Wednesday, February 23, 2011

11
Komen
~ Berterima Kasihlah Kepada Allah ~

Jangan dihina mereka yang rendah keupayaannya dari kita kerana Allah tidak memandang kepada luarannya.


Assalamualaikum wbt.

Apa khabar wahai pembaca yang dikasihi?

Moga dalam keadaan sihat hendaknya.

Marilah sama-sama kita merafa'kan setinggi-tinggi rasa syukur kepada Allah kerana dengan kasih dan cintaNya, Allah memberi kita kesempatan untuk hidup di atas hamparan bumi ini dalam masa yang sama mampu menyentuh kelembutan nikmat yang dikurniakan.

Ingatlah saudaraku,

Nikmat yang ada tidak selalunya ada, nikmat yang dikurniakan tidak kekal selama-lamanya hatta sekecil-kecil nikmat sekali pun hargailah sebelum ia pergi dengan izinNya kerana semua itu adalah pinjaman semata.

Buat apa untuk kita angkuh deminya sedangkan itu semua bukan milik kita. Bahkan apa yang paling kita bimbang, kita menyalah gunakan kelebihan yang ada untuk menjauhkan diri dari Allah.

Dari dahulu sampai sekarang, saya benar-benar takut dengan fenomena ini. Fenomena umpama bermain "aci sembunyi" di padang pasir. Masakan mampu bersembunyi dari dilihat jika hijab atau benteng itu mampu ditembusi oleh Pemilik Akhirat.

Terkadang kita ini begitu asyik dengan kelebihan yang ada sehinggakan kita suka memperlekeh mereka yang rendah keupayaannya dari kita.

Apa kata kalau kita gunakan nikmat yang Allah bagi itu kearah menggapai keredhaanNya. Kan ada juga pahalanya?

Penulisan kita mempunyai aura yang mampu menyentuh hati insan, gunalah kearah mengajak manusia balik kepada Allah. Kata-kata kita mampu memukau para pendengar, gunalah kearah membawa mereka kenal kepada Sang pencipta. Rupa kita kacak, cantik dan sebagainya, janganlah kita guna kearah merosakkan nilai budi manusia lain kearah lembah kegelapan dan kemaksiatan. Barulah hidup kita terasa tenang dan mendamaikan. Allah juga suka. 

Macam-macam lagi kelebihan yang ada. Jika hendak disenaraikan semua, mungkin sampai tahun depan pun tidak habis kerana nikmat Allah itu tersangat meluas. Perasan tak akan perkara ini?

Firman Allah ;

“Jika kamu menghitung-menghitung nikmat Allah, niscaya kamu tidak akan dapat menentukan jumlahnya (menghitungnya). Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang.” QS. An Nahl : 18.

Jadi, apa yang perlu kita buat?

Jawabnya, tak usahlah kita membuang masa dengan menghitung dan mengira jumlahnya kerana semua itu adalah bermimpi di siang hari.

Bersyukur, berterima kasih dan gunalah sebaik mungkin anugerah yang Allah bagi itu kearah menyahut redha Rabbula'lamin.

Tetapi berhati-hatilah wahai pembaca yang dikasihi, jangan sampai kita mengingkari arahan Allah dengan nikmat yang ada, takut-takut kita ini bukan lagi bergelar islam.

Firman Allah ;

“Mereka mengetahui nikmat Allah kemudian mereka mengingkarinya, dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang kafir.” QS. An Nahl : 83.

Fikir-fikirkan. (",)


Apa yang boleh disimpulkan dalam coretan kali ini?


Aha. Ini susah sikit. Kenapa?

Saya bagi analogi sebagai jawapan.

Sekarang adalah musim angin timur. Kita boleh lihat ramainya manusia dari yang kecil sampai ke besar tidak melepaskan peluang ini iaitu bermain permainan kesukaan mereka iaitu permainan layang-layang.

Cuba kita perhatikan ketika mereka ingin meninggikan layang-layang ke langit, kelihatan mudah dan gembiranya mereka merungkaikan tali belitan.

Tetapi apabila ingin menyimpul semula tali itu setelah dirungkai, yang pernah bermain sahaja yang akan merasai bertapa susah dan bosannya untuk melilit tali tersebut. Setuju tak?

Analogi ini bukan beerti saya bosan untuk menyimpul artikel yang ditulis, cuma agak susah bagi saya untuk merumuskan kesuluruhan isi sebagai kesimpulan. Takut-takut ada yang tersalah faham, tersalah tafsir dan sebagainya. Moga Allah membantu dalam urusan ini. (",)


Akhir kata ; Bersyukurlah kepada Allah atas anugerah yang diberikan.


