Allahyarham Hasseeb. Di tengah-tengah gambar. :'(
Saya masih setia dangan niat asal untuk menghasilkan beberapa entry mengenai sahabat yang dikasihi
iaitu Allahyarham Abdul Hasseeb b Abdul Majid. Tapi kali ini anda tidak akan banyak membaca catatan saya, tetapi catatan sahabat-sahabat saya yang lain mengenai arwah.
Ada orang kata, macam tidak ada isu lain nak dibincangkan di blog. Asyik-asyik mengenai kematian.
So, jawapan saya ringkas saja. Bila orang yang kita sayang meninggal, mesti kita akan teringat dan terimbau kenangan kita bersama si fulan yang meninggal.
Ala, contoh mudah adik-beradik kita. Bayangkan kalau mereka yang meninggal. Boleh menangis sepanjang malam. Begitu jugalah apa yang saya rasa pada sahabat ini. Moga Allah mengampuni dosa-dosa arwah. Amin.
iaitu Allahyarham Abdul Hasseeb b Abdul Majid. Tapi kali ini anda tidak akan banyak membaca catatan saya, tetapi catatan sahabat-sahabat saya yang lain mengenai arwah.
Ada orang kata, macam tidak ada isu lain nak dibincangkan di blog. Asyik-asyik mengenai kematian.
So, jawapan saya ringkas saja. Bila orang yang kita sayang meninggal, mesti kita akan teringat dan terimbau kenangan kita bersama si fulan yang meninggal.
Ala, contoh mudah adik-beradik kita. Bayangkan kalau mereka yang meninggal. Boleh menangis sepanjang malam. Begitu jugalah apa yang saya rasa pada sahabat ini. Moga Allah mengampuni dosa-dosa arwah. Amin.
Itu sahaja. Dan di bawah ini, adalah luahan rasa hati batch saya terhadap arwah.
Kita dahulu pernah bermain sekali dengan arwah sebenarnya.
Kita dahulu pernah belajar satu kelas dengan arwah rupanya.
“hasseb yg aku knal dia mmg pendiam...aku pnah skali tngok die marah dan mmg aku x berani dh nak kaco...tapi time form 5 aku ade la lepak2 ngan die. die ni lawak gak...klakar giler cara die gelak buatkn aku nk glak gak...hahhaha...time nk ambik sijil spm pn aku ade lepak umah die tp skjap je la.....tkjut gak dngar hasseb dh x de...hmmmm...semoga die ditempatkan di syurga...
(Lelaki Misteri)
***************
“Beliau seorang yang pendiam bagi sesiapa yang tidak mengenalinya. Tetapi seorang yang sgt periang bagi kami. Ana byk kenangan bersamanya ketika kami sama-sama menguruskan Program Usahawan Muda (PUM). Seorang yang byk membantu dlm menyelesaikan masalah. Teringat ana, dulu kalau pasal dadih atau susu kambing, mesti pujuk-pujuk dia bawa untuk kami sebab dia anak taukeh. Hehe. Moga Allah merahmati beliau dan tempatkan beliau bersama-sama para solihin.”
(Pengiran Muhammad Badi'uzzaman | Tahun 1 Pergigian | Universiti Tanta, Egypt)
***************
“Hasseb. Bila terkenangkan peribadi ini, lidah bagai terpenjara, mulut
terkunci diam seribu bahasa. Berita pemergiannya amat tidak kusangka. Setelah
berlelahan pulang dari Amman (ibu negara Jordan) kerana menghadiri sebuah
pertemuan dengan sahabat di sana, aku dikejutkan dengan berita yang amat
menyedihkan ini.
Mungkin kerana telalu letih, aku tidak mampu menangis tetapi hakikatnya
Allah juga yang tahu bahawa hibanya hati ini bila seorang sahabat yang aku
kenal dengan Ukhuwah Islamiyah menjadi tunggak persahabatan kami telah dijemput
dulu oleh Yang Maha Agung. Meski pun permulaan hidupku di Matri aku tidak
terlalu rapat dengan arwah disebabkan kami berbeza dorm tetepi kehilangannya
turut dirasai.
Apabila usia kami menjangkau 16 tahun iaitu ketika di tingkatan 4, aku
mula merasa ukhuwah yang terjalin antara kami semakin erat kerana kami
berkerjasama dalam menjayakan ‘bisnes’ kecil-kecilan kami di bawah medium
Program Usahawan Muda. Beliau mungkin sedikit tegas tetapi yang pasti beliau
baik hati juga tidak meninggi diri meski pun beliau adalah anak kepada antara
usahawan yang berjaya di Perlis. Ilmu yang beliau warisi oleh bapanya sedikit
sebanyak dikongsi bersama.
