Tuesday, February 1, 2011

13
Komen
~ Penakluk Kota Konstantinopel ~



Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah dengan izinNya kesihatan saya sudah semakin pulih. Tetapi batuk serta selesema seperti berat pula meninggal tubuh ini. Mudah-mudahan Allah memberi kekuatan.

Di kesempatan ini juga, saya ingin merakamkan selautan terima kasih kepada para pembaca yang sudi mendoakan saya. Malah ada yang meninggalkan jejaknya dengan memberi kata-kata semangat serta nasihat agar saya kembali seperti sediakala di entry yang lepas.

Tanpa rasa segan-silu bahkan terharu, saya memperkenalkan mereka ini kepada anda. Jika ada kelapangan, silalah layari ke teratak mereka. (",)

1) BroHamzah

2) Ashrafi ~ Satu Permulaan ~

3) [ n_akn ] ~ Mencari dan terus mencari ~

4) Syauqah Wardah ~ My Heart For Allah ~

5) Baei ~ Fikrah Islamiah ~

6) Nor Amira ~ Live (love Islam for ever)

7) Princessalie ~ Sesuci Cinta ~

8) Softlight ~ Permata hati Aminadin ~

9) BaiTil a'tiQa ~ Menantinya Rumah Tua ~

Terima kasih sekali lagi saya ucapkan kepada kalian. Ketahuilah saya benar-benar menghargainya. Moga-moga Allah mempermudahkan segala urusan. Diberi keberkatan hidup serta berpeluang merasai kelazatan beribadah kepadaNya. Tidak saya khususkan doa ini kepada mereka sembilan orang saja, anda juga saya mendoakan. Amin.

Alhamdulillah, selesai juga part pertama.


Rasulullah sudah menyebut tentangnya


Hari ini, ingin saya menceritakan serba ringkas dengan semua para pembaca sekalian akan seorang pemuda yang pernah melakar sejarah Dunia Islam.

Dengan keimanan serta ketaqwaan yang tinggi kepada Allah, beliau berjaya meletakkan dirinya dalam hadith yang dimaksudkan oleh Rasulullah.

Hal ini juga menunjukkan bahawa kata-kata Rasulullah itu tidak ada dustaNya walhal ketika munculnya pemuda gagah itu, baginda sudah wafat.

Sabda Rasulullah yang bermaksud ;

"Kota Konstantinopel hanya jatuh ke tangan seorang ketua yang baik, tentera yang baik dan rakyat yang baik."


dan


"Sesungguhnya Konstantinopel itu pasti dibuka. Sebaik-baik ketua adalah ketuanya, dan sebaik-baik tentera adalah tenteranya. "


Siapakah sebaik-baik ketua yang dimaksudkan Rasulullah itu?

Jawapannya adalah Sultan Muhammad Al-fateh.

Kata seorang ulama' yang mmpunyai ilmu firasat yang tinggi iaitu Sheikh Syamsuddin al-Wali ;

" Wahai Sultan Murad, menurut firasat hamba bukan tuanku yang akan menawan Kota Konstantinopel, tetapi anak tuanku yang di dalam buaian ini. Dia diutuskan oleh Tuhan bagi menjadi pemimpin yang baik dengan pasukan tentera yang baik dan dibantu oleh rakyat yang baik."

Antara kelebihan serta kekuatan yang ada pada pemimpin terbaik ini adalah beliau mampu membawa berpuluh-puluh buah kapal perang merentasi daratan bukit.

Subhanallah.


Sebenarnya saya ingin mengajak anda semua


Apabila menyebut nama Sultan Muhammad Al-Fateh, pasti pelbagai cerita serta kisah yang membangkit jiwa tidak banyak kita ketahui. Betul atau tidak, jawapannya ada pada diri kita masing-masing.

