Thursday, May 24, 2012

9
Komen
~ Allah Sudah Tidak Sayang Aku Lagi ~


Sama ada mahu atau tidak, harinya pasti berlaku. ~ Kudos to Krun


Kita semua mahukan kehidupan yang membahagiakan. Adakala kita tidak berharapnya berlaku, tetapi  Allah dengan kasih sayangNya menganugerahkan bahagia kepada kita. Hingga setelah kita dapat nikmat tersebut, terus hari itu berlalu dengan jiwa yang tenang dan lapang.

Namun, ada masa kita tidak dapat membatasi masalah yang menimpa. Ia juga turut datang kepada kita sama ada ketika itu kita sudah bersedia ataupun sebaliknya.

Abdullah Masalah. Abdullah Ujian. Abdullah Cabaran. Abdullah Dugaan. Abdullah Halangan.

Nama mereka berbeza, tetapi gerak kerjanya kelihatan sama dan serupa. Nama mereka biasa, tetapi siapa yang bersabar apabila bertemu dengan meraka, pasti akan menjadi manusia yang luar biasa.

Semua orang pernah berjumpa dengan mereka ini. Tidak kira besar mahupun kecil. Tidak kira pandai mahupun bodoh. Tidak kira tua mahupun muda. Tidak kira cantik mahupun hodoh. Tidak kira juga seorang raja mahupun seorang hamba.  Pasti pernah terserempak dengan mereka.

Ada orang mampu tenang apabila bersemuka dengan mereka. Setengah orang yang lain, mudah gelabah dan cepat mengaku kalah. Sungguh, kedatangan mereka sangat menyakitkan, sebaliknya diganti dengan pemergian mereka yang sangat menginsafkan.

Itupun sekiranya kita benar-benar sabar dan redha dengan karenah mereka.


Situasi pertama : Aku gagal dalam exam

Suasana di rumah bujang. Burung-burung berkicau riang di waktu petang.

Afiq : Siaplah woi.. kata nak main futsal.

Anas : …………………..

Afiq : Bro! Jadi tak nak main futsal? Takut ke?

Anas : …………………..

Afiq : Apasal kau ni? Hujan tak, panas tak, tiba-tiba termenung macam kalah judi. Kau tahu tak judi tu haram? Kalau kau menang pun, kau menang duit haram!

Anas : Bila masa yang aku main judi? Kau ni kalau nak bagi perumpamaan pun janganlah sampai terlebih. Agak-agakla…

Afiq : Aha… tengok! Kalau aku tak buat macam tu, alamatnya sampai esoklaa aku duk cakap dengan tiang ni. Cakap dengan kau respon bai.

Anas : …………………

Afiq : Apasal ni? Semalam punya main rancak sembang. Kata nak main futsal lah. Kata kaki besi lah. Sekali dah habis exam, buat hal plak. Kau ada masalah apa? Cuba cita kat aku. Hoi! Aku tengah cakap dengan kau ni.

Badan Anas ditolak perlahan.

Anas : Aku oklah. Saje nak termenung sekali-sekali petang ni.

Afiq : Haa… banyakla kau punya termenung. Ceritalah kat aku. Apa masalah kau sebenarnya? Seliper hilang kat masjid tadi? Ada akhawat kim salam? Alamak bro.. akhawat je pun. Takkan  sampai nak termenung macam ni?

Afiq terus-menerus mengusik Anas. Berharap mampu menceriakan sahabat baiknya.

Anas : Haha…. Ada kaitan ngan akhawat bai. Merapu seh.

Afiq : Habis tu? Dahi dikerut lalu diangkat dua kali.

Anas :
Aku gagal exam tadi bro. Aku takut nak bagitau result kat mak aku. Sebab tu aku macam tak sedap hati ni.

Afiq : Owh.. aku ingat apa tadi. Kalau macam tu, nah! Kau amik hati aku. Hati aku sedap. Hahaha.

Anas : Aku series laa…. Bantai di tangan Anas dibaling laju ke muka Afiq.

[Tamat]


Situasi kedua : Aku dah tak macam dulu

Di wad ortopedik. Seorang pesakit yang sedang terbaring lemah bersama doktor yang baru selesai mengambil darah.

Doktor : Macam mana kemalangan tu boleh terjadi?

Pesakit : Saya tak salah doktor. Dia yang langgar saya!

Doktor : Bawa bersabar. Kamu rehat dulu. Lepas ni bila keadaan kamu dah makin stabil, baru kamu cerita.

Pesakit : Apa dah jadi dengan kaki saya doktor? Kenapa macam susah sangat nak gerakkan?

