Terus teguh di atas jalan kebenaran, kerana kita mahu menjadi yang luar biasa. |
Perubahan pasti akan berlaku. Kadang-kadang, perubahan itu berlaku tanpa kita sedari. Tidak kiralah perubahan pada orang lain atau pada diri kita sendiri.
Ada orang dulu kita benci mereka atas keburukan yang mereka buat, tup… tup.. hari ini kita puji mereka dengan perubahan yang telah mereka lakukan.
Begitu juga dengan diri kita yang mana dahulu lain, hari
ini kita adalah manusia yang lain. Sungguh, perubahan itu berlaku begitu pantas
hingga sebahagian perkara kita tidak mampu mengejarnya.
Namun, Lautan Rabbani tampil kali ini dengan membuka satu
perbincangan kepada para pembaca sekalian. Mengenai perubahan ‘sikap’ yang
ingin dilakukan, tetapi tidak mendapat sokongan manusia terdekat.
Ada orang ingin berubah dari yang merokok nak berhenti
merokok, sekali dipinggirkan kawan-kawan. Maka perubahan itu terbantut.
Ada orang ingin berubah dari yang malas belajar kepada rajin belajar, sekali dipulau ahli rumah yang turut malas belajar. Akhirnya, perubahan tidak kekal lama.
Di bawah ini antara beberapa contoh lain.
Ada orang ingin berubah dari yang malas belajar kepada rajin belajar, sekali dipulau ahli rumah yang turut malas belajar. Akhirnya, perubahan tidak kekal lama.
Di bawah ini antara beberapa contoh lain.
Situasi Pertama : Orang pakai baju, awak pakai langsir.
Dua orang siswi sedang berjalan pulang dari universiti.
Sara : Awak jalanlah cepat sikit. Cuaca panaslah
hari ni. Sambil menarik tangan kawannya.
Mia : Nantilah kejap. Mia tak larat nak jalan
laju-laju.
Sara : Mia, nanti kita singgah kedai ABC kat tepi
jalan tu. Boleh hilangkan dahaga.
Mia : Haha.. lawaklah tengok awak ni.
Mia : Haha.. lawaklah tengok awak ni.
Sara : Kenapa?
Mia : Entah.. nampak lain dari yang lain. Mungkin
sebab tu kot awak panas sangat. Saya rasa tak la panas sangat hari ni. Macam
hari-hari biasa je.
Sara : ……………………..
Mia : Tengok! Kan betul saya kata. Awak sendiri pun macam setuju. Sebelum ni awak takdalah nak pakai macam ni. Sebab tu awak jarang cakap cuaca panas. Sekali dah pakai baju tutup habis… mana tak panasnya. Siap nampak macam langsir bergerak lagi. Huhu.
Mia : Tengok! Kan betul saya kata. Awak sendiri pun macam setuju. Sebelum ni awak takdalah nak pakai macam ni. Sebab tu awak jarang cakap cuaca panas. Sekali dah pakai baju tutup habis… mana tak panasnya. Siap nampak macam langsir bergerak lagi. Huhu.
Sara tersenyum sendiri. Tetapi dalam hati dia terkilan
dengan sikap kawannya. Kerana perubahan yang dibuat dipandang jelik oleh
kawannya.
Sara : Takpalah Mia……….. Sara mendahului Mia
beberapa langkah ke hadapan.
[Tamat]
Situasi Kedua : Orang masak nasi, kau masak bubur.
Hampir setiap malam mereka makan di kedai. Makin lama
duit mereka makin habis. Lalu Mior mengambil keputusan untuk lakukan perubahan
dengan belajar memasak. Bagi mengelak kehabisan duit di pertengahan bulan.
Tambah-tambah mereka adalah perantau di bumi Jordan.
Mursyid : Eh, kau buat apa ni? Apasal tiba-tiba
menangis?
Mior : Aha.. hari ni kau akan makan masakan aku. Tersenyum
kambing.
Mursyid : Maksud kau? Garu kepala yang tidak gatal.
Mursyid : Maksud kau? Garu kepala yang tidak gatal.
Mior : Ni, kau tak nampak aku tengah potong bawang?
Aku nak buat ‘Nasi Ayam Kari Kepala Ikan’. Amacam? Gempak tak?