Bagi saya, untuk mendalami serta mencontohi peminpin hebat ini adalah menjadi satu kewajipan untuk kita sebagai ummat islam. Terutama bagi golongan pemuda yang mana satu hari nanti tonggak kepimpinan negara akan mereka pikul.

Justeru, saya ingin mengajak rakan-rakan sekalian untuk kita mengikuti siaran langsung Halaqah dengan tajuknya Al-Fetih pada 01 Februari 2011 bersamaan hari Selasa. Jam 10-11 malam di TV 9 dekat di hatiku.

InsyaAllah, penceramah yang dijemput untuk mengulas tajuk ini adalah insan yang tidak asing lagi di mata kita iaitu Dr Danial Zainal Abidin. Jangan lupa tonton ya. (",)


Kesimpulan ; Saya bukan penasihat 25 percent


Haha. Seperti yang saya tulis di atas, saya bukanlah penasihat 25 percent macam dalam cerita Tiga Abdul. Tak dapat komisen pun apabila saya promosi ni.

Saya mengajak untuk kita sama-sama menonton adalah kerana saya rasa tajuk Al-Fetih yang akan dikupas oleh Dr Danial sangat penting untuk kita.

Kita boleh berada di depan screen laptop ini selama empat jam. Kadang-kadang lebih.

Kita boleh menonton drama melayu dan sebagainya selama dua jam. Kadang-kadang lebih.

Tetapi kenapa kita tidak boleh mengorbankan masa selama satu jam untuk mempelajari sesuatu yang baik untuk kita? (",)

Oleh itu, saya menyeru kepada diri dan anda semua untuk kita meluangkan masa pada malam ini mendengar sedikit kebaikan yang bakal disampaikan dalam siaran Halaqah dengan tema Akar Tradisi Ilmu.

Sekian,

~ MQ ~

13 comments:

  1. salam..cari pasal al-fetih..tiba2 termasuk blog anda..nice blog..keep it up :)..

    Al-Fetih..He's the true icon of Islam..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wassalam, oh yaka.
      selamat dtg saya ucapkan.
      moga tidak jemu utk dtg lg.. (",)

      Delete
  2. salam...syukran atas perkongsian..
    ana pon tgah mencari mklumt tntg al-fateh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama2.. moga saudari jumpa maklumat yg dicari.
      terima kasih singgah sini. (",)

      Delete
  3. Kita harap semua umat Islam menjiwai tokoh2 peperangan ini:
    1. Muhammad Al-Fateh
    2. Salahuddin Al-Ayubi


    (tolong senaraikan lagi)

    ReplyDelete
  4. 3.tariq bin ziyad
    4.khalid al-walid
    5.sheikh ahmad yasin
    6.saidina umar alkhattab
    7.usamah bin zaid
    8.umar tilmisani
    9.Hasan Al-Banna
    10.Syed Qutub
    ..........................dan lain2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih sahabat.
      moga terus berkongsi di sini.
      jgn segan2 na. (",)

      Delete
  5. mungkin hati yg mengajak manusia ini adalah hati yg ikhlas, disitulah hati2 lain akan disentuh lembut dgn sapaan agung bhwa islam e2 indah. Mabruk akhi, teruskan menulis, ada cahayanya & mungkin rmai yg akan mndpt cahaya e2. Mabruk alaik. :) jazakallah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah. Doakan selalu agar diri ini tidak jemu di atas medan ini. Jazakillah ukhti. (",)

      Delete
  6. fateh> Rumah ikhwah kat bangi. Semoga ikhwah di dalamnya mampu menjadi seperti sultan muhammad fateh. Doakan pembukaan dakwah tarbiyah kami di KUIS!

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah. go!! go!!
      moga Allah bersama kalian. (",)

      Delete
  7. filem ini banyak yg menyimpang....
    tidak mengammbarkan Al-Fetih yg sebenar....
    penuh dengan amarah...

    Sekadar pandangan...

    ReplyDelete
  8. maaf maksud saya Filem Al Fetih 1453

    ReplyDelete