Friday, April 15, 2011

13
Komen
~ Puitis ; Perbezaan Terselitnya Hikmah ~

Cuma yang benar-benar membezakan adalah iman dan taqwa. 


Barangkali persamaan itulah dipinta,
pastinya harapan umpama bayang di sebalik angkasa,
kerana yang jelas di mata,
sebab yang banyak ternyata,
adalah kelainan yang lebih berkuasa,

anggaplah ketidaksamaan itu,
sebagai satu muhasabah yang perlu,
walaupun ia mendesak kalbu,
memaksa air mata berderaian selalu,
tetapi ia sekian waktu,
kerana dunia pastinya berlalu,
bahkan akhirat senantiasa menunggu, 

Ingatlah wahai pencetus sengketa!

Setiap muslim itu bersaudara,
yang menjadikan Allah tuhan yang Esa,
yang meletakkan Rasul paling termulia,
kenapa perlu mengotori minda?
bukankah itu kerja gila?

perbezaan yang muncul bukan untuk dimarah,
kelainan yang timbul bukan untuk disumpah,
ketidaksamaan yang terzahir bukan beerti ia mehnah,
ketidakserasian yang terpancar bukan bermaksud ia masalah,

andai Rabbul'alamin tempat berserah,
pastinya seribu satu mata hati nampaknya hikmah.

Yakinlah !!

Sekian,
Yang memerlukan doa kalian untuk terus kuat,
~ Pelaut Rabbani ~

13 comments:

  1. masyaAllah..
    ana yakin ini adlh lakaran hati saat hatimu begitu mgharap kekuatn dr Dia..

    moga Allah memperkuatkn hatimu.dn memperteguh langkahanmu!!

    may Allah love us ^_^

    ReplyDelete
  2. macam tau ja akar dia kat mana...haha...buat yang memahami pasti gelak sorang2..

    ReplyDelete
  3. > Anonymous

    Assalamualaikum.

    terima kasih atas doamu buatku,
    mudah2an Allah makbulkan.
    sememangnya kpd Allah tmpt bergantung,
    walaupun dunia sebeban gunung.



    > Anonymous

    apa yg cuba utk disampikan?
    kurang jelas.. (",)

    ReplyDelete
  4. pala wim :
    aha...saya saya tahu...saya tahu...

    ReplyDelete
  5. > Anonymous

    bagus.
    moga hikmahnya anta dpt.
    terima kasih.

    ReplyDelete
  6. Yang tersirat itu akan menggerat
    Bahkan ia akan menzahirkan yg tersurat
    - BroHamzah

    ReplyDelete
  7. > brohamzah

    Salam abg ali,
    terima kasih.
    terima kasih atas segala-galanya.
    ya Allah- redhailah persahabatan ini,
    rahmatilah ukhwah ini..

    Aku bersyukur kpdMu,
    menghadirkn abg ali dlm kehidupan.

    ~mode~
    nak menangis ;(

    ReplyDelete
  8. mQ kuat (=

    mendalam maksud di sebalik lontaran kata hati ini.
    Hikmat itu pasti ada, ada. Yakinlah, setiap perkara pasti da hikmatnya.

    mQ,
    moga dirimu sabar menghadapi segalanya,
    tabahkan diri untuk menerima,
    insyaAllah redha itu pasti akan digapai.

    (=

    ReplyDelete
  9. > Izzati Hashim

    Assalamualaikum wbt,
    ya. hikmahnya pasti ada.
    cuba utk memujuk diri walau kdg2 terkandas hikmah.
    jazakillah juga atas doa yg dihulurkan,
    moga doa2 itu juga buat sis.

    yg berterima kasih, ^^
    ~ mQ ~

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum wbt

    "Nikmatnya dapat mengalirkan air mata kerana Allah, ini adalah salah satu tanda hati itu lembut dan terasa lunak dengan apa yang dijanjikan Allah."

    semoga terus kuat dan tegus di atas jalan-Nya, amin.

    p/s: hari tu ana komen dalam ruangan 'Ayah dan Ibu~Hargailah'. mgkin nta tak perasan ana ada komen di situ.

    ReplyDelete
  11. > wafa zinnirah92

    waalaikumsalam wbt
    InsyaAllah.
    terus mendoakan diri ini ya,
    mudah2an jiwa saya sentiasa sihat dan bermanfaat.
    jazakillah juga atas segala-galanya.

    moga Allah kasih.(",)

    p/s: owh. insyaAllah.

    ReplyDelete
  12. > [n_akn]

    InsyaAllah.
    berkasih-kasih terimalah. (",)

    ReplyDelete