Mursyid : Hahaha. Nasi ayam kari kepala ikan? Tak
bleh blah gila nama. Takde nama lain ke? Satu lagi, sejak bila kau pandai masak
ni?
Mior : Aha… kau jangan. Setakat Chef Wan tu bukan
mainan aku la. Hahaha.
Mursyid : Ceh. So, malam ni kita tak makan kedai
lah? Kau masak cepat sikit. Dah siap panggil aku.
30 minit kemudian.
30 minit kemudian.
Mursyid : Woi, kau masak apa ni? Ni bukan nasi
ayam bro. Ni bubur lambuk. Aduh! Berat-berat.
Mior : Aku terlabih masukkan air tadi. Tu yang nasi
macam lembik sikit. Sory bro. Hehe.
Mursyid : Hahaha. Bukan macam, memang dah lembik. Aku
dah agak dah. Kau tu memang tak berbakat langsung. Aku tengok cara kau potong
bawang tadi pun dah boleh tau yang kau tak pandai masak. Alamak bro…. Lain kali
tak payah susah-susah masak.
Mior : …………………
Mior diam. Wajahnya menggaris senyuman. Dalam hati dia kecewa, susah-payahnya langsung tidak dihargai. Walaupun dia tahu dia salah.
Mursyid : Dahla.. Apa kau cakap tadi? Nasi ayam
kari kepala ikan? Nah, kau amik nasi ni pi bagi makan ayam. Aku tak selera.
Haha. Aku masuk bilik dulu.
[Tamat]
Akhir : Berubah kerana manusia kita akan kecewa.
Maka apa jalan penyelesaiannya?
Begini. Berubah kerana sesuatu selain Allah kita akan
kecewa.
Berharap pada pujian, tetapi mendapat kejian.
Berharap pada penghargaan, tetapi mendapat sindiran.
Berharap pada penghargaan, tetapi mendapat sindiran.
Sekalipun mendapat pujian mahupun penghargaan, sungguh ia
tidak akan membawa pulangan apa-apa melainkan satu masa kita akan berputus asa
juga.
Sebaliknya perubahan yang dilakukan bersungguh-sungguh
kerana Allah, maka kita akan menemui satu jalan kepuasan yang tidak terhingga.
Bahkan kita percaya bahawa berubah kerana Allah, pastinya akan dipandang setiap
usaha yang dilakukan. Kita tidak akan merasa rugi.
Jadi, ayuh sama-sama kita berubah.!
Jadi, ayuh sama-sama kita berubah.!
Dari yang tidak baik kepada baik. Dari yang
baik kepada yang lebih baik. Dari yang lebih baik kepada
yang lebih-lebih baik. Biarpun perubahan kita mendapat tentangan,
mendapat perlian, mendapat kejian, tapi Allah ada untuk pandang kita. Ikhlaskan
niat bersama.
Tidak kiralah perubahan dari sudut apa pun, yang penting
biarlah perubahan itu mendapat redha Allah.
Barulah kita akan senang hati dengan perubahan yang kita lakukan.Hingga satu tahap, kita akan kata begini kepada mereka.
Barulah kita akan senang hati dengan perubahan yang kita lakukan.Hingga satu tahap, kita akan kata begini kepada mereka.
“Lu sapa Mau Halang Gua?”
Sekian,
Pelaut Rabbani,
Irbid Jordan.
Sekian,
Pelaut Rabbani,
Irbid Jordan.
Lu langsi, lu mati ! >.<
ReplyDeleteLu sapa mahu halang gua? Hoyeahh!
ReplyDeletetnpa sedar kita menyakiti hati org2 disekeliling....
ReplyDeleteItu antara kesannya juga.
DeleteSilap cara sangat memedihkan. :)
Mesti rasa kecewakan...
ReplyDeleteKalau terjadi kat kakain mahu rasa nk nangiss
Maka, perlulah cekalkan hati. :)
DeleteTerima kasih kak ain sudi tinggal jejak di sini.
salam ziarah kembali.
ReplyDeletealhamdulillah, masih bertatih dlm dunia bertinta, dan nampaknya saudara ialah senior.. insyaAllah, sama-sama menyebarkan manfaatnya :)
Ops.. Ok. Terima kasih.
DeleteHati-hati berjalan pulang. :D