Tuesday, April 3, 2012

16
Komen
~ Cerita biasa : Oh Dompetku ~

Bukan mahu bangga, tapi mahu cerita.


Allah masih memberi kepada kita semua satu peluang. Satu ruang untuk kita terus-menerus bangkit meningkatkan diri. Agar menjadi lebih berkualiti dari hari yang sebelumnya. Yang bernama insan itu pasti tahu bahawa kita adalah hamba yang lemah. Adakala kita diuji dan dikeji. Adakala kita dipuji dan dihormati. Dan yang pasti, hakikat kepada dua perkara ini adalah datang daripada Ilahi.

Memilih untuk mengemudi pelayaran ini agar menjadi lebih santai dan ringan, maka saya tampilkan satu cerita dalam hidup saya. Bukan cerita yang luar biasa mana pun, tetapi kerana ia benar-benar memberi kesan kepada diri, suka untuk saya layangkan juga jalan ceritanya di sini.

Makin lama, saya makin percaya. Kadang-kadang dengan ujian itu memang benar Allah mahu kita dekat denganNya. Makin lama juga saya makin yakin. Kadang-kadang dengan kemewahan dan kesenangan itu, kita mudah untuk menjauh dan melupa kepadaNya.

Biasanya banyak yang begitu. Dan ramai yang mudah tertipu dan buat-buat tak tahu. Bahawa Tuhan yang kita minta ketika dilanda ujian, dan yang sentiasa memerhati gerak-geri kita ketika dilanda kesenangan adalah Tuhan yang satu.

Baru-baru ini, dompet saya hilang. Entah tercicir dalam bas katanya. Saat saya sedar dompet itu sudah tiada, hati terus diselubungi rasa gementar dan bersalah. Gementar dengan masalah-masalah yang bakal saya hadapi. Bersalah untuk mengkhabarkan berita ini pada family.

Berada di negara orang tambah-tambah di Jordan, punya seribu satu macam perangai jenis manusia puak Arab. Bukan menghina, tetapi saya mula jumpa satu-persatu jenisnya. Ada yang otak gila-gila. Ada yang perangai macam budak-budak. Ada yang kira nak mengutuk penduduk asing tak berhenti. Macam-macam.

Yang baik macam malaikat pun ada. Itu tidak dinafikan. Tapi, nak cari yang macam tu pun perlu banyak berjaga-jaga. Sebab pesanan dari para senior, rata-rata yang macam tu selalunya banyak nak ambil kesempatan. Argh!

Maka, menjadi satu kerisauan buat saya. Andaikata dompet tersebut jatuh ke tangan manusia yang baik, tak mustahil saya akan dapat kembali duitnya. Jika sebaliknya, akan risau dan gelisahlah kedua ibu bapa saya. Sedih.

Saya secara peribadi risau bukan kerana takut hilangnya duit dalam dompet tersebut, sebab duit dalam tu pun sikit. Tapi risau kerana adanya kad bank yang boleh menampung kos sara hidup selama enam bulan lebih. Ada juga visa pelajar selama setahun saya di negara orang.

Satu perkara pelik yang berlaku pada diri. Kerisauan saya bukanlah kerisauan yang menggila. Perlu heboh pada semua orang akan perkara ini. Hatta pada ibu ayah di Malaysia pun, belum saya khabarkan.
Sedangkan, sudah hampir tiga hari dompet tersebut hilang. Sebenarnya takut nak bagitau. Hihihi.

Sepanjang tiga hari itu, sebelum tidur saya hanya memikir masalah yang bakal saya hadapi. Itu ini, itu ini, itu ini. Dan last sekali hati akan menjawab, bukankah Allah sahaja yang tahu dimana dompet itu hilang?

Jadi, minta dan berdoalah kepada Allah. Selepas itu, barulah saya tidur.

Setiap kali telefon berdering, terus saya angkat. Dengan harapan ada yang sudi membawa khabar gembira. Dan setiap kali itulah, usaha saya hanya sia-sia. Nak kata sia-sia tu tak juga, sebab ada yang call untuk ajak makan. Hehe.

Petua-petua yang dipesan oleh puan emak juga diulang tayang dan diamalkan. Bersungguh-sungguh. Agar Allah mengembalikan dompet tersebut.

Hinggalah pada satu petang, seorang sahabat yang saya tidak kenal menghubungi. Bertanyakan perihal ini. Katanya dompet tersebut ada pada seorang pakcik arab merangkap pemandu bas seumur hidup. Mungkin jumpa dalam bas gamaknya. Sebab tiga hari lepas ada saya naik bas pergi ke Mafraq. Tempat yang dalamnya terdapat University of Ali-Bayt.

Ya Allah, nak mengalir air mata rasanya bila dengar berita tersebut. Terus buat sujug syukur. Terharu dengan doa selama ini, Allah perkenankan.

Kini, dengan izinNya… dompet yang biasa mampu mendekatkan saya dengan Allah. Bunyi macam poyo kan? Tapi, percayalah… kepuasannya akan kita rasai setelah kita benar-benar menjumpai kepuasannya. Percalah!

Sebagai penutup kepada jalan cerita ini, suka untuk saya beriitahu pembaca semua satu rahsia. Tempoh hari, lebih kurang setahun yang lalu… saya ditimpa kemalangan ngeri. Adalah berlaku sikit-sikit kecacatan pada diri.

Peristiwa itu, senang kata langsung  tak disangka-sangka banyak mempengaruhi hidup saya yang sekarang rupanya. Badan jadi gemuk tu biasalah. Sebab makan tidur-makan tidur je waktu sakit.

