Ya Allah. Tuhan yang membolak balikkan hati. Tetapkanlah hati ini di atas jalanMu. |
InsyaAllah.
Coretan kali ini hanyalah sekadar diari dan luahan yang cuba diadaptasi oleh penulis ke dalam buku istimewa ini.
Hari ini tanggal 5 Januari 2011 bersamaan hari Rabu, aku kembali ke lubuk mutiara iaitu MATRI singkatan dari Mahad Attarbiyah Al-islamiyah. Lubuk yang mumpunyai kenangan pahit manis hidupku sewaktu di alam persekolahan.
Di sinilah aku membesar. Belajar erti mahabbah sesama muslim. Belajar erti persaudaraan kerana Allah. Hormat-menghormati bahkan pelbagai sifat mahmudah itu ibarat modul wajib yang dipasak ke dalam jiwa para pemuda dan pemudi.
Sebenarnya, aku belum lagi ber'status' lepasan di intitusi ini.
Tetapi disebabkan hampir lima bulan tidak memunculkan diri, terasa asing pula apabila timbul semula dengan keadaan diri yang sudah tidak seperti dulu.
Macam mana tu? Makin hensemla maksudnya. Haha. (",)
Apa-apa pun aku bersyukur kepada yang Maha Kuasa atas segala kecukupan dan kemudahan yang diberikan. Terima kasih Allah.
Aku pergi ke sana bersama Nabil. Sahabat baikku yang banyak membantu. Dialah antara sahabat yang banyak menggembirakan perjalanan hayatku. Tatkala susah mahupun senang. Thank you bro.
Semasa dalam perjalanan ke sana, Salman teman karibku menghubungi. Katanya mahu ikut juga ke Matri. Tetapi apakan daya bak kata pepatah ; terlajak perahu boleh diundur, tetapi terlajak waktu? Tertinggallah jawabnya. Mungkin Allah susun di lain hari. Untuk pengetahuan, Salman dan Nabil merupakan sahabat se'batch' aku ketika sekolah menengah.
Kami tiba di Matri dalam pukul 8.oo am. Lewat. Sebabnya jalan di Kangar pagi tadi agak beratur keretanya.
Alhamdulillah, yang penting selamat sampai.
Apa lagi bila dah sampai, rasa rindu kepada guru-guru dan adik-adik dapat diubati apabila bertemu dengan mereka. Terutamanya apabila berjumpa dengan Cikgu Norizan the teacher of biologi. Antara guruku yang banyak menziarahi aku ketika sakit baru-baru ini. Moga Allah merahmati cikgu.
Saat berada di Matri membuat jiwa kepemudaanku tercabar apabila melihat sahabat-sahabatku sibuk dan aktif meng'organize' itu dan ini.
Biasalah sudah menjadi adat di sekolah ini, yang paling tua dan berpotensi akan mengepalai kesulurahan aktiviti. Moga urusan kalian dipermudahkan. InsyaAllah.
Walau bagaimana pun, aku terasa kuat apabila dapat berjumpa kembali guru-guru yang tidak lokek dengan nasihat dan kata-kata semangat. Usah diberi nasihat, melihat mereka sahaja jiwa sudah terasa kuat. Masakan tidak, melihat kepada umur seperti tidak percaya akan pengorbanan masa yang mereka berikan untuk mendidik dan mentarbiyah generasi pewaris.
Akhir kata, moga apa yang kulalui hari ini dapat memberikan jiwa ini penawar agar kembali subur untuk melaksanakan apa yang dipertanggungjawabkan.
Berkatalah amin wahai pembaca sekalian.
Terima kasih.
Ameen..
ReplyDeletemoga Allah mengekalkan kita atas jalan ini..
benar kata2 nta..dgn melihat murabbi2 kita sahaja,jiwa sudah terasa kuat.moga kita juga berupaya utk mencontohi mereka..i.allah..
Amin...
ReplyDeletedak fisio said,
ReplyDeletebila blh tibai shuttle cock ???
kaki besi said,
ReplyDeleteperibahasa real bai..
> n_akn
ReplyDeleteJazakillah kak nailah..
utk makluman,
antara yg beri nsht juga tadi adlh pakcik kadir..
trserempak d kantin..
lupa nk tulis kat atas.. (",)
Ya Allah, rahmatilah mereka ini.
> Pemerhati Dunia
Terima kasih. =)
> Anonymous dak fisio
InsyaAllah. Dlm masa terdekat.
> Amonymous kaki besi
Haha. Nilah rahsia BM A+.
Pndai mngolah seni pribahasa..
Smuanya dgn izin Allah. (",)
matri?
ReplyDeletekamu anak HALUAN kah?
Assalamualaikum, salam ziarah. Semoga kepulangan anta ke MATRI membawa seribu satu kekuatan dan himmah untuk terus berjuang di jalanNya.
ReplyDeleteSubhanallah..... Semangat tinggi dalam menuntut ilmu.... moga Allah bantu... blajar sungguh2 tau qawiem... nanti klau dtg Jordan bleh jd scorer.. InsyaAllah
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteSalamun'alaikum..Salam ziarah..teruskan perjuangan anda..semoga Allah permudahkan hari kita esok dan seterusnya..insyaAllah...
ReplyDelete> z@i
ReplyDeleteya. MATRI.
anak haluankah? (",)
> sekudus hati
wassalam, salam ziarah kembali.
itulah yg diazamkan oleh sang diri yg lemah ini..
Terus mendoakan..
moga Allah kasih. (",)
> Mukhlis Nasri
Laa.. anta bru tau ka?
dh lama dh ana bersemgt ni..
haha.. x dala.. tulah, moga Allah mberi ana kekuatan..
InsyaAllah, jumpa di sana nnt..
berkobar2 x sangga ni. =)
> Pencari cinta-Mu
wassalam.. ya, salam ziarah kembali.
terima kasih mendoakan..
InsyaAllah. moga itu semua yg terbaik.
amin..
ReplyDeletemoga Allah meberkatinya..
entry akh ni..wat ana teringat kenangan di sekolah dahulu..moga ana juga berkesempatan untuk kembali menziarahi sekolah seperti akh..
jdi bersemangat nih qawiem..
ReplyDeleteckup bca entri ni.. jdi smangat gak..^_^..
bestnya bleh ziarah bumi MATRI..
ana rerindu sesst kt antum, dan ma3...
moga Allah berkati usaha nta dan shbt2 lain..
> wan
ReplyDeleteJazakillah..
insyaAllah, moga apa yg dihajatkn itu berkesampaian.
Doakan agar semuanya terbaik.
> kautsar
huhu..
mat3 menanti kunjungan anta sbg lepasan,
bila2 cuti dtglah..
bg sdkit perkongsian pengalamn kt adik2..
terima kasih kautsar atas doanya.
jg diri na kt sana.
moga bertemu lg.. (",)
wah ...cntik gmbar...semoga allah prmudhkan urusan anta, qawiem...blaja biar smpai pecah kpla...hehehe..x der laah..mga dpt brtemu nnti..
ReplyDelete> hanif
ReplyDeleteInsyaAllah, terima kasih atas doanya.terharu sbnrnya nip. apbl org hebat dtg ke blog yg x sbrp ini.. jazakalah. ya, moga Allah mempertemukn kita nnt (",)
Cool and I have a tremendous offer you: Renovation House Company homes to renovate
ReplyDelete