Monday, January 17, 2011

16
Komen
~ 1.1.11 - Sejarah Buat Mereka ~

Selamat Pengantin Baru (",)

Alhamdulillah, marilah sama-sama kita merafa'kan setinggi-tinggi rasa syukur kita kepada Allah swt kerana dengan izinNya kita masih diberi peluang untuk merasai nikmat iman dan islam.

Selawat dan salam kita panjatkan kepada rasul mulia Nabi Muhammad saw kerana dengan perjuangan baginda dan para sahabat kita dapat merasai nikmat iman dan islam.

Sahabat-sahabat sekalian, jangan kita pandang remah akan dua perkara ini. Sebabnya, tanpa dua perkara ini kita bukan lagi tercalon sebagai ahli Jannah.

InsyaAllah, penulisan kali ini ingin saya terbangkan kepada dua insan bertuah. Dua insan yang telah memegang rekod 15th gen. Haha.

Dua insan yang saya maksudkan tak lain dan tak bukan adalah...

Moga kekal hingga ke akhirnya (",)

Saudara Muhammad Taufiq bin Montasir bersama pasangan sehati sejiwanya Saudari Nur Sarah binti Mohamad Azir.


Masjid Ubudiyyah adalah tempat yang telah menjadi saksi pasangan pengantin ini. Berbekal cinta yang suci akhirnya mereka selamat diijab kabulkan. Alhamdulillah.




Keluarga pengantin (",)


Rakan seperjuangan sebelah pengantin lelaki  (",)

Rakan seperjuangan dari sebelah pengantin perempuan


Dengan kehadiran ahli keluarga serta rakan seperjuangan dari kedua belah pihak pasangan pengantin sikit sebanyak dapat memeriah suasana ketika itu.


Pelbagai usikan serta gurauan dari sahabat-sahabat seperjuangan seakan penyeri yang menghiasi hari yang bersejarah itu.


Sangat kagum.  =)


Buat sahabatku Taufik, Selamat Pengantin Baru. Moga sepanjang perjalanan hidup anta bersama yang tersayang dicucuri rahmat dari Allah Rabbula'lamin. Ajaklah zaujah anta solah berjemaah jika berkesempatan kerana itulah satu-satunya tips asas agar hubungan antara kalian berdua berkekalan hingga ke akhir hayat. Macam dah biasa plak. haha.


Mungkin akan ada yang kata, hari perkahwinan dah lama lepas kenapa baru nak ucap. Ya, saya setuju dengan mereka yang berkata begitu. 


Tetapi bagi pasangan raja sehari, saya yakin perkahwinan yang sudah lama lepas itu terasa kelmarin baru berlangsungnya majlis akad nikah. Betul tak?


Sebagai akhir kata buat pasangan merpati dua sejoli. Saya mewakili sahabat-sahabat yang tidak dapat hadir ke majlis perkahwinan menyusun sepuluh jari meminta maaf kepada kalian. Walaubagaimana pun, doa kami tetap mengiringi bahtera kehidupan kalian.


Moga Allah berkati hubungan antara kalian. Amin.


بارك الله لكما وبارك عليكما وجمع بينكما في خير


Bunga melati di hujung dahan,
disunting putera dengan cermat,
suami isteri berkasih-kasihan,
seperti nabi kasihkan ummat.

ikan todak si ikan pari, 
ikan linang di atas para,
adapun adat bersuami isteri,
moga bahagia hingga ke syurga.


Sekian terima kasih (",)


Buat para pengunjung yang baik hati, anda dijemput untuk ke teratak mereka.
FiqraLurve ]


P/s : Juga buat sahabat-sahabat serta sahibah-sahibah 15th gen sekalian, siapa pula yang akan menyusul selepas ini? Ayuh kita nantikan. =)

16 comments:

  1. alhamdulillah.. enta pun macam tak lama lagi aja. hehe
    Cerpen menarik.
    Penghujung!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe. Rasa macam tu jugak. Tapi tak pasti bila. Mungkin enta dulu kot. :D

      Delete
  2. barakallahulakuma wa barakah buat taufik n sarah..
    semoga dilimpahi rahmat Allah dan moga berkekalan hingga ke syurga..(",)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin. Tumpang seronok dan bahagia dengan mereka. ^^

      Delete
  3. takbir!!!
    waduh2 jealous banget guek..
    mga terus istiqamah beramal dgn amal islami..
    caya la topiek!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha. Jangan jelez sangat dengan orang.
      Kita tu bila lagi? :P

      Delete
  4. Doakan aku top 10 dalam batcth 15th. Haha.
    Tapi takda sapa yang sudi dengan aku. Hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh, lambat sangat tu top 10,
      Ana doa top 5 lah untuk enta. Cepat sikit.
      Jangan risau, orang kata bunga bukan sekuntum. Huhu.

      Delete
  5. insya allah..anta pula menyusul selepas ini. mungkinkah?????

    ReplyDelete
  6. Subhanallah. Syukran sahabat di atas penulisan ini. Kami share di FB kami ya. Syukran syukran dan syukran yang teramat. Bila baca blog anta, rasa macam baru tadi je akad nikah. hehe.<3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini sahaja yang mampu dilakukan. Nak pi majlis perkahwinan tempoh hari tak berkesempatan. Apa pun senang hati dengan perkembangan keluarga yang sudah hadir seorang cahaya mata yang kiut-miut.
      Tahniah. ^^

      Senyum seorang diri. Terfikir bagaimanalah nasib diri. ^^

      Delete
  7. Semoga Perkahwinan berkekalan hingga ke akhir hayat dan dikurniakn anak yang solehah dan soleh............. ;)

    ReplyDelete