Sunday, January 23, 2011

13
Komen
~ Menjejak ke Lubuk Hati ~

Kami mengharapkan belas kasihan Mu ya Allah. ~ picture by iluvislam

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

Segala pujian kepada Allah yang Maha Kuasa kerana dengan rahmat dan kasih sayangNya, kita masih diberi peluang untuk menghirup udara segar di pagi hujung minggu ini.

 Bayangkanlah saudaraku.

Andai tika ini bukan milik kita? Andai saat ini bukan lagi milik kita? Adakah kita sudah bersedia untuk pulang bertemu dengan raja segala raja iaitu Allah swt.

Bicara hati kecilku di dalam sana

Amalanku selama ini adakah sudah cukup?

Kebaikan-kebaikan yang aku buat entah diterima atau tidak oleh Allah ni?

Atau aku sahaja yang perasan banyak amalan kebaikan itu?

Hubungan aku dengan mak ayah, ahli keluarga, guru-guru, dan kawan-kawan jauh mahupun dekat, adakah ku sulami dengan rasa cinta kerana Allah?

Orang yang pernah bersamaku walau tidak semua menyatakan aku ini baik . Tetapi baikkah aku di mata Allah?

Pujian demi pujian sering dilontarkan untuk diri yang lemah ini. Tanpa aku sedar semua pujian itu adalah kerana sekuman nikmat yang Allah berikan kepada diri ini. Adakah aku bersyukur dengan nikmat yang Allah berikan itu? Pernahkah aku balikkan pujian manusia itu kepada Yang Memberi Nikmat?

Dosa yang telah aku lakukan sepanjang perjalanan kehidupanku ini adakah sudah terampun?

Dosa kepada mereka yang menghiasi hidupku. Adakah masih menggunung?

Silap dan salahku kepada insan-insan yang mengasihiku. Adakah telah terbakar?

Kekasaranku kepada makhlukNya yang tidak bersalah. Bagaimana?

Terasa hina diri ini Ya Allah. Aku bukan hambaMu yang baik.

Aku bukan hambaMu yang bersyukur Ya Allah. Pelbagai nikmat yang Engkau curahkan kepada diri ini, yang nikmat itu tidak Engkau curahkan kepada hambaMu yang lain. Tetapi kenapa aku suka menyalah gunakan nikmat itu? Kenapa?

Ya Allah. Engkau teguhlah jiwaku ini di atas jalanMu. Jangan Engkau pisahkan diri ini dari hidayah dan rahmatMu. Kerana aku tidak mampu untuk terus hidup tanpa kekuatan dariMu Ya Allah. Andai umurku sudah menghampiri ke penghujungnya, maka akhirilah nafasku dalam caturan Husnul Khatimah.

Agar ku bisa merasai kemanisan dan kebahagiaan syurgaMu.

Inilah diriku. Sering alpa dengan nasihat agamaMu Ya Allah.

Sering dusta dengan makhluk Mu ya Allah.

Sering lupa dengan kurniaan nikmat dan kasih sayangMu.

Sering leka dengan keseronokan dunia bak bangkai pujaan musuhMu.

Peliharalah aku dengan pelukan iman Ya Allah. Moga dengannya aku tidak jatuh lesu dihempap fatamorgana sementara.

Artikel ini untuk diri penulis

Sebelum ini, hampir kesemua coretan saya adalah untuk berkongsi dengan para pembaca sekalian. Tetapi kali ini, saya menulis khas buat diri yang mengharapkan doa kalian.

Sejujurnya, saya bukanlah manusia yang terbaik untuk memperlihatkan khuluk hassan kepada kalian wahai saudara dan saudariku. Tidaklah saya ini mampu untuk dijadikan contoh melainkan dengan izinNya.

Dahulu saya adalah manusia yang lain. Sekarang saya adalah manusia yang lain. Cuma saya takut, kelainan serta perubahan ini setitik pun tidak mendapat redha dari Allah malah menambah lagi kemurkaanNya. Moga dijauhkan.  :(

Wahai diri yang bernama Muhammad Qawiem.

Berubahlah!

Berubahlah!!

Berubahlah!!!

Bukankah ini peluang kedua yang Allah berikan selepas musibah itu?

13 comments:

  1. Wahai diri yg Bernama Iklil Hafriz Mohamad...
    Berubahlah3!!!

    Terima kasih akhi.. atas prkongsian brmnfaat ini.
    truskan mnulis. Jazakallah.

    ReplyDelete
  2. > Hafriz el-Muhammady

    Sama2.. Doakan selalu,
    Mudah2an Allah kira sbg satu amal soleh,
    sia2 sbnrnya jika diteruskn menulis ttp Allah langsung x memandangnya.
    Moga Allah kasihkn kita. (",)
    Salam taaruf juga salam perjuangan akhi.

    ReplyDelete
  3. yup..sama berjuang
    di bumi ini....

    innallaha maana...

    ReplyDelete
  4. > cikeh kawaii

    InsyaAllah, moga Allah bersama (",)

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. Setiap manusia memang seharusnya berubah dari yang baik ke tahap yang lebih baik .

    Setiap manusia memang tak dapat lari dari membuat khilaf oleh itu pembaikan diri amatlah perlu dan sebaiknya dilakukan secara berterusan .

    ana , juga sahabat sahabiyyah lain juga dalam proses pembaikan diri . moga kita semua istiqamah mencari redhaNya tanpa henti

    ReplyDelete
  7. sama2lah kita berdoa semoga niat kita utk berubah itu selari dalam mencari keredaah Ilahi..

    ReplyDelete
  8. Terima kasih MQ, ( Ketua Pelajar MATRI 2011)
    Semoga dengan amanah ini, anta semakin meningkat dewasa & matang.InsyaAllah

    ReplyDelete
  9. > NURILLAHEE

    Alhamdulillah, terima kasih ukhti atas coretan ringkas dan bermakna di atas.
    ya, kita selalu melakukn kesilapan.
    moga Alah mengampuni kesilapan kita itu.
    ~ moga Allah kasih


    > makdara TERdiva

    InsyaAllah. moga Allah menilainya dgn menggantikan iman kpd kita.


    > brohamzh

    sama2, InsyaAllah.
    berusaha untuk menjd yg terbaik.
    berilah aku kekuatan ya Allah.
    Jazakallah abg irfan,fatahallahua'laik. (",)

    ReplyDelete
  10. sama-samalah kita berubah ke arah yang lebih baik..
    moga perubahan yang kita lakukan itu menggapai keredhaanNya..

    syukran atas entri ini..
    muhasabah adalah cara terbaik untuk menilai diri..=)

    ReplyDelete
  11. bgusla entry ni!
    menimbulkan keinsafan.tambah dgn muzik lagi:D
    sama2lah kita berusaha utk berubah dgn izinNya.

    ReplyDelete
  12. InsyaAllah..Allah akan reda selagi anda ikhlas berjuang..

    ReplyDelete
  13. > wan

    InsyaAllah. muhasabah demi muhasabah adlh perlu agar kita terus maju ke puncak kejayaan.
    Terima kasih atas kunjungan ke sini. Moga Allah Kasih. (",)


    > nur dhuha

    Alhmdulillah.
    timbulnya keinsafan adlh dri Allah.
    Mudah2an Allah terus memalingkan hati kita kpd ketaatan perintahNya. Amin. (",)


    > Fisol

    InsyaAllah. terima kasih akhi.(",)

    ReplyDelete