Kamu tidak akan sesat buat selama-lamanya jika kamu berpegang teguh dengannya. |
Assalamualaikum WBT.
Apa khabar wahai para pembaca sekalian?
Mudah-mudahan kita sentiasa berada di dalam buaian rahmat Allah. Insyaallah.
Hari ini, saya nak bongkarkan satu rahsia.
Nak tahu apa rahsianya?
Ini.
Ummat Islam adalah satu-satunya ummat yang paling beruntung di dunia sekarang ini.
Kenapa?
Kerana dalam keadaan dunia yang kian gelap ini, kita memiliki wahyu Allah yang masih terpelihara dalam keadaan utuh, bebas dari kekotoran dan campur tangan manusia.
Setiap kata-kata yang ada di dalamnya masih tetap sama dengan waktu ia diturunkan kepada nabi yang kita sanjungi iaitu Rasulullah SAW.
Namun, sebahagian daripada kita juga merupakan ummat yang paling malang di dunia ini kerana walaupun kita mempunyai wahyu Allah tetapi kita tidak mendapat berkat dan manfaat daripada wahyu tersebut.
Inilah yang menyedihkan. Sedih sebab kesedaran itu masih tidak timbul.
Kesedaran akan perihal Al-Quran yang diturunkan bukan sekadar untuk kita membacanya tetapi untuk kita memahami dan melaksana petunjuknya.
Kita disuruh menegakkan pemerintahan di bumi Allah ini agar berfungsi sesuai dengan hukum Allah berpandukan Al-Quran.
Tetapi persoalannya, andai kata tanpa kesedaran bagaimana mahu memerintah dan melaksana?
Ketika khutbah Haji Perpisahan, Rasulullah berucap (seperti diriwayatkan Al-Hakim bersanadkan Ibnu Abbas):
“Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kalian (satu peninggalan berharga), seandainya kamu berpegang dengannya nescaya kamu tidak akan sesat selama-lamanya, iaitu Kitab Allah dan sunnah nabi-Nya.” Rujukan
Akhir kata, saya cadangkan kepada anda untuk klik di sini. Lihatlah keagungannya. Moga bermanfaat.
Allahuakhbar.
Ya Allah. Musnahkanlah tembok ketinggian ego dalam hati kami ini agar kami mudah mendapat petunjukMU.
Amin.
P/s : 1 - Saya adalah manusia yang sedang mencuci kain.
Peringatan buat diriku yang lupa...
ReplyDeletefrom dak fisio,
ReplyDeletehmm...
> Permerhati Dunia
ReplyDeleteAlhamdulillah.
yg baik smua dri Allah.
> Anonymous dak fisio
apa habaq?
dh bleh main takraw? (",)
dak fisio said :.
ReplyDeleteda bleh da..tibai pakai tongkat nih...tobat laju..
> Anonymous dak fisio
ReplyDeleteAlhamdulillah.
pasukan kapas tgh tunggu ketuanya.
bila nk beraksi? (",)
dak fisio said :
ReplyDeletemaka saya menjawab 2,3 hari lagi..
hurm......
ReplyDelete> Anonymous
ReplyDeleteselamat dtg ke lautan rabbani,
pesanan ikhlas dri pemilik laut rabbani. (",)