Friday, April 1, 2011

14
Komen
~ Santai ; Video Gimik di Koplit ~



Memulakan post kali ini dengan ucapan Assalamualaikum wbt.

Saya dan anda ; apa khabar ya diri kita ini?

Kalau saya - Alhamdulillah. Semakin sihat dan ceria. Cuma sentiasa memerlukan penawar buat rohani agar kesihatannya bergerak seimbang yang dengannya mampu menjangkau medium realiti. Anda bagaimana? Moga sihat juga.

Erm. Berfikir sejenak akan post kali ini. Tidaklah seperti artikel yang lepas, perlu membaca sahaja. Tetapi insyaAllah di post ini, tayangan video akan dipaparkan.

 Amacam?

Ok. Sebelum kita melihat video, sedikitlah perkenalan dan gambaran mengenainya. Bak kata pepatah tak kenal maka tak syoQ. Betul tak?

Video gimik ini dihasilkan ketika saya berada di Koperasi Perumahan Lepasan Institusi Pengajian Tinggi. Ringkasnya Koplit. Dekat-dekat dengan area kajang jugalah. Keberadaan saya di sana adalah kerana mengikuti satu bengkel khas yang dianjurkan pada 19 Mac yang lepas.

Mungkin itu saja gambaran awalnya.

Jom saksikan!!




" Ala, kenapa tak habis video ni? " Begitulah yang terdetik di hati anda kan? (",)

Sebabnya - nama pun video gimik. Kalau ceritanya habis, tak jadila gimik.

Cuma di sini, saya sekadar ingin memberitahu apa selanjutnya jalan cerita dalam video di atas.

Apa yang terjadi selepas itu?

Saya masuk ke dalam dewan dan berdiri di hadapan pintu. Lafaz salam diberikan tanda kehadiran saya muncul di belakang dewan. Macam biasa, respon ahli dewan sedikit tercuit dan gelak ketawa mengisi ruangan. Happy go lucky.

Kemudian, saya berjalan ke hadapan dewan dengan lagak Rosyam Nor dalam siaran Pilih Kasih. ^_^

Apabila tiba di hadapan, saya terus mengangkat satu pendrive yang kononnya barang yang saya bawa dari Perlis untuk diberikan kepada pihak penganjur bengkel. Terus saya serahkan pendrive itu kepada Saudara Nu'man Afifi yang mengawal sistem komputer.

Tatkala pendrive itu dimainkan, maka keluarlah satu video khas buat tatapan semua para peserta yang hadir selama dua hari di bengkel tersebut sebagai kenang-kenangan sebelum bersurai dan pulang. Alhamdulillah.

Hah. Macammana? Dapat gambaran? Andai masih ada yang kabur-kabur, jangan segan silu boleh terus bertanya di kotak komentar. =)



Dedikasi buat mereka


Ya. Dedikasi buat mereka yang menjayakan gimik ini. Bukan senang nak berlakon. Buktinya, banyak rakaman yang diambil terpaksa disingkirkan. (",)

Terima kasih daun keladi juga.

Pelakon I aka [pengantar barang] ~ Inche Qawiem b Khairi
Pelakon II aka [tukang kayu] ~ Inche Hanan b Khairul Anuar
Pelakon III aka [pakcik] ~  Inche Nabil b Nordin
Pelakon IV aka [makcik] ~ Puan Mardziah bt Said
Cemeraman pilihan ~ Inche Salman b Sukri
Editor pilihan ~ Inche Nabil b Nordin
Pemantau pilihan ~ Sis Nailah bt Abd Kadir

Alhamdulillah. Sekian sahaja coretan kali ini. Moga kesempatan ini, ruang ini Allah mengira sebagai satu amal kebaikan yang mampu memperkukuh kejernihan dan keputihan iman selari dengan kerendahan hati.

