ReplyDelete
  9. salam alaik..

    satu perkongsian yang menarik.الحمدلله
    bagaimana ya, klu seorang dai'e itu memiliki hati seperti lobak @ telur?? hurmm.. (muhasabah dan peringatan untuk diri sang mujahidah 'baru' ini)

    satu perkongsian yang ana dpt ketika Kajian Tarbawi bersama Pak Cik Rosdi di KTD.. "Kunci utk ke Syurga adalah Syahadah. Benar. Tapi, pasti kunci itu ada giginya.." keseluruhannya ada 7. Ana just nak sebutkan yang 'gigi' yang ke-5, iaitu Mahabbah. Pada 'gigi' kunci ini,kita berusaha utnuk memelihara hati kita untuk mencintai Allah mengatasi segalanya. Persoalannya, dalam situasi kita sekarang..kita lebih cenderung memilih Dunia yang sementara berbanding Akhirat yang Kekal abadi. bak kata pak cik,kita ni 'Gila'. ^^

    Betul!

    Seandainya hati kita ini lebih mencintai Dunia, bagaimana kita mampu menjadi seorang dai'e yang 'keras'(kental) seperti kerasnya biji kopi. hatta dia dicampak ke dalam masyarakat, seluruh kehidupannya memberi manfaat kepada semua, mcm biji kopi yang dihancurkan tadi. susah rasanya nak capai tahap mcm ni..tapi inilah cabaran seorang da'ie nak melaksanakan amanahnya..Wallahua'alam. maaf komennya pnjg, sekadar perkongsian hati.
    akhir kalam;
    "Ngaji biar Pandai
    Akhlaq biar Jjuruih
    Hidup boleh tumpe"

    ReplyDelete
  10. hidup dan hidup..
    kadang-kadang rasa tidak mampu untuk meneruskan hidup,tapi disitulah pentingnya sahabat di sisi..
    menjadi menteri penasihat,menteri pertahanan..

    ya,tertanya2 apa berita tu ya?
    singgah lg..:)

    ReplyDelete
  11. Subhanallah.. Tulisan MQ semakin lama semakin memikat hati dan jantung...(^_^)

    Benar apa yang dikongsikan,.kita harus memiliki jati diri seperti kopi namun persoalanya adakah kita sudah mencapai tahap itu?

    Apapun kita tidak boleh berputus asa dan sentiasa meningkatkan diri agar kita memiliki jati diri yang kukuh untuk mempertahankan deen Allah dalam realiti tidak semanis gula ini...

    Terus berkongsi dan menyebarkan kekuatan,...
    Sudah kutahu berita gembira itu (agaknyalah)..

    Gambatte neh Qawiem-kun....

    ReplyDelete
  12. > Anonymous

    waalaikumsalam,
    boleh undang sbg penulis jemputan lautan rabbani ni,
    hehe. trima kasih atas lakaran yg di kongsikn,
    moga Allah terus menerus memberi kekuatan.
    Amin.



    > awan biru

    berita itu adlh..
    saya akan bermusafir tidak lama lagi. (",)



    > ummu_ammar

    alhmdulillah,
    doakan selalu utk diri ini ya,
    byk kelemahan yg perlu dibaiki,
    byk kelebihan yg perlu berhati-hati,
    agar semuanya tidak tersasar menjd mimpi. (",)

    ~ Pelaut Rabbani ~

    ReplyDelete
  13. from Anonymous ;

    Alhamdulillah, itu ilham dari Allah..ana kongsikan bersama.
    menulis di ruangan lautan rabbani??huhu. kerdilnya terasa ini berbanding nta yang lebih banyak ilmu & lebih berpengalaman..(^^,).ada ruang tersendiri, cuma lama tak update. mencari masa untuk meningkatkan diri & menggilapkan ilmu. (http://peneraju-ummah.blogspot.com)
    semoga pengisian di ruangan ini dapat membantu ana dalam misi meng'upgrade' ilmu di dada..insyaAllah.

    ReplyDelete
  14. > Anonymous

    saya doakan agar Allah permudahkan segala urusan,
    updatelah selagi mn mempunyai ruang dan peluang,
    moga ia menjd salah satu saham kita di sana.
    Amin. (",)

    terima kasih.

    ReplyDelete
  15. menarik cerita ni! like! bijak ibu budak tu =)

    ReplyDelete
  16. > albanat

    budak itu juga bijak.
    mencari insan yg betul utk meluahkn rasa hati. =)

    ReplyDelete