Dikatakan tembok keangkuhan itu ia bukan tembok biasa |
Semakin tinggi akal menjejaki, semakin kerdil terasa diri. Melihat semuanya bagaikan mimpi. Tetapi ia bukannya mustahil. Kerana penyusunan itu adalah yang terbaik bilamana kita tahu bahawa yang penyusunnya adalah Dia Rabbula'lamin.
Melihat kepada kehidupan yang penuh dengan seribu macam perbezaan, disitulah akan nampaknya hikmah sejuta macam pengertian. Satu persatu - apabila diteliti, jawapannya pasti menyentuh hati. Tidak nampak bukan bermakna kita buta tetapi cara kita melihat adalah tidak sama. Yang saya nampak mungkin begini. Namun, yang anda nampak mungkin begitu. Bukankah perbezaan ini ada hikmahnya?
Yang tidak buta itu pasti akan mengiakannya. (",)
Bro Sham Kamikaze |
Siapa Sham Kamikaze?
Ok. Saya tahu pasti ada yang tidak kenal dengan Sham Kamikaze. Sebab saya pun tidak pernah kenal siapa Sham dan siapa pula Kamikaze satu ketika dahulu.
Tetapi hari ini saya sudah kenal walaupun bukan dalam jarak yang dekat. Beliau adalah salah seorang yang terpilih sebagai pemusnah tembok keangkuhan. (",)
Sedikit tentang beliau. Sham Kamikaze merupakan pemain gitar utama kumpulan Kamikaze dan pernah menghasilkan sebuah album berjudul Kontroversi. Pada peringkat Anugerah Industri Muzik, Sham pernah mencapai pengiktirafan yang diidamkan apabila album Kontroversi memenangi Anugerah Album Rock Terbaik di AIM 2001.
Sham kerap mengiringi persembahan artis-artis ternama seperti Siti Nurhaliza, Misha Omar, Syafinaz dan bintang Akademi Fantasia baik di pertunjukan dan persembahan terbuka atau pun di stesen-stesen TV. Dia juga mencurahkan pengalaman muziknya di Akademi Seni Kebangsaan.
Antara tugasan yang pernah dipikulnya termasuklah sebagai Pengarah Muzik untuk program konsert terbitan Astro iaitu Dari Studio Satu Anugerah Seri Angkasa 2006, Konsert Misi Suara Hati dan Konsert Akhir AF3.
Bertemu dengannya
Alhamdulillah. Allah memberi keizinan kepada saya untuk bertemu dengan Abg Sham Kamikaze baru-baru ini. Kalau tidak silap pada 24 Jun 2011 bersamaan hari Jumaat di Masjid Ma'had Tahfiz Al-imam An-Nanawi (MATIN), Abi Padang Machang Perlis.
Turut hadir pada malam itu juga Ustaz Zulkifli Ahmad merupakan pendakwah di Negeri Selangor. Memegang watak sebagai ahli panel kedua pada malam bual bicara hidayah bersama Abg Sham. Kalau anda nak tahu, malam itu juga lagu Luhur kumpulan Kamikaze telah dinyanyikan oleh ustaz Zulkifli. Dalam masa yang sama Abg Sham yang memegang watak ahli panel pertama mengadunkan lagu itu dengan memainkan peranannya sebagai gitaris yang menakjubkan.
Kelihatan anak muda dan anak tua yang hadir terkesima dan teruja saat itu. (",)
Saya sempat bergambar. Cuma gambar blur da.. |
Sebenarnya, ada satu kisah yang Abg Sham kongsikan. Timbulnya kesedaran tika mana beliau bertemu dengan Imam besar Masjidil Haram, Dr Abdul Rahman As-Sudais di Masjid Alwi, Kangar. Pertemuan yang Allah izinkan ini adalah pertemuan yang tanpa dirancang.
Mungkin dengan pertemuan inilah terdetik satu perubahan yang besar dalam jiwa beliau. Disusuli dengan bantuan dan buku-buku yang beliau baca untuk memahami islam.
Subhanallah, dengan bertemu orang soleh Allah campakkan hidayah kepada beliau.
Dari kiri : Ust Yussaine, Bro Sham, Ust Zulkifli |
Ya. Jom lihat akan kehidupan kita. Pernahkah kita bersyukur sesungguh-sungguhnya setelah Allah mencampakkan cahaya keimanan kepada kita? Pernahkah kita menghargai setiap detik yang berjalan adalah di bawah kesejahteraan agama islam yang kita anuti? Beramal dengan rasa ingin berterima kasih kepada Allah kerana memilih kita sebagai umat rasulNya?
Atau kita masih sombong dengan ajaran yang ditunjukkan oleh Nabi petunjuk sepanjang zaman? Atau kita masih mahu mensia-siakan peluang yang Allah kurniakan? Andai kita tahu dan sedar bahawa nikmat iman dan islam itu adalah nikmat yang terbesar, pasti kita tidak akan memandangnya sebelah mata.