Setelah tamat SPM, masing-masing membawa hala tuju sendiri. Selama saya
di sini saya jarang berhubungan dengan beliau. Tetapi setelah mendapat berita
bahawa beliau ditimpa musibah dengan sakit yang agak teruk hingga telah
meng’heret’ tubuhnya untuk ditahan di dalam wad, saya mula mengikuti
perkembangan kesihatan beliau. Akibat keterbatasan berhubungan, saya hanya
dapat tahu serba sedikit dan pernah bertanya khabar.
Yang mengejutkan saya, mulanya saya dapat berita bahawa beliau beransur
pulih meskipun penyakitnya itu sukar untuk diubati berdasarkan post-post beliau
sendiri atau doa sahabat-sahabat lain kepada beliau, tetapi akhirnya berita
tidak diingini juga bertandang di cuping telinga. Walaupun begitu, saya tetap
yakin bahawa ada hikmahnya Allah memanggil beliau dahulu pulang kesisinya
kerana bagi saya arwah adalah orang baik-baik. Mungkin Allah lebih menyayangi
beliau. Moga Allah rahmati beliau di sana….”
(Muhammad Uzair Izham | Tahun 2 Usuluddin | Yarmouk Jordan)
******************
“Abdul Hasseeb bin Abdul Majid. Sepanjang perkenalan, beliau adalah seorang sahabat yg tabah, ceria, tenang serta boleh diharap. Beliau sgt suka mnolong org. Haseeb jgk seorg yg jrg complain jika ada mslah. Namun begitu, Allah lebih syngkan beliau, haseeb. Wlaupun kita x dpt jmpa kat sini, smoga DIA pertemukan kita kat sana.”
“Abdul Hasseeb bin Abdul Majid. Sepanjang perkenalan, beliau adalah seorang sahabat yg tabah, ceria, tenang serta boleh diharap. Beliau sgt suka mnolong org. Haseeb jgk seorg yg jrg complain jika ada mslah. Namun begitu, Allah lebih syngkan beliau, haseeb. Wlaupun kita x dpt jmpa kat sini, smoga DIA pertemukan kita kat sana.”
(Muhammad Hanif bin Ahmad Tarmizi | Tahun 1 | USM-KLE IMP
,INDIA)
*****************
"Hasseeb pada
ana seorang yang agak pendiam tapi bicaranya yg sikit tu sentiasa menghiburkan.
Tak lokek dgn senyuman. Seorang yang selalu ringan tulang membantu shbtnya,
malah sangat rendah hati. Walaupun tak bnyk sgt pengalaman ana dgn beliau, tapi
ana bersaksi bhw beliau seorng shbt yg
ckp baik. Moga Allah tmptkn beliau bersama para muttaqin".~ <3
(Nazeer Mukhlis
bin Zakaria | Tahun 2 | Alexandria University)
*****************
"Sahabat seorang yang berpewatakan tenang, kurang bicara dan murah
dengan senyuman. Pengalaman berhalaqah bersama sudah pasti akan menjadi
kenangan selamanya. Selepas Allah menjemput pulang mas'ul kami Cikgu Desa,
siapa sangka anak halaqahnya pula menyusuli. Moga Allah tempatkan mutarabbi ini
bersama sang murabbinya."
(Syed Zulfaqar Bin Syed Mohd Khair | Tahun 1 | University
of Toronto)
******************
"Beliau merupakan seorang yang sangat prihatin dan rajin membantu kami. Senyumannya sentiasa dipamerkan hari-hari sehingga ke sampai hari ini, ukiran senyuman itu masih segar dalam hati kami. Ya Allah,moga Kau tempatkan sahabatku ini dalam kalangan orang-orang yang beriman yang mendapat perlindungan daripada-Mu di hari akhirat kelak"
(Saiful Islam bin Mohd Fozi | Tahun 2 Dentist | University
of Alexandria)
*******************
*******************
“Sememangnya arwah Hasseb memang seorang yang baik hati. Suka menolong
sahabat yang ketika susah. Dia juga nampak pendiam, tetapi bila berbicara pasti
banyak yang membuatkan ketawa kami pecah. Ketika di MATRI dulu, aku memang
seorang yang agak boros. Dan aku secara sukarela melantik Hasseb sebagai
'menteri kewangan' memandangkan arwah Hasseb memang pakar dalam bab menyimpan
duit. Setiap hari dia akan bagi aku RM1 (duit aku) untuk aku belanja buat makan
supaya aku tak boros. Hmm, pemergian Hasseb memang amat dirasai. Moga Allah SWT
merahmati rohnya & tempatkannya dalam kalangan orang yang soleh. Ameeen!”
