Sunday, January 30, 2011

11
Komen
~ Badan Kehilangan Kekuatan ~

4L itu ada pada saya sekarang. Lemah, Longlai, Letih dan Lesu.


Assalamualaikum wbt.

Salam sejahtera dan ceria buat semua pembaca yang dikasihi.

Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah kerana dengan izinNya saya masih lagi mempunyai masa untuk menulis di laman Lautan Rabbani ini.

Sedar atau tidak, itulah salah satu nikmat yang seringkali saya dengar ketika di bangku sekolah dulu.

Ibnu 'Abbas RA. berkata bahwa Rasulullah SAW. bersabda, 


"Ada dua macam nikmat yang banyak dilupakan manusia, iaitu nikmat kesihatan dan kesempatan (umur)." (HR. Bukhari)


Itulah nikmat yang saya maksudkan. Andaikata nikmat kesempatan hidup itu sudah ditarik dari saya, mana mungkin jari-jari saya mampu menari indah di atas 'keyboard' lagi. (",)

Kemudian, jikalau kita teliti lagi hadith di atas, nikmat kesihatan juga manusia sering lalai dan alpa. Sewaktu kita sihat, pelbagai kebaikan atau ibadah yang boleh dilakukan kita tangguh, tangguh dan tangguh. Keseronokan serta hiburan itu bagaikan sudah mengatasi segala-galanya.

Oleh itu, bagi yang sedar akan dua nikmat ini seharusnya kita bersyukur kepada Allah dengan berebut-rebut membuat kebaikan. Sebagai tanda cinta dan terima kasih juga kita kepada Allah Rabbula'lamin.

Badan saya lemah sepanjang hari ini

Bermula kelmarin, kepala saya terasa berat. Selesema begitu asyik mengganggu saya. Kesannya, bersinlah saya tidak kira tempat dan masa. Kepanasan seperti sudah menakluki badan membuatkan tidur saya semalam benar-benar kurang selesa.

Pagi tadi, selepas menunaikan solah Subuh di masjid. Saya terus berbaring di atas sofa.

Badan saya betul-betul terasa lemah, longlai dan lesu. Tak bermaya. Kepala pula seperti diikat dengan benda yang berat. Saya rasa diri seakan demam. Mungkin.

Maka, sepanjang hari ini hanya katil menemani saya.

Allahuakhbar.

Dengan ini, saya mengharap kepada para pembaca yang singgah ke teratak ini sudi mendoakan saya.

Moga saya cepat sembuh, dikeluarkan dosa dari ujian ini dan bertebaran hikmah itu dari tubuh yang lemah ini.

Setakat ini saja coretan kali ini, moga Allah juga mengasihi kalian dan memberi kalian petunjuk hidayahNya.

Amin.

Yang mengharap doa kalian,
~ MQ ~

11 comments:

  1. Assalamualaikum, buat sahabat yang dikasihi. Semoga Allah merahmati mu dan mengasihimu. Ya Allah, kasihilah sahabatku ini, berikanlah kepadanya kekuatan, kebaikan dan kesejahteraan.

    Semoga terus kuat, dalam mengharungi kehidupan. Kelesuan itu, adalah peluang untuk berehat mengumpul daya agar terus tabah dan istiqamah dalam ibadah kepadanya.

    Salam sahabat

    BroHamzah

    ReplyDelete
  2. Assalamu'alaikum..

    Tabahkan hati, Allah bersama mu..

    ReplyDelete
  3. Semoga dikurniakan kesihatan Qawiem..
    sakit itu, tanda Allah sayang..

    ReplyDelete
  4. Semoga Allah segera sembuhkan sakit anda.

    ReplyDelete
  5. moga dikurniakan kesembuhan scptnya. :)

    ReplyDelete
  6. Bila diberi kesakitan, Allah ingin kita kembali mengadu padaNYA.. DIA rindu pengaduan kita.. Semoga enta cepat sembuhnya.

    ReplyDelete
  7. syafakallah.
    minum air masak banyak2.
    biar toksin dalam bandan tu berkurangan. (^__^)

    ReplyDelete
  8. semoga cepat sembuh.....
    pastikan mempunyai rehat yg secukupnya.. :)

    ReplyDelete