Aku akan terus melangkah dan melangkah. Pergi dengan lebih jauh. Doakan. (",) |
Assalamualaikum wbt.
Apa khabar wahai para pembaca sekalian?
Moga kehidupan kita di hujung minggu ini terisi dengan perkara-perkara yang diredhai Allah.
InsyaAllah.
Sebenarnya saudara-saudariku sekalian, ada satu perkara yang ingin saya khabarkan. Nak kata 'best' tu takla sangat dan nak kata 'tak best' pun tak sangat.
Nak tahu apa?
Blog Lautan Rabbani sudah mencapai tiga bulan kelahirannya.
Alhamdulillah.
Semakin membesar Lautan Rabbani, terasa semakin besar pula tanggungjawab saya. Semakin ramai follower yang menjejak Lautan Rabbani, terasa semakin kerdil diri saya. Semakin banyak pujian dari para pembaca yang menziarah, terasa semakin serba tak kena hati yang acapkali berdusta.
Ya Allah, Ampunilah dosaku ini.
Ampunilah segala tindak-tandukku yang berupa omongan kosong semata.
Ampunilah penulisanku yang acapkali berlari dusta.
Ampunilah perasaan hatiku yang rasa bangga dan megah itu terkadang bertakhta.
Aku takut ya Allah dengan azabMu.
Tidaklah aku menulis ini hanya untuk diriku sendiri.
Tidaklah aku menulis ini adalah untuk memantapkan jiwaku yang terasa mati.
Tidaklah aku menulis ini melainkan mengharapkan keredhaanMu yang suci.
Tidaklah aku menulis ini demi kebahagian di akhirat nanti.
Jika saya salah, jangan membenci saya.
Adalah menjadi lumrah berblog hatta lumrah kehidupan bahawa manusia tidak dapat lari dari kesilapan.
Kenapa?
Sebabnya kita adalah manusia. Kita bukan malaikat. Oleh sebab itu, saya mengharap agar para pembaca Lautan Rabbani sudi memberi pesanan atau teguran tatkala saya salah. Saya minta tolong sangat-sangat. Berilah nasihat. Demi kebaikan semua terutamanya diri saya.
Ketahuilah wahai para pembaca yang disegani,
Saya bukanlah penulis yang baik seperti mereka yang menulis dengan menggunakan kekuatan luar biasa iaitu kekuatan hati. Sehingga para pembaca yang membacanya pasti terpukau dan tersentuh. Sehinggakan ada yang terkesan melalui amalan.
Moga-moga saya mampu menjadi penulis seperti mereka. Yang berbicara dari hati ke hati.
Amin.
Saya tidak lebih dan tidak kurang. Sama seperti pencuci pakaian
Sudah tiga bulan saya menulis di Laman Lautan Rabbani ini. Bagi sesetengah pihak, pasti ada yang mengatakan tiga bulan itu singkat. Tetapi bagi saya adalah sebaliknya.
Pernah saya tanya kepada diri.
Adakah apa yang saya tulis ini sudah saya amalkan dalam kehidupan?
Jawapannya ringkas. TIDAK !
Tetapi saya sedang berusaha untuk mengamalkannya.
Oleh sebab itu, saya senang dengan gelaran baru saya iaitu 'pencuci pakaian'. Kerana dengan mencuci pakaian, kuku saya juga turut bersih dan sihat. (",)
Kesimpulan ; Teruslah mendoakan saya
Bukanlah saya ini memberitahu kalian akan umur Lautan Rabbani demi meminta hadiah kelahirannya, demi meminta pujian atau jelekan daripada anda.
Tetapi saya memberitahu ini adalah demi meminta doa yang ikhlas dari kalian.
Tolonglah mendoakan saya.
Moga-moga apa yang saya tulis mampu saya amal serta praktik dalam kehidupan.
Amin.
Akhir kata, sambutlah salam mahabbah dan kasih sayang dari saya.
Assalamualaikum wbt.
Yang mengagumi kalian, (",)
~ MQ ~
MQ -
ReplyDeleteMenulis bukan untuk memberitahu dan bercerita siapa kita,
Tetapi, menulis itu berkongsi rasa dan cita-cita
Menulis untuk berkongsi cetusan jiwa tanpa dusta.
Semoga kita, dan semua yang ada tahu akan hakikat, menulis itu adalah untuk kita yang serba hina.
Mudahan bertemu sedikit masa. Jika Allah berikan sedikit ruangan dan kesempatan yang ada.
Sahabatmu -
BroHamzah
saudara kdgkala penulisan itu adalah satu kebahagiaan yg tercipta dr-Nya mmbuatkan kte utk luahkannya..jadi tidak salah kte sme2 meluahkan isi hati dalam niat sme2 memperbaiki diri..
ReplyDeleteInsya-Allah lakukan sgalanya penuh ikhlas krn Dia..sudah pasti kebahagiaan dunia akhirat kte akn kecapi~~
sound trck blog saudara ni salu dpsgkn ktika ESQ training..salah seorg peserta kurss kew?
> brohamzh
ReplyDeleteAlhamdulillah.
Jiwa benar2 terasa puas. Puas.
Nasihat yang bermakna. Betul2 memberi kekuatan.
Jazakallah abg ali. moga lebih byk nasihat2 yg akan diberikan. Ana menantinya. (",)
InsyaAllah, satu hari nnt kita akan bertemu,
jika bukan di dunia, di syurga juga mampu. (",)
salam mahabbah buat brohamzh,
~MQ ~
> sea_lavender
Terima kasih saudari,
atas peninggalan jejak di sini,
x apa, setiap komen drp pembaca amat saya hargai,
moga dgnnya saya tahu apa yg x kena di mata pembaca,
apa2pun, all the best.
ttg ESQ, saya berhajat juga ingin menjd salah sorg pesertanya, ttp belum kesampaian. (",)