Mohamad Fakhruddin Ab Ghani [Pak Din] | Sem 4
Tahun 2 | Dip Pengajian Islam | KISDAR
*******************
"Arwah seorg yg sgt baik dan pemurah. Payah nk tgk dia marah.
Walaupon dia nmpk mcm pendiam tp sebenarnye dia sgt ceria. Dulu saya satu dorm
dan satu kelas dgn dia byk kenangan kami lalui bersama. Ada satu ayat yg dia
sll ulang dan membuatkan saya dan shbt2 lain ketawa 'Macammana? Ada cara dia!'.
Tetapi itu semua hny kenangan. Semoga Allah menempatkan beliau dgn kalangan org
beriman.”
(Abdullah Afifi bin Idris)
(Abdullah Afifi bin Idris)
*******************
“Abdul Hasseeb Bin Abdul Majid.. perwatakannya lebih dikenali dgn seorang yang pendiam, tetapi bilamana bersama sahabat2 terdekat beliau menjadi seorang yang amat ceria dgn senyumannya yang 1000 dlm satu. masih bermain di fikiranku semasa zaman persekolahan dahulu beliau sentiasa tersenyum melayani kerenah sahabat2. sejak lepas SPM sudah lama aku tidak berjumpa dgnnya, tetapi baru2 ini aku dikejutkan dgn berita pemergiannya.
Allah telah memangilnya pergi dahulu, Allah ternyata lebih menyanyanginya. Kadang2 aku terfikir manusia ini akan menghargai sesuatu itu bilamana ianya telah pergi dan hilang buat selama2nya. Moga Ukhwah kita tetap utuh dan teguh sampai akhirat. hargaila ape yg ade di samping kita selagi mana kita mampu bersamanya. andai hidup punca perpisahan, biarla mati menyambungnya semula. Moga Beliau ditempatkan di kalangan orang2 beriman. May Allah Bless Us.”
(Muhammad Anas Hakim Bin Zakaria | Tahun
3 | Diploma Perakaunan UTM, KTD)
********************
“Berukhwah dengannya merupakan pengalaman yang sangat indah. Banyak yang saya pelajari dari beliau. Beliau seorang yang tenang, sedikit bergurau banyak tersenyum, sangat pemurah. Ya Allah, saksikanlah bahawa dia sahabat yang sangat baik. kami cintai beliau ya Allah. Tempatkan dia di syurgaMu tertinggi.”
“Berukhwah dengannya merupakan pengalaman yang sangat indah. Banyak yang saya pelajari dari beliau. Beliau seorang yang tenang, sedikit bergurau banyak tersenyum, sangat pemurah. Ya Allah, saksikanlah bahawa dia sahabat yang sangat baik. kami cintai beliau ya Allah. Tempatkan dia di syurgaMu tertinggi.”
(Ramadhan Lotphi | Persediaan Mesir)
may he rest in peace. dont mind, death is a good reminder
ReplyDeletekeep it up, ayem
Amin. May Allah bless us.
Deletethanks. :)
al-fatihah adikku..
ReplyDeleteJazakillah.
Deleteamin....
ReplyDeleteJazakallah.
DeleteYa Allah,, menitis air mata ana bce article nie.. ya Allah,,ampuni dosa nya .
ReplyDeleteAmin. Perkenankanlah ya Allah.
DeleteِAllahuakhbar..mbca setiap ungkapan dri kalam seorg shbt, cukup mgmbrkan btp eratnya ukhuwwah ntara kalian..Smoga Abdul Haseeb, sahabat kalian ditempatkan dikalangan org2 y dijanjikan-Nya..Smoga kita, hamba Allah y msih lagi diberi nafas pinjaman ini, mneruskn pncrian n mengumpulkan bekalan kita untuk di bawa ke sana kelak..
ReplyDeleteItulah kehidupan. Hari ini kita mendengar pemergian mereka yang pernah kita kongsi segala suka duka. Hari esok, orang lain pula akan mendengar pemergian kita.
DeleteDan kita mengharap agar Allah memilih pintu yang baik buat kita di hujung jalan cerita.
Terima kasih Diya. Moga Allah kasih.
Pelaut Rabbani
Amin..Mudah2an dipermudahkan Allah..(^-^) terima kasih kembali
Delete