Bersyukurlah kepada Allah kerana Allah Maha Tahu. ^^ |
Salam bahagia dari insan yang lemah ini buat kalian yang dikasihi.
Saya sebagai orang yang menetap di seantero utara Malaysia, mungkin rasa lebih feel kalau saya tanya khabar kalian dengan loghat utara. Betul tak?
Apa habaq orang-orang kampung?
Sehat ka tak sehat?
Alhamdulillah, mudah-mudahan hampa semua sehat-sehat selalulah no.. (",)
Sebenarnya, saya ingin memberitakan tentang diri saya kepada anda semua. Satu hikmah yang saya lalui dengan mata badan saya sendiri. Sehingga di tika ini, hikmah itu masih dibuai di fikiran sendiri.
Pernah satu ketika Allah mengizinkan diri ini mempunyai kelapangan waktu yang panjang. Selepas kejadian kemalangan yang menyebabkan paha kanan saya patah dan beberapa bahagian di kedua-dua lutut terkoyak. Dua puluh empat jam sehari terasa macam tidak ada penghujungnya. Boring umpama beban. Bosan ditahap gaban.
Kenapa 'ditahap gaban'?
Sebabnya statik, berseorangan atau pendiam bukan sifat yang saya gemari dan minati. ^-^
Sehingga saya pernah bertanya kepada diri, bilakah saat kerehatan ini akan berakhir?
Yalah, hanya mampu berada di atas katil. Nak bergerak sangat tak boleh. Macam-macam tak boleh. Nikmat kebebasan itu bagaikan sedikit dicabut daripada diri yang lemah ini.
Terfikir juga seorang diri, rupa-rupanya kerehatan juga mampu membawa kepada keletihan. Badan yang kurang pergerakan juga mampu membawa kepada kepenatan. Otak yang tidak dimanfaatkan sepenuhnya juga mampu membawa kepada kelelahan dan kelesuan.
Masakan tidak, terasa longlai dengan keadaan diri yang tidak dapat bergerak bebas.
Ketika itu, jiwa saya benar-benar runtun insaf. Terbayang kepada insan-insan yang tidak berpeluang untuk menjalani kehidupan di dunia ini sebagai makhluk yang bergelar manusia normal.
Maksudnya keperitan dan kepayahan yang mereka alami adalah lebih besar jika mahu dibandingkan dengan kepayahan yang saya alami. Melihat akan perkara ini, saya benar-benar kagum dengan kesabaran mereka. Moga mereka mendapat ganjaran kebaikan demi kebaikan di akhirat kelak
Oleh sebab itu, saya selalu berpesan kepada diri bahawa setiap ketentuan Allah ini ada hikmah disebalik kejadian.
Hikmah ini walaupun sebesar atom tetapi bila melekat di hati kebaikannya lebih tinggi dari amal lahiriah walaupun sebesar gunung. Justeru, bila hati baik semua anggota badan menjadi baik. Inilah yang ditegaskan oleh Allah menerusi firman-Nya:
“…Dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu sedangkan sesuatu itu merosakkan kamu. Dan Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak tahu.” (Surah Al Baqarah : 216)
Saya teringat akan kata-kata nukilan penulis berbakat iaitu Pahrol Mohd. Juoi ;
Beliau mengatakan bahawa sesungguhnya, dalam ujian Allah terselit nikmat-Nya. Mungkin kita tertanya-tanya apakah nikmatnya bila sakit, miskin, gagal, dihina dan sebagainya? Hendaklah kita faham bahawa nikmat di sisi Allah itu terbahagi dua.
Pertama, nikmat lahir. Dan kedua, nikmat batin (rohaniah). Nikmat lahiriah ialah sihat, selamat dan kebaikan fizikal yang lain. Manakala nikmat batiniah ialah nilai-nilai keimanan, keyakinan dan kesabaran. Dengan ujian kesusahan misalnya, barulah terbina sifat sabar. Dan sabar itu adalah separuh daripada keimanan.
Moga-moga keimanan yang kita bina daripada hikmah yang beriringan ini mampu membimbing kita semua ke jalan yang lurus iaitu jalan yang Allah redhai.
Wallahua'lam. ^-^
P/s : Suka saya mengungkapkannya ; Hiba di hati pasti terukir, saat indah itu lahir, membuat diriku terus berfikir, kenapa waktu cepat berakhir, apakan daya itu semua takdir, akhirnya pujian menjadi zikir. (",)
Alhamdulillah.
Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Disetiap kejadian dan taqdir Allah, ada terselit sesuatu bagi mereka yang mahu berfikir lantas bermuhasabah.. :)
ReplyDeletesakit itu tanda cintaNya kerana Dia mengingati kita lalu memilih kita utnuk di uji:)
ReplyDeleteorang utagha...
