Monday, April 18, 2011

8
Komen
~ Tabahkan jiwamu Sahabat ~

Langitkan kembali cerah sahabat. InsyaAllah.
Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah. 

Setinggi-tinggi rasa syukur kita rafa'kan kepada Allah Pencipta langit dan bumi kerana dengan keizinanNya mampu lagi kita merasai nikmat kehidupan pada masa ini. Dan esok? Semestinya belum tahu.

Untuk post kali ini. Saya benar-benar keliru. Tidak tahu mahu mula dari mana. Tapi yang pasti saya ingin sangat menulis perihal ini. Perihal sahabat yang lama menemani hidup saya. Yang selalu mengisi kekurangan saya. Yang selalu menceriakan hidup saya. Yang selalu membahagiakan jiwa saya. 

Dia.


Salim dengan Saya

Yang ceria selalu ~ Salim~
Saleem - Adalah nama 'glamour' bagi nama sahabat saya iaitu Saudara Abdul Salim b Abdul Wahab. Sembilan belas tahun adalah umurnya ketika ini. Berpendidikan di Ma'had Attarbiyah Al-islamiyah sama dengan saya ketika kami bersama-sama membesar sebagai pelajar sekolah menengah di situ.

Sahabat saya ini tinggalnya di Kuala Perlis. Bagi yang sentiasa mengikuti perkembangan di laman Lautan Rabbani, semestinya anda sudah tahu yang saya pernah melakarkan satu artikel mengenainya. Di sini 'Rehlah ke Rumah Salim'. Bacalah jika berkesempatan.

Salim dan saya. Kami bagaikan adik beradik. Itulah yang saya anggap. Menjalani detik-detik kehidupan di sekolah menengah bersama-sama sehingga ke tingkatan enam. Hubungan kami erat. Bahkan mesra dengan celoteh dan ragam masing-masing. Andai saya bersamanya, tentu pelbagai perbincangan dan gurau canda yang mengisi ruangan perbualan. 

Melanjutkan pelajaran di sekolah menengah iaitu Matri. Allah telah susunkan perjalanan hidup kami di hostel yang serupa. Bukan sahaja dari tingkatan satu, malah mencecah hingga ke penghujung usia kami di sekolah iaitu tingkatan enam. Oleh yang demikian, masakan air mata diriku tidak mampu mengalir jika keresahan dan kesedihan yang dihadapi oleh salim menganggu fikirannya.  

Saya teringat akan caknanya pada saya ketika saya berada dalam keadaan separa sihat. Ketika saya mengalami kemalangan jalan raya, salim seringkali menghubungi saya untuk bertanyakan khabar. Dalam masa yang sama, lawak jenaka yang berhikmah sedikit sebanyak mencuit kesunyian dan kesepian saya ketika itu.

Terlalu banyak tentang Salim yang boleh dan ingin saya ceritakan. Tetapi untuk post kali ini, cukup sekadar pengenalan awal sahaja. 


Pakcik Wahab aka ayah Salim sedang tenat
Kuatkan semangat Lim!!
Hari ini sahabat saya Salim menghadapi satu musibah. Walaupun musibah ini tidak secara langsung padanya, tetapi saya yakin yang dia juga turut terkesan dengan musibah yang menimpa. Semestinya musibah itu untuk mengangkat darjat seseorang. 

Untuk pengetahuan semua, Pakcik Wahab iaitu ayah salim telah dimasukkan ke wad kecemasan pada pagi tadi - hari Ahad. Bicara Salim sendiri, ayahnya dikatakan mengalami sesak nafas. Kesan daripada itu Pakcik Wahab masih dalam keadaan tidak sedarkan diri sehingga sekarang - 11.30pm. 

Jangkitan kuman di paru-paru adalah asbab kepada sesak nafas menurut doktor.

Tatkala saya membaca mesej Salim di 'wall facebook'nya, jiwa saya runtun hiba. Sedih seakan membayangkan ayahnya itu adalah ayah saya sendiri. 

" Salam sahabat2 suma..tolong doakan abah saya..tgh kritikal skrg! Wad ICU. jankitan kuman d paru-paru. saya mhon jasa baik tlg doakn ayah saya. moga Allah bls jasa. " - Qalbun Saleem

Siang tadi, saya berpeluang bersama-sama dengannya di wad kecemasan. Kelihatan Salim seperti seorang yang nampak sugul, letih dan sedih. Tetapi tabah, sabar dan kuat lebih tinggi bendera kemegahannya yang lahir dari jasad itu. 

