Mampukah semua yang diperkatakan itu terlaksana? ~pictured by umar mita~ |
Tatkala dunia tersungkur lemah,
akan ku datang sebagai wakil pentafsir hikmah,
tatkala dunia berwajah hambar,
akan ku tampil sebagai penawar,
tatkala dunia berputus asa,
akan ku bakar semangatnya bak laksamana angkasa,
moga dengannya engkau tahu,
yang aku adalah aku,
dilahirkan bukan untuk menjadi dungu,
ada bukan untuk terus membeku,
diam bukan bermakna aku kaku,
bersembunyi tidak beerti aku malu,
kerna ku yakin pengislahan diri itu perlu,
demi mengawal nafsu yang satu.
Wahai Dunia !!
pelbagai ujian yang telah engkau sajikan,
pelbagai halangan yang telah engkau hamparkan,
pelbagai mehnah yang telah engkau bentangkan,
pelbagai tohmahan yang telah engkau taburkan,
tetapi kerana aku adalah aku,
dengan tekad juga impian,
berserta semangat juga harapan,
seiring usaha yang berterusan,
berserta semangat juga harapan,
seiring usaha yang berterusan,
akan ku ubah segala-galanya,
dari yang besar kepada debu yang berterbangan.
Sekian,
yang sentiasa mengharapkan doa kalian,
~ MQ ~
yang sentiasa mengharapkan doa kalian,
~ MQ ~
menarik!
ReplyDeleteAlhamdulillah. Bagus2 dik. Bersemangat. Terus istiqamah ya. Mujahid tak pernah gentar!
ReplyDelete> princessalie
ReplyDeleteTerimas (",)
> syauqah wardah
Terima kasih atas sokongan.
moga Allah kasih.
salam ceria. (",)
nice!
ReplyDeletewalaupun sy ni jnis yg ssah nk faham pape jnis sajak tp this 1 is ok! ;p
~smngt nk mulakan langkah baru di sem baru ni~
BEST....
ReplyDeleteaku adalah aku........ tu paling penting.. :)
Menjadi diriku,
ReplyDeletedengan segala kekuarangan,
menjadi diriku,
atas kelebihanku ! ^^
> TZ
ReplyDeleteAlhmdulillah,
semangat !! semangat !! semangat !! (",)
> Jawahir Madeaming
aku adlh aku. (",)
> Ramadhan
wah, abg don kita juga pandai bermadah.
teruskan bro.
bilakah kita akan jumpa?
Tu nasyid tu akhi..
ReplyDeleteharitu dah datang Matri, tp anta ada program la.
Takpa akhi, kalau tak bertemu di dunia.
kita bertemu di dyurga. :)
> Ramadhan Lotphi
ReplyDeleteInsyaAllah.
moga-moga-moga segalanya menjd kenyataan.
jg diri bro. (",)