Berbunga-bunga biar bertempat. =) |
Lumrah dalam kehidupan ini, kita suka kepada mencintai dan
dicintai. Biar sejauh manapun kita bergerak, kita tidak bisa lari dari memenuhi
keperluan rasa hati iaitu berhajat kepada hati yang berbunga-bunga.
Inilah fitrah kehidupan. Agak ajaib dan pelik jika ada yang mengatakan bahawa kita tidak sehaluan dengan rasa kasih dan cinta.
Inilah fitrah kehidupan. Agak ajaib dan pelik jika ada yang mengatakan bahawa kita tidak sehaluan dengan rasa kasih dan cinta.
Mengatakan kehidupan ini adalah jalur-jalur kebencian
semata-mata. Tidak ada langsung warna-warni ceria dan gembira. Apatah lagi
sinar-sinar yang membahagia. Sungguh, manusia seperti ini layak tinggal di
dalam gua.
Rasa ingin bercinta dan ingin dicintai itu bukan nanti cukup umur. Bukan nanti masuk universiti. Bukan nanti fly ke oversea. Bukan nanti makan nasi minyak di siang hari. Tetapi perasaan itu seakan wujud dalam diri kita, bermula sejak pertama kali kita bernafas di alam ini.

Cinta. Sebuah rasa hati dan mainan jiwa yang ramai
terkandas dengannya.
Cinta itu suci lagi bersih. Sebaliknya ada tangan-tangan
illusi yang cuba bermain dengan cinta tanpa mengikut syariat, maka cinta yang
suci tersebut mampu menghancurkan si pemilik tangan.
Cinta itu putih lagi jernih. Sebaliknya ada mata-mata kejahatan yang memandangnya dengan pandangan songsang, maka cinta itu tadi langsung tidak membawa ke arah serinya bait-bait kehidupan.
Ya, ramai orang ingin bercinta. Hinggakan realiti, budak sekolah rendah pun sudah pandai bermain perasaan jiwa. Tetapi sayang, kenapa cinta yang berputik itu banyak memusnahkan? Apakah kerana sumpahan cinta yang dikatakan berhantu? Atau kita belum cukup matang untuk bermain dengan cinta?

Situasi pertama : Izinkan saya sentuh awak demi cinta
Sebuah pondok di taman bunga.
Jejaka : Masuk hari ini rupanya dah genap setahun
kita couple. Terima kasih awak sebab sudi setia dengan saya.
Gadis : Eh, dah setahun kita couple eh? Macam tak
percaya plak. Ingat lagi waktu mula-mula awak nak tackle saya dulu. Awak kata
nak pinjam buku, padahal waktu pulangkan.. awak letakkan ‘note minta nak kawan’.
Hehe.
Jejaka : Huhu. Punyalah susah tyem tu. Tapi saya yakin yang awak akan sudi berkawan dengan saya kalau saya ikhlas.
Gadis : Awak, dalam hidup ini belum pernah saya keluar dengan lelaki yang tidak ada hubungan keluarga. Tapi bila saya keluar dengan awak, saya rasa diri saya selamat. Awak tidak pernah buat yang bukan-bukan pada saya. Awak selalu buat saya happy. Terima kasih awak.

