Monday, February 7, 2011

8
Komen
~ Siapakah Syed Qutb ? ~

Penulisannya lebih tajam daripada mata pedang. Subhanallah.




Assalamualaikum wbt.


Apa khabar rakan-rakan sekalian?
Moga kita terus kuat mengharungi kehidupan ini dengan keimanan yang sebenar-benarnya.


Seperti mana yang kita tahu, dunia hari ini semakin pincang dengan satu gelombang yang mengejutkan. Gelombang yang terhasil atas dasar sedar dan peka terhadap calarnya fitrah kemanusiaan dari hari ke hari. 


Kezaliman serta penindasan bergerak perlahan seiring memperbodoh rakyat sehingga 'bom kesabaran' rakyat meletus meledak di beberapa buah tempat hinggakan dunia terut merasai bahangnya. 


Bermula di Tunisia, kemudian Mesir dan kini kegawatan sudah bermain di Yaman. 


Seterusnya di mana? 


Adakah di negara kita? 


Fikir-fikirkan.




Bintang kelahiran Mesir ; Syed Qutb


Di negeri anbiya' ini, pelbagai tokoh-tokoh islam adalah berasal daripadanya. 


Antaranya ialah Syed Qutb. 


Syed Qutb dilahirkan pada tahun 1906 di sebuah kampung dalam wilayah As-yut, Mesir. Keluarga beliau antara keluarga berada yang patuh kepada agama. Sejak di bangku sekolah rendah lagi, Syed Qutb telah menunjukkan kepintaran dan bakat yang luar biasa. Setelah tamat menghafaz Al-Quran ketika berumur 10 tahun, beliau meneruskan pengajiannya di Universiti Cairo sehingga tamat.


Beliau berminat dalam bidang penulisan dan sastera sejak di bangku sekolah rendah dan buku karangannya yang pertama berjaya diterbitkan ketika umurnya 25 tahun. 


Dalam bidang sastera, beliau mengagumi Al-Akkad, seorang pujangga Arab di abad ini. Kemudian beliau memilih alirannya sendiri sebagai seorang sasterawan dan pujangga islam hingga ke akhir hayat.


Syed Qutb telah meletakkan dirinya dalam anggota pertubuhan Al-Akhwanul Muslimun ( Ikhwanul Muslimin ) pada akhir tahun empat puluhan. Kemasukan beliau dalam pertubuhan ini adalah kerana mengagumi keperibadian dan perjalanan hidup pengasas dan pemimpin agung pertubuhan ini iaitu Sheikh Hasan Al-Banna yang telah ditembak mati oleh kakitangan Kerajaan Malik Faruk pada tahun 1948.


*********

Dia menerima hukuman itu dengan tenang. Sedikit pun dia tidak takut atau terkejut apabila Mahkamah Khas Tentera Mesir menjatuhkan hukuman gantung sehingga mati.

" Mati syahid", katanya perlahan dan sempat pula menguntum senyum kepada mereka yang bertanya tentang hukuman yang akan diterimanya. Itulah Asysyahid Syed Qutb yang akhirnya terkulai di tali gantung pada awal tahun 1965, setelah bertahun-tahun berjuang menegakkan kebenaran Allah.

Sebagai anggota pertubuhan Ikhwanul Muslimin, beliau tidak berasa takut atau ragu-ragu mengkritik para pemimpin yang bertentangan dengan kehendak Allah.

Terlalu tajam penanya ; sehingga pihak pemerintah berasa bimbang dan mengambil tindakan untuk memberhentikannya dari menulis. Maka pada tahun 1945, Qutb telah ditangkap dan dipaksa tinggal di dalam penjara selama 15 tahun atas tuduhan menyertai komplot membunuh Presiden Jamal Abdul Naseer.

Tetapi mengurungnya di dalam penjara tidak beerti menamatkan perjuangannya. Buku-buku yang ditulis beliau tersebar luas bukan sahaja di negara-negara Arab malah di seluruh dunia. Kini, beberapa tulisannya telah diterjemah ke dalam pelbagai bahasa.