Doktor : Hmm.. kaki kamu mengalami kecederaan serius di bahagian paha. Kemudian di bahagian tulang lutut kamu ada yang retak. Alhamdulillah, setakat ni tempurung lutut kamu tidak ada masalah.

Pesakit : Saya ada harapan sembuh doktor?

Doktor : InsyaAllah. Cuma banyakkan berdoa. Moga Allah mudahkan. Sekarang apa yang kamu rasa?

Pesakit : Saya rasa penat doktor. Penat dengan kesakitan ni. Kenapalah malang sangat hidup saya? Kenapa Allah pilih saya untuk terima ujian ni?

Doktor : Sabar banyak-banyak. Tenangkan hati dengan ingat pada Allah. Kamu perlu yakin, hanya Allah yang tahu hikmah kemalangan yang terjadi. Menjadi tanggungjawab kita untuk berbaik sangka kepadaNya.

Pesakit tersebut tidak mampu lagi menahan air matanya. Berderai laju membasahi pipi. Merasakan dirinya kerdil yang amat sangat apabila teruji sedemikian rupa. Perasaannya bercampur baur.

Pesakit : …...............

Doktor : Nanti kalau perlukan apa-apa atau rasa sakit kat mana-mana, terus panggil nurse ye.

Pesakit : Hmm... Mengangguk.

[Tamat]


Akhir : Saat Kita dalam Kesusahan

Ya. Detik-detik cemas dalam hidup. Kita hanya memandangnya biasa bilamana kita tidak pernah merasainya. Tapi bagi yang ada pengalaman, merasakan hari esok adalah awan hitam yang menutupi sinar cahaya kepulihan.

Saat kita dalam kesusahan, mungkin itu adalah teguran Allah kepada kita. Saat kita dalam kesulitan, mungkin itu adalah tanda sayang Allah kepada sang hamba. Saat kita berada dalam kemudharatan, mungkin itu adalah peringatan agar kita kembali mendekat kepadaNya.

Tinggal, sejauh mana kita memandang setiap apa yang berlaku punya hikmah dari Yang Maha Esa.

Andai datang seribu satu masalah, benarkah Allah tidak sayang pada kita? Tidak!

Selaku hamba sewajarnya kita terus-menerus berbaik sangka kepada Allah. Biarpun orang kata kita tidak ada harapan, tetapi kita masih ada Allah kan?

So, datanglah setinggi mana pun ujian, dugaan, cabaran dan sebagainya.. maka kita akan kuat bila kita ada Allah.

Carilah jalan penyelesaian yang mampu mengubati, bukan jalan penyelesaian yang Allah benci. Sekalipun kita rasa itu adalah yang terbaik buat diri.

Percayalah! Allah tidak pernah menzalimi.

 Klik juga di sini : Kenapa Awak Tolak Cinta Saya?



Sekian,
Pelaut Rabbani.
Irbid, Jordan.   




9 comments:

  1. "Carilah jalan penyelesaian yang mampu mengubati, bukan jalan penyelesaian yang Allah benci. Sekalipun kita rasa itu adalah yang terbaik buat diri"

    stuju dgn statement ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ops.. agak lama rasanya tidak melihat bunga kemboja putih di alam realiti. :D

      Delete
  2. thanks for the sharing...
    post ni sgt bmakna utk sy ^^ :')

    ALLAH tak uji hambaNya diluar kemampuan mereka

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.
      Moga sama-sama dapat jadikan peringatan.

      Ya, Allah lebih tahu yang terbaik utk kita. =)
      Terima kasih. Peace yo.

      Delete
  3. "Percayalah! Allah tidak pernah menzalimi."

    Cikgu : sapa yang lulus exam, cikgu bagi hadiah..
    Iman : Yahoooo..!

    Cikgu : Bagi hamba2Nya yang lulus ujian dari Allah, Syurga lah ganjarannya..

    Iman : Alhamdulillah....Syurga adalah sebesar2 hadiah..Allah sayang kita kan cikgu..

    p/s~tidak dikatakan beriman seseaorang itu jika tidak di uji..maka beruntunglah kepada hamba2 Nya yg dipilih utk diuji..

    syukran dik atas perkongsian ini.. tetiba sebak dalam senyuman.. ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah.. ada dialog juga di sini. Menarik!
      Afwan. Moga Allah kasih. ^_^

      Delete
  4. Salam kenal..terima kasih sudi ziarah saya semalam..banyak yang boleh dikongsikan dan memberi ketenangan di sini..terima kasih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, salam kenal kembali.
      Sama-sama. Yang baik semua dripada Allah.
      Moga ada manfaat. Jemput dtg lagi. =D

      Delete
  5. Assalamualaikum :) pelaut rabbani ..:')

    ReplyDelete