ReplyDeletealhamdulillah..habaq baik org kampung...baguih la qawiem nie..slalu ja update blog...tu diaa laa...pandai sangat...tpii pakcik oghiang kampug nak ucap smga cpat sembuh noooo...jangan dok buat rancak sangiat nooo..dok diam2...nnti pakcik mai naa...cantik picture kat atas tu...qaweim tibai kat mana...
> mariah
ReplyDeleteya, walaupun kdg2 takdir itu tidak menyakitkan.
jazakillah.
moga Allah kasih (",)
> Aisyaz Isfahan
Alhamdulillah.
syukur kpd yg Maha Tahu dgn ketentuan ini.
moga ianya adlh yg terbaik.
Amin
> Anonymous org utagha
hahaha..=)
pakcik ni mai dri kampung mana?
awat yg loghat tu pekat sgt?
pakcik bleh baca ka ni?
tulisan kecik. minta maafla pakcik no klu x kelih.
doa2lah saya & kawan saya yg ditimpa musibah ini agar tabah menghadapinya.
terima kasih, mai lah lagi.. (",)
from orang utagha again,
ReplyDeletepakchik dari kampung tulang besi...qaweim tau tak kat mana??...haaa...malu chek oii kalau qaweim tak tau kampung nie kat mana..takpa chek oiii...jgn dok seghiauu sgt..pakcik nih dah modern...pakcik ada twitter dan fcebook dah..qaweim ada???leh follow pakchik...
nice akhi... enta berdakwah dgn diri, tp kami yg teras~
ReplyDeletewah..wah...qawiem dah ada blog sendiri..LAUTAN RABBANI" begitu indah namanya. tahniah2..teruskan perjuangan suci dalam bentuk penyebaran tinta-tinta dakwah sebegini.
ReplyDeletesalam dari teratak melur kristal,
jitra.
> Anonymous org utagha
ReplyDeletekg tulang besi?
amboih pakcik..
mcm duk kt zaman logam ja.. =)
rasanya tau kot kt mn, selalu jugak lalu kat situ.
maaf pakcik, twitter & FB masih blum xda.
coming soon insyaAllah/.
Terima kasih sekali lg la pakcik na..
sudi zinggah (",)
> iqbalsyarie
semuanya dgn izin Allah,
moga kita mjd yg terbaik dlm yg terbaik.
jazakallah khair. (",)
> Anonymous
wassalam.
kecil-kecilan ja,
xdala hebat sgt..
masih terus bljr & bljr dri mrk yg hebat.
doa2kn, moga berterusan..
salam dri teratak jali on de'ground, (",)
perlis.
rehat pun bleh letih noooo....!!!!
ReplyDelete........
ReplyDeleteoghiang utagho....
ReplyDeletela...qawiem jgn duk cakak lagu tu...
besala pc ni sbnaqnya mmg dr zaman logam dulu nuuu...teruih la noo...usaha menulih ni...byk juga mnfaatnya....
x dak twitter ngan fb pun xpa....
pc rasa cmna xtau ...duk berasa syok singgah tang ni nooo...
ish...pasaipa tak tau....
> Anonymous
ReplyDeleteSemestinya.
klu rehat tu bermakna pastila x meletihkn malah memberi kesegaran, tp klu dh terlebih rehatnya, akan dtglh lesu yg akhirnya mlhirkn rasa mlas. betul x? (",)
> Anonymous Oghiang utagho
bleh terbelit lidah ni klu sebut 'oghiang utagho'.. hahaha =)
rasa syok tu sbb Allah izin,
singgah2 la selalu.
cuma x da la teh tarik nk jamu.. (",)
hati kita kadang2 perlu diketuk dgn ujian..
ReplyDeleteagar terdidik utk tak selalu selesa dalam kesukaaan..
tapi jgn selesa dgn kesakitan..
.........
suka itu adalah anugerahNya..
duka itu tarbiyyah dr Ilahi buat hambaNya yg dikasihi..
.........
sakit itu tanda kasih Allah kepada kita..
untuk kita lebih mensyukuri nikmat kesihatan kurniaanNya..
moga kita akan sentiasa tergolong dalam golongan yg mensyukuri nikmat..
dalam berusaha kita diuji.. :)
ReplyDelete> wan
ReplyDeletesubhanallah.
apa yg wan kongsikan ini benar2 brmakna buat diri penulis..
Jazakillah, moga Allah mnerima doa kita. Amin
> Muhammad Ramadhan
ya betul tu sheikh ramadhan (",)