Akhir kata, segala komentar dan ulasan yang membina amat-amat diperlukan bagi meningkat mutu penghasilan video di episod yang mendatang. ^_^



"Hiba di hati pasti terukir,

saat indah itu lahir,

membuat diriku terus berfikir,

kenapa waktu cepat berakhir,

apakan daya itu semua takdir,


akhirnya pujian menjadi zikir."

Sekian,
Pelaut Rabbani,
~ mQ ~

14 comments:

  1. > Syed Ahmad Fathi

    terima kasih,
    buat tetamu yg dtg dri jauh.. (",)

    ReplyDelete
  2. apabila adik dr rozmey sudah menunjukkan bakatnya yang terpendam...alhamdulillah,bginilah hasilnya..tak nak jumpa abg kamu ke?

    ReplyDelete
  3. menarik dan terbaik..!!
    berbakat besar semuanya..

    Teruskan berkarya dan menghasilkan video2 yang terbaik..
    Moga Allah Redha..(",)

    ReplyDelete
  4. haha..
    plajar matri mmg terkenal dgn video gimiknya...
    bgus2...ada bakat jadi plakon...
    patotnye ana kne dtg bengkel tu wakil Penang tp Allah izin ada aral yg mlintang...lau x ,dpt tgok lakonan ni haa..
    insyaAllah trus sukses..bley wat vdeo2 Islami lps ni..

    p/s : haha..blog kita mcm kita jugak..bila tuannya ceria, cerialah lamannya, bila tuannya berduka, sayu je bila baca post..bila tenang n rileks, post pon cool je..penulisan menggambarkan penulisnya..:)

    ReplyDelete
  5. assalammualaikum..salam perkenalan dik..kurang faham dgn video diatas..apapun bab lari tu mmg kelakar..kalau sudi singgah blog akak

    ReplyDelete
  6. > Anonymous

    haha.. bagus..
    ingin juga berjumpa,
    tp bukan hari ini,
    satu hari nnt..
    satu hari yg pasti.. (",)



    > [n_akn]

    Alhmdulillah,
    semua yg baik dri Allah,
    dan insyaAllah akan berusaha utk memberi yg terbaik utk akan dtg jika berkesempatan,
    terima kasih juga atas segala bantuan,
    samada secara lansung mahupun tidak lansung,

    moga Allah redha juga dgn kak nailah.

    ReplyDelete
  7. > Huraiyah

    terima kasih mendoakan hamba,
    tulah, klu xda aral melintang dh boleh tgk tayangan video tu secaara live,
    tp x da la gimik sgt,
    hanya yg termampu,


    ttg p/s ~
    subhanallah,
    mmg betulla nmnya 'bingkisan huraiyah'..
    walaupun bingkisan yg pendek ttp penuh dgn makna dan isinya..
    terima kasih2..
    boleh cuba utk diamalkn ni..
    ada betulnya bila dilihat balik..

    moga Allah kasih. (",)



    > anitaare

    wassalam,
    huhu, mmg akan kurang faham skit..
    tp x pa, boleh bertya dimn yg kurang fhmnya,(",)

    terima kasih atas komentar di sini,
    insyaallah hamba akan menyusul kemudian,
    juga ucapan slmt dtg atas persinggahan ke Laut Rabbani.

    sekian,
    ~ mQ ~

    ReplyDelete
  8. > Fakhruddin

    tula udin,
    ada juga dlm perancangan hari tu,
    tp x tahu la jd ke x nk buat,
    mungkn sbb nk tunggu deme jd pengarh kot.. (",)

    ReplyDelete
  9. > mr IQ

    terima kasih sudi dtg sini. ^^

    ReplyDelete
  10. lawak. Encem lah sape yang pegang enset pada awal2 tuh.

    ReplyDelete
  11. > ihsan

    alhmdulillah.
    bersyukur bukn sbb lawak,
    ttp sbb hensem.
    haha.

    abg ihsan.
    apa khbar?
    lama betul x bersua.. (",)

    ReplyDelete