Tapi, benda lain yang saya dapat, saya tidak banyak gelabah dan mudah kawal diri apabila ditimpa ujian.

Bahkan dengan sendirinya saya tahu, bahawa Allah mahu tegur saya. Sebab Allah sayang saya. Allah juga sayang kita semua. Amin.

“Terima kasih Allah atas segala-galanya. Jalan cerita ini banyak mengajar diriku Ya Allah.”   

Itu sahaja. Jazakallah kepada semua yang sudi baca kisah ini. Jazakallah juga buat ahli rumah yang ada ambil berat.

Kepada yang diuji, teruslah berdoa dan meminta kepada Allah. Berusaha dan berusaha untuk keluar daripada ujian tersebut. Kepada yang tidak diuji, sebenarnya itulah ujian anda. Moga terus sabar dan tidak lupa diri.

“Sapa-sapa nak saya belanja, PM ok?”  ^^

Sekian,
Salam mahabbah.
Pelaut Rabbani.
Irbid Jordan.


16 comments:

  1. bila kita senang kita ingat Allah & bila kita susah kita ingat Allah..Allah pasti ingat kita bila kita susah dan senang sebab Dia maha kuasa untuk menentukan segalanya..>_<

    ReplyDelete
  2. Subhanallah....

    Tarbiyyah Allah melalui pengalaman sendiri,
    dpt meningkatkan keimanan kepada Allah...

    Senyum selalu,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih.
      Setiap orang pasti ada tarbiyah sendiri bukan?
      Senyum juga.

      Delete
  3. Assalammualaikum

    saat ana membaca cerita ini,ana tringat kisah yg lebih kurang ana alami bulan lalu.

    Beg laptop ana tertinggal d seat belakang teksi.

    Usai sahaja sampai d terminal bas larkin,dlm 10minit terasa spt ada ssuatu yg janggal.rupanya2 beg galas yg berisi laptop trtinggal.Dengan hati yg risau,serba salah.Apa yg enta rasa spt nukilan d atas,ana rasainya juga.Tidak berani utk mghubungi keluarga d kampung.laptop yg brisi pelbagai folder dan maklumat penting.

    Lantas terus ke pondok teksi utk mgesan teksi yg ana naiki.segelintir pemandu teksi d situ mgatakn sukar utk dtemui kerana ana tidak mgambil lgsung detail ttg teksi yg ana naiki.Tetapi ada juga yg menenangkn dan mgambil berat,memujuk hati dan mhulurkn bantuan.Ana ambil kputusan utk duduk mnunggu d kerusi berdekatan pondok teksi.

    Dalam hati,tak brhenti berdoa dan menyebut Ya-Razzaq

    Alhamdulillah,hampir setengah jam menunggu,akhirnya penantian tidak sia2.Pak cik teksi yg ana naiki tadi mghantar beg galas ana.

    Saat itu,hanya ALLAH yg tahu perasaan ini.

    Drp itu,banyak ibrah yang ana perolehi.

    Tempoh hari juga,genap setahun peristiwa ana "menginap sementara di hospital.

    Dan peristiwa "menginap d Hosp Sultanah Bahiyah itu juga memberikan kesan dlm hidup ana.

    Yang amat mmberi kesan adalah betapa kasih dan sayang ALLAH pada hambaNYA.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih sudi berkongsi pengalaman di sini. Ternyata, jalan ceritanya tidaklah jauh berbeza. Moga Allah kira kesabaran ini sebagai amal soleh.

      Sangat menghargai pengalaman yang dikongsikan.

      Delete
  4. Satu tarbiyah dari Allah.
    Sangat menguji kesabaran kan?
    Lagi-lagi bila kehilangan sesuatu.

    ReplyDelete
  5. Replies
    1. Balik Malysia nanti ya. Tolong ingatkan kalau lupa. :)

      Delete
  6. ada seekor monyet berehat diatas pokok.tiba2 datang angin yang sangat kuat.si monyet menggelabah.dia memegang eret dahan tersebut supaya tidak jatuh.kemudian,angin tersebut hilang.datang pula bayu sepoi2 bahasa..si monyet asyik..tlupa bahawa dia di atas pokok.tiba2..buk! monyet tu jatuh..

    berbalik pada kisah hidup kita..ujian yg Allah bg sbenarnya untuk kita lebih berpegang teguh pd Allah..bergantung harap hanya pd Allah..jika tidak dilanda ujian,pastinya kita semakin hanyut dibuai nikmat duniawi..leka akan Pencipta..

    wallahua'lam..

    ReplyDelete
  7. Ammu Qawiem..mehla Jannah belanja nak?Belanja makan masakan ummi...Ammu bila nak main roller blade nih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh, Jannah masuk blog Ammu. Seganlah macam ni. InsyaAllah minggu ni ammu datang rumah. Kita pergi main roller blade sekali. Tunggu ya. =D

      Delete
  8. Assalamualykum.
    Agunci datang ziarah sini.

    ********

    Jemput baca post terbaru.

    Berleter itu penat tahu?

    Buat apa penat-penat buang tenaga berleter?

    Tengok rumah sepah, kemaslah.

    Tengok kehangatan ukhwah tak wujud, hidupkanlah.

    Selipar tak reti-reti bersusun, susunkanlah.

    Ada pula memang spesis tak paham bahasa lepas makan kena basuh, tunjukkan contoh, basuhkanlah.

    http://blackenamy.blogspot.com/2012/04/rumah-ikhwah-20.html

    ***********

    Moga ada sesuatu yang dapat dijadikan penyeri kehidupan.

    Terima kasih.

    ReplyDelete