Sedarlah teman-teman sekalian, Allah itu Maha Kuasa. Tidak takutkah kita jika Allah menarik balik hidayah yang dikurniakan? Ketika itu siapalah kita di sisiNya? Pasti berlayarnya kita tidak bertepian. Allah mampu memberi hidayah. Allah juga mampu menariknya kembali. Berhati-hatilah. (",)
P/s : Terima kasih kepada Ust Yussaine yang sudi menganjurkan Forum Bual Bicara Hidayah bersama abg Sham kamikaze. Moga Allah kasihkan ustaz. Amin.
Allahuakbar.
ReplyDeleteI'm First...(^_^)
ReplyDeleteSubhanallah..Tak sangka Qawiem menulis ttg nih,..
Last class, K.N baru je kongsi cerita ni dengan pelajar k.N ttg hidayah Allah,...
Memang sangat tak sangka dan bertuahlah insan yang dipilih Allah ini..
Sekarang daku memahami mengapa 'luhur' berkumandang di sini,..
Jeless nih MQ dapat ketemu orang yg baru dapat hidayah....Mudah2an kita semua istiqamah di atas jalan ini...
alah..dah tak first,...tekan 'post' lambat sgt...emmmmmmmm
ReplyDeleteassalamualaikum :)
ReplyDeletesaya pun turut hadir kt Maahad Tahfiz tu..
Memang terpegun dgn cerita2 beliau...
Kerana tempat dia mendapat hidayah itu tempat yang hampir setiap hari saya pergi...
Alhamdulillah :)Allah maha berkuasa atas sesuatu
ReplyDeletetajuk kontroversi. tapi alhamdulillah!
ReplyDeleteSalam'alaik adik pelaut..
ReplyDeleteNice entry~~
Hidayah itu hanya milik Allah..
Sejauhmana kita yg telah diberi hidayah ini, menjaga dan memelihara hidayah yang telah dianugerahkan oleh Allah..
Moga Allah redha~~
> pengemis cinta
ReplyDeleteAllah Maha Besar. Yang mampu mengatur segala-galanya.
> Ummu_Ammar
hehe. xpa2,
cuba lg utk entry yg akan dtg. (",)
klu knawal nk tahu abg sham ni pernah beraksi bersama mat kidal waktu akademik fantasia dulu,
waktu tu mmg terserlahla kehebtn abg sham..
mungkin boleh tonton di UTube.
***
maknanya knawal boleh buat bahan bantu mengajarlah,
sbg pengisian tbhn di dlm kelas.hehe (",)
ttg lagu luhur kamikaze di Lautan Rabbani,
ia adlh pengenalan awl kpd para pembaca sblm entry 'Sham Kamikaze Pemusnah Tembok' dilakarkan.
Apapun terimas ya knawal. (",)
> Ana Ajmal
waalaikumsalam,
ohyaka, maknanya ajmal juga tahulah suasana pd mlm tu?
> Nazihah
ya. tidak ada kuasa yg mampu menandingi kehebatanNya,
maka, jwpnnya hanya satu.
jgnlah kita sombong dgn hidayah yg kita ada skrg dgn meningglkn suruhnNya. (",)
syukran cik jiha.
> albanat
tajuk kontroversi?
benarkah? (",)
> [n_akn]
waalaikumsalam n_akn,
segala puji bgNya,
tQue atas bait2 kata yg ditinggalkn,
moga Allah redha juga dgn kita. (",)
Assalamualaikum w.b.t
ReplyDeleteSubhanallah!Bersih sungguh wajah Bro Sham Kamikaze.terpegun~
Itu yang baru dapat hidayah,begitu hebat penangan perubahan itu dalam hidup Bro..kalau kita yang dah lama ni,ta tahu lah~
Teruskan menulis,istiqamah dalam medan ni.Sdra dh dpt ramai mad'u,jangan sia-siakannya.
Salam syaa'ban
> Anonymous
ReplyDeletewaalaikumsalam wbt,
kdg2 kita yg dh lama dpt hidayah ni perlu juga bljr dgn mrk yg terpilih utk baru mdpt hidayah,
insyaAllah. teruslah mendoakn diri ini,
moga Allah kurgkn sgla kelemahn,
terima kasih atas dokongan. (",)
salam sya'ban juga.
Benarlah sebuah kata2...
ReplyDelete''Sesugguhnya Hidayah itu milik Allah''...
Allah sahajalh yng dapat memberikn hidayah kepada MakhlukNya, bukan manusia lain....
Seharusnya kita sebagai umat Islam, harus bersyukur kepada Allah... terutamanya setelah kita mendapat 2 Nikmat yang terbesar iaitu Nikmat Iman dan Nikmat Islam....
yup,, saya pun dengar lagu yg dia nyanyi kt masjid tu... tapi agak menyakitkan telinga sbb kuat sngt...
ReplyDelete> Syarah dan Ana Ajmal
ReplyDeleteterima kasih atas respon balas kalian,
sama2lah kita tingkatkn diri. (",)
nice post :)
ReplyDelete> Anonymous
ReplyDeletetQueSOmaC. =)
Hidayah yg Indah,..~~ sggu tertarik dgn artikel bab2 keagamaan ni mohon share tuan punya blog.. dan sya akan sertakan link anda sekali... tq b4:))
ReplyDelete