Untuk pengetahuan para pembaca sekalian, salah satu buah tangan Syed Qutb yang berani adalah Ma'alim Fi-Ttariq yang sebahagiannya di tulis di dalam penjara - mendedahkan segala kepincangan yang dihadapi oleh umat Islam masa kini, gejala-gejala yang boleh meruntuhkan umat dan berbagai penyelewengan yang amat bertentangan dengan landasan Allah.


Kesimpulan ; Jom jadi seperti mereka




Hari ini saya memperkenal salah seorang penulis yang boleh kita jadikan sebagai idola. Penulisan yang membangkit roh jihad juga menyeru umat manusia untuk berfikir akan kehidupan ini indah jika disulami rasa perhambaan kepada Allah.

Mungkin banyak lagi yang kita tidak arif dengan tokoh penulisan ini. Oleh itu, bagi yang tahu sudi-sudilah berkongsi di sini. Moga dengan usaha kita berkongsi itu, dapat menambah lagi kefahaman serta kesedaran akan perjuangan yang di bawa oleh Asysyahid Syed Qutb.

Salah dan silap adalah dari saya dan saya mohon ampun kepada Allah dan minta maaf kepada kalian.

Mudah-mudahan Allah kasihkan kita. Amin.

P/s : Sumber rujukan - Ma'alim Fi Ttariq -

8 comments:

  1. hebat2...
    nta nie hebat lagi dari ana

    ReplyDelete
  2. subhanallah,
    bagi ulama' dipenjarakan bererti diberi kesempatan berkhulwah dengan ALLAH..

    kita?

    wallahu a'lam

    ReplyDelete
  3. syed qutb...meletakkan dirinya dan jemaah ikhwan muslimin dalam mengikuti langkah rasulullah menggerak dakwah. "...keputusan untuk menjalankan program tarbiyyah selama 13 tahun sepertimana zaman Rasulullah saw di era Mekah. Apabila tempoh ini berakhir, maka study dan kajian akan dibuat adakah sekurangnya 75% daripada rakyat Mesir sudah yakin dengan keperluan adanya daulah Islam dan membangunkannya. Jika ianya terjadi maka gerak kerja menubuhkan daulah Islam akan dilakukan dan jika belum lagi mencapai tahap tersebut, program pentarbiyahan akan dilakukan semula selama 13 tahun lagi sehingga sehingga rakyat bersedia untuk membina daulah Islam, menerima pakai undang-undang syariah Islam dan menegakkan hukum Islam berpandukan al-Quran dan Sunnah Rasulullah saw."...Allahu akbar...

    ReplyDelete
  4. terimbau kenangan bersama buku itu. Maa'lim Fit Tariq. Petunjuk Sepanjang Jalan...

    ReplyDelete
  5. > muaz

    salam sahabat,
    Allah lg hebat.
    semuanya dri Allah buat diri yg lemah ini.
    jumpa nnt. semestinya di .... (",)


    > فراس الزهر

    betul. sehingga ada yg mengatakan bahawa hidup ini tidak sempurna jika tidak masuk penjara.
    sbb itulah kbykan yg keluar dri penjara adlh Al-hafiz. yg sudah menghabiskan 30 juzu'. trnyata mrk ini sungguh2 yakin dgn ketentuan Allah. Subhanallah.
    jd, bg yg rasa payah nk hafaz Al-Quran,bolehla cuba. (",)

    terima kasih ya.


    > Nurul 'Ain

    Alhamdulillah.
    jazakillah atas perkongsian ini.
    moga terus brkongsi demi kebaikan bersama.
    terima kasih juga buat saudari.


    selamanya mengharap doa,
    ~ MQ

    ReplyDelete
  6. > syauqah wardah

    oh yaka,
    alhamdulillah boleh juga entry ini memperingatkn. (",) moga Allah kasih.

    ReplyDelete
  7. ada lagi satu buku dia yg dikatakan sebagai jilid kedua Ma'alim fi ath- Tariq.
    " Aku Wariskan Untuk Kalian ". sangat menarik untuk di baca. (^__^)

    ReplyDelete
  8. > princessalie

    jazakillah atas makluman,
    akan berusaha mencarinya.
    moga Allah kasih.

    ReplyDelete