Moga Allah kuatkanmu sahabat.


Akhir ; Bantulah saya dengan doa kalian

Ya. Bantulah saya dengan doa kalian. 

Bantulah saya. Bantulah saya. Bantulah saya.

Tidak ada kudrat yang mampu kita laksanakan akan apa yang dirancang melainkan semuanya dengan izin Allah. Tinggal, doa sahajalah senjata kita. Doa sahajalah sebagai usaha kita. Usaha kita dari kejauhan.

" Ya Allah. Kami memohon kepadaMu. Ampunkanlah segala dosa kami. Ampunkanlah segala dosa Salim. Ampunkanlah segala dosa Pakcik Wahab. Tidak ada daya dan upaya dari kami melainkan meminta pertolongan dari Mu Ar-Rahman. Sembuhkanlah penyakit yang dihadapi pakcik Wahab. Tabahkanlah keluarga Salim dalam menghadapi ujianMu. Mudah-mudahan terselitnya seribu satu hikmah dari penyusunanMu ya Allah. "

Amin.

" Salim, izinkan ana mengalirkan air mata ini. " = ( 

- mQ

8 comments:

  1. Mengalirkan air mata juga...

    Moga Allah memberikan kekuatan buat adikku Salim sekeluarga...

    Allah,bantulah abah Salim,....

    UA

    ReplyDelete
  2. > Anonymous

    Amin.
    mudah2an Allah terima dan makbulkn usaha dan doa kita yg mengharap ini.
    InsyaAllah.

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum wbt.

    Syafakallah buat abah salim, insyaAllah akan baik semuanya.

    Bagaimana untuk menghadapi semua ini, dalam surah al-Baqarah ayat 45 ada Allah berfirman. bolehlah cuba lihat. Wallahu`alam.

    ReplyDelete
  4. moga Allah tabahkan keluarga mrk ..especially makcik..

    sungguh benar..ujian drNya sebenarnya ingin memantapkan jiwa2 hamba2Nya..

    to~ akhi salim..izinkan hamba mengalirkan air mata..

    ya Allah cucurilah keluarga ini dgn redha n maghfirahMU..

    ReplyDelete
  5. > wafa zinnirah92

    waalaikumsalam wbt,

    mudah2an,
    Inilah ayatnya~

    "Dan mohonlah pertolongan (kpd Allah) dengan sabar dan solat. Dan solat itu sungguh berat kecuali bagi orang-orang yg khusyuk." - 2:45

    jazakillah ya sudi berkongsi.




    > Anonymous

    Ya. Moga Allah tabahkn kluarga mrk,
    sayu apbl saya melihat makcik tadi,
    tmbh2 keadaan pkcik yg masih blum sedarkn diri.

    utk doa yg ditembakkan,
    Amin.
    terima kasih atas cakna anda juga di sini.

    Sekian,
    ~ mQ ~

    ReplyDelete
  6. kehidupan mereka bukanlah senang...belum bersedia mnerima kehilangan tunggak keluarga... Pasti, Allah tidak menguji seseorg mlebihi upayanya.."Laa yukallifullahu nafsan illa wus'ahaa.."

    Maka, ingtlah, saat kita hmpir kehilangan, maka Dia sahaja yg berkuasa memulangkan org yg disayangi itu pada kita...

    InsyaAllah, tidak henti berdoa.. moga Allah perkenankan doa hmba-Nya..

    selingan : Teringat arwah ummi Halimaton...smoga Allah memberi peluang kedua kpd abah Salim...

    ReplyDelete
  7. Ya Allah~~
    Tak mampu rasanya utk menahan air mata ini..
    Moga Allah beri kesembuhan kepada abah salim..
    dan mengurniakan ketabahan dan kesabaran buat salim dan keluarga..

    Ya Allah, tabahkanlah mereka sekeluarga..

    ReplyDelete
  8. > Huraiyah

    Apa pun Allah lebih tahu akan segala-galanya,
    mudah2an Allah menguatkn jiwa yg di uji ini,

    hebat2. siap ada dalil lg.
    subhanallah.

    ya. memberi peluang kedua kpd abah Salim.
    Amin.




    > [n_akn]

    Amin.
    sama-sama kita mendoakan,
    walau apa yg terjd,
    harap yg terbaik itulah pengakhirannya.
    berdoa kpd Allah yg Maha Tahu.
    Amin.

    ReplyDelete