Aku sayang kamu sahabat. :'(
Aku tidak tahu
dimana salahnya,
aku tidak pasti apa sebabnya,
sedangkan sebelum ini semuanya ok saja,
aku tidak pasti apa sebabnya,
sedangkan sebelum ini semuanya ok saja,
tapi hari ini
dunia seakan hilang serinya.
Aku cuba untuk
berbaik sangka,
yang hari ini seperti
hari-hari biasa,
namun hati tidak
bisa berdusta,
sekalipun lidah menipu kata.
sekalipun lidah menipu kata.
Ketahuilah sahabat
hari ini aku teringat cerita kita,
cerita kita senang bersama,
cerita kita senang bersama,
cerita kita
bersama gembira,
cerita kita bergaduh
sengketa,
cerita kita
bermasam muka,
dan kini semua itu
kembali menusub jiwa.
Oh sahabat.
Cerita kita
bukanlah selamanya manis,
adakala kita
bertikam lidah jua,
adakala kita
terpaksa akur yang kita manusia.
Pasti ada yang tidak
kena,
bukan selamanya sama,
bukan selamanya sama,
ada juga perbezaannya,
dan perbezaan itu banyak mengeratkan kita.
Hari ini tertumpah
juga air mata di perantauan,
khusus buatmu
sahabat tercinta,
dengan pemergianmu
meninggalkan aku dan teman,
tanpa sempat kita
bersua,
walau di
penghujung detik-detik kehidupan.
Moga di sana,
menjadikan kesenangan dan kerehatan sebagai pengganti kami,
demi harapan dan doa,
menjadikan kesenangan dan kerehatan sebagai pengganti kami,
demi harapan dan doa,
buatmu sahabat
selamanya.
Sekian,
Pelaut Rabbani.
Perantauan di Jordan.
Pelaut Rabbani.
Perantauan di Jordan.
Hari ini saya
mengenangkan pemergian seorang sahabat yang baik dalam kehidupan saya. Meninggal
kerana mengidap kanser.
[Allahyarham Abdul Hasseeb bin
Abdul Majid]
Dia pendiam, tapi
diam dia berisi. Dia bergurau, tapi gurauannya memecah suasana sunyi. Sungguh,
dia antara sahabat yang banyak membantu saya dahulu.
Arwah adalah satu-satunya sahabat dari batch kami yang telah pergi mengadap Ilahi.
Arwah adalah satu-satunya sahabat dari batch kami yang telah pergi mengadap Ilahi.
Buat
sahabat-sahabat pembaca sekalian, jangan lupa mndoakan sahabat saya ini.
Moga –moga ada doa dalam kalangan kita yang dimakbulkan Allah lalu memberi kebaikan buat sahabat yang saya kasihi ini.
Jemput singgah juga di sini : Bicara Hati Dari Papan Kunci
Moga –moga ada doa dalam kalangan kita yang dimakbulkan Allah lalu memberi kebaikan buat sahabat yang saya kasihi ini.
Jemput singgah juga di sini : Bicara Hati Dari Papan Kunci
Allahummaghfirlahu warhamhu wa'afihi wa'fuanhu.
ReplyDeleteAl-Fatihah. :'(
Amin ya Rab. :'(
Deletesemuga allahyarham dicucuri rahmat...
ReplyDeleteAl-Fatihah...
- Manan Qayyim -
Amin. Terima kasih MQ.
Deletehaseeb dia baik sgt...Al-Fatihah untuk arwah.
ReplyDeleteYa. Dia antara yg terbaik.
DeleteMoga kita juga mampu menjadi terbaik sepertinya.
Ya Allah ampunilah Dosa semasa dia hidup, Rahmatilah dia di sana,..
ReplyDeleteTempatkanlah beliau bersama2 org yang soleh.....
Sahabat penghilang duka....
Amin. Moga Allah mmberi kita kekuatan utk meneruskan kehidupan.
ReplyDeleteAyuh bersiap, kerana kita juga bakal mengikuti jejak langkah itu.
Terima kasih semua diatas ingatan semua sahabat-sahabat kepada allahyarham,alhamdullillah. Sama-sama kita doakan agar Allah merahmati rohnya dan meletakkan allahyarham bersama-sama orang yang beriman dan dikalangan solihin. Insyaallah. Daripada Hj.Abd. Majid bin Abd. Razak ( bapa kepada allahyarham Abd. Hasseeb Bin Abd. Majid ) yang terasa sangat diatas kehilangan beliau.
ReplyDeleteSama-sama pakcik. Kami juga turut merasai sangat kehilangan beliau. Pemergian beliau ternyata banyak impak dan kesan kepada kami sahabat-sahabatnya.
DeleteTakziah pakcik. Moga Allah memberanikan hikmah yang baik-baik buat pakcik sekeluarga. Ya Allah, kuatkanlah keluarga ini. Amin.
Sahabat Arwah,
Pelaut Rabbani.
Moga kasih Allah bersamaNya..
ReplyDeleteAmin. Terima kasih.
Delete