Ya. Bersyukurlah. Bersyukurlah. Bersyukurlah.

Biasakanlah lidah dengan ucapan Alhamdulillah dan perbanyakkanlah amalan ibadah sebagai tanda terima kasihnya kita kepada Allah.

Hal ini kerana Allah sudah menyebut dalam Surah Ibrahim tentang siapa yang bersyukur, maka Allah akan tambahkan baginya nikmat. Kalau sebaliknya, Allah telah memberi amaran kepada kita bahawa azabNya sangat pedih.

Jadi, saya mengajak diri saya dan diri anda untuk kita sama-sama bersyukur kepada Allah. Menambah amalan kebaikan, mempertingkat kualiti amalan dari hari ke hari serta memperhamba diri sesungguh-sungguhnya kepada Allah.

Moga dengan usaha ini, Allah melimpah ruahkan nikmatNya kepada kita di samping meletakkan kita dalam golongan hamba yang bersyukur. Amin.

11 comments:

  1. alhamdulillah. penulisan yang baik, penuh hikmah dan ibrah :)

    teruskan segala yang baik-baik ya akhi ;)

    ReplyDelete
  2. > iqbalsyarie

    alhmdulillah, terima kasih saudara..
    mohon tunjuk ajar,
    moga Allah meletakkan kita dlm golongan mereka yg soleh & musleh. Amin. (",)

    ReplyDelete
  3. salam~
    ana tertarik dengan artikel anta..

    "Dan janganlah orang2 yang mempunyai kelebihan dan kelapangan di antara kamu bersumpah bahawa mereka tidak akan memberi bantuan kepada kerabatnya,orang2 miskin dan orang2 yang berhijrah di jalan Allah,dan hendaklah mereka memaafkan dan melapangkan dada.Apakah kamu tidak suka Allah mengampunimu?Dan Allah Maha Pengampun,Maha Penyayang"

    surah An-nur ayat 22..

    ReplyDelete
  4. > Syafawani

    alhmdulillah,
    terima kasih atas komen dan ayat Allah yg dikonsikn,
    mudah2an Allah memberi kekuatan utk menempuh kehidupn ini. (",)

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum wbt
    Alhamdulillah dapat lagi anta berkongsi sesuatu untuk semua hari ini.. ya, ana setuju dengan apa yang anta tuliskan, selain itu kita boleh muhasabah kembali dengan melihat balik surah ar-Rahman.. berkali2 Allah bertanya kepada manusia "maka nikmat tuhanmu yang manakah kamu dustakan?" sama2lah kita renungkan.. wallahu'alam.

    ReplyDelete
  6. > wafa zinnirah92

    waalaikumsalam wbt.
    alhmdulillah, Allah yg memberi segala-galanya,
    Ya2. pernah juga terfikir sblm ni utk masukkn ttg surah ar-Rahman dlm artikel. tp terlupa plak waktui menulis tu.
    apapun cukuplah peninggalan jejak saudari di sini sbg tambahan maklumat utk artikel di atas.
    Jazakillah.

    Moga bermanfaat buat manusia seluruhnya.

    Amin. (",)

    ReplyDelete
  7. sye suke gmbar eggs kat atas tu. comel

    ReplyDelete
  8. semakin bnyk kita bersyukur, semakin melimpahlah nikmatNYA utk kita... =))

    salam kenal... nice entry! tq... jemput singgah blog fda... ada entry doa2 ayat pengasih utk dikongsi

    ReplyDelete
  9. entry ni betol2 mengusik hati dan penoh dgn pengajaran.
    harap satu hari nnt akan bergelar penulis yg hebat!
    bravooo!!

    ReplyDelete
  10. > zaza

    alhmdulillah.


    > rizwan's sweatheart

    salam kenal kembali.
    terima kasih singgah melawat di sini.
    moga Allah kasih.


    > Ramadhan

    betul2. mesti indah klu ada shbt yg soleh.
    doakan agar ana salah sorg drinya. (",)


    > budak baik

    alhamdulillah.
    mengusik hati itu adlh dtg dri Allah,
    penulis hanya mampu menulis dan berdoa shj,
    apa2pun moga anda dan saya terus baik dan baik.
    insyaAllah. doakan selalu. (",)

    ReplyDelete