Friday, March 30, 2012

5
Komen
~ Puitis : Cinta akan Datang Memujuk ~



Ada waktu jiwa dihimpit beban,
hingga dirasakan waktu yang bergerak,
terasa amat perlahan,
walaupun sabar acapkali bertapak,
ternyata perit dan jerihnya menuntut tangisan.

Akhirnya tumpah,
akhirnya menderas,
keluarnya air mata yang dahulu payah,
mengalir laju tanpa dipaksa keras.

Ada waktu juga jiwa dibelai bahagia,
hadirnya insan ramah bertegur sapa,
berkongsi rasa bertukar cerita,
membenam sengketa,
 menjunam samudera duka,
Itulah saat yang diimpi sentiasa,
oleh jiwa sang hamba biasa,
yang pernah dihimpit beban gelora.

Namun langit tinggi pengajaran,
begitu juga awan banyak menunjuk,
hidup adakala mendung adakala hujan,
cuaca adakala baik adakala buruk.

Tetapi percayalah!

 Akan satu lumrah kehidupan,
yang menangis tidak mustahil kerana merajuk,
yang dihimpit beban dan ujian,
tidak mustahil juga sinar cinta akan datang memujuk.



Sekian, 
Terima kasih,
Pelaut Rabbani.
Bermalam di bawah bayu Jordan.


5 comments:

  1. Cinta ALLAH, sinar yang memujuk..

    "..sedang orang-orang yang beriman itu lebih cinta (taat) kepada Allah.." (Al-Baqarah:ayt 165)

    Dan cintakan yang lain kerana ALLAH.

    Wallahua'lam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.
      Ada yang faham apa yg dimaksudkan.

      Delete
  2. ''wajiblah cinta-KU bagi orang-orang yang bekasih sayang kerana-KU''(Hadis Qudsi)

    p/s: teruskan perjalanan walau badai mencengkam kerna yakinlah esok ada sinar bahagia .inshaAllah

    Wallahua'lam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Perjalanan akan tetap diteruskan. Terima kasih ya.

      Delete
  3. puisi yang indah, dengan rangkaian kata-kata yang amat bagus

    ReplyDelete