Jejaka : Tidak ada hari-hari yang membahagiakan
dalam hidup saya melainkan melihat awak bahagia. Dan saya berjanji pada awak,
saya akan terus membuatkan awak bahagia selama-lamanya.
Si gadis benar-benar terharu. Kepercayaannya kepada si
jejaka benar-benar melangit tinggi.
Jejaka : Sebenarnya, saya ajak awak keluar petang
ni sebab nak bagi something special kat awak. Ini.. Terimalah..
Gadis : Eh, apa ni awak? Cantiiknya. Owh, patutlah tak bagi saya pakai jam tangan, sebab awak nak bagi yang baru rupanya. Mesti mahal kan? Ya Allah, bestnya..
Gadis : Eh, apa ni awak? Cantiiknya. Owh, patutlah tak bagi saya pakai jam tangan, sebab awak nak bagi yang baru rupanya. Mesti mahal kan? Ya Allah, bestnya..
Jejaka : Tidak ada yang lebih mahal daripada
melihat awak tersenyum bahagia bersama saya. Tanda cinta saya, biar saya pakaikan
jam ini di tangan awak. Bleh ya?
Gadis : Tapi…. Awak janji awak takkan sentuh saya. Dan itukan perjanjian kita dulu?
Jejaka : Hmm.. itu dulu. Waktu kita mula-mula couple. Hari ini kan dah setahun kita couple. Sebelum ni pun mana pernah saya sentuh awak. Saya just nak pakaikan jam ini. Tapi takpalah kalau dah awak tak sudi.
Si jejaka menarik muka sepuluh sen. Kononnya merajuk . Si gadis mula rasa bersalah.
Gadis : Ala… awak. Janganlah macam tu. Hmm.. klah. Demi cinta saya pada awak, saya percayakan awak.

Tangan dihulurkan tanda rela. Si jejaka tersenyum seronok.
[Tamat]
Situasi kedua : Saya mahu ikut awak demi cinta
Samsung Galaxy berdering. Tertera nama seorang jejaka
bernama Irfan. Si gadis lalu menjawab panggilan.
Jejaka : Hello awak. Dah makan?
Gadis : Dah. Tadi daddy belikan satay. Awak dah
makan?
Jejaka : Saya tak lalu nak makan. Menanti-nanti
jawapan daripada awak. Macam mana? Dah tanya parent awak tentang hubungan kita?
Gadis : Laa… janganlah sampai tak lalu makan. Nanti awak sakit, saya gak yang risaukan awak. Tadi saya dah tanya mama dan daddy, mereka macam dah ada calon pilihan untuk saya. Macam mana ni?
Gadis : Laa… janganlah sampai tak lalu makan. Nanti awak sakit, saya gak yang risaukan awak. Tadi saya dah tanya mama dan daddy, mereka macam dah ada calon pilihan untuk saya. Macam mana ni?
Jejaka : Hah! Calon pilihan? Habis tu, saya macam
mana? Awak takkan tinggalkan saya kan?
Gadis : Saya cintakan awak sangat-sangat. Dah lama
kita kawan, mana boleh saya tinggalkan awak.
Jejaka : Awak kena janji dengan saya yang awak takkan kahwin dengan lelaki pilihan parent awak tu. Saya tak boleh terima hakikat yang awak akan bersama dengan orang lain selain saya.
Jejaka : Awak kena janji dengan saya yang awak takkan kahwin dengan lelaki pilihan parent awak tu. Saya tak boleh terima hakikat yang awak akan bersama dengan orang lain selain saya.
Gadis : Awak janganlah risau. Awak dah banyak
berkorban untuk saya, mungkin kali ni Allah nak saya berkorban plak untuk awak.
Si jejaka senang hati dengan jawapan itu.
Jejaka : Terima kasih awak. Sejuk hati saya dengar jawapan awak. Saya ingat, kalau tidak ada cara lain.. awak terpaksa tinggalkan keluarga awak. Kita kahwin tanpa pengetahuan mereka. Apa pendapat awak?
Gadis : Hah? Takkan sampai macam tu? Saya sayang awak dan saya juga sayang mereka. Mana boleh saya tinggalkan mereka.

Jejaka : Saya series. Mungkin itu sahaja yang
terbaik untuk hubungan kita. Saya tak mahu kehilangan awak. Jadi, awak terpaksa
buat pilihan. Saya atau keluarga awak?
Gadis : ………………………
Jejaka : Hello? awak? Hello…
Gadis : Saya ada kat sini. Saya tengah fikir apa yang awak cakap tu.
Jejaka : Jangan fikir-fikir lagi. Awak perlu ikut saya jugak. Hari tu awak kata awak sanggup buat apa saja demi cinta. Mana buktinya? Mila? Mana buktinya?
Gadis : Klah.. Klah.. saya ikut awak.

Akhir : Ditipu cinta depan mata
Rata-rata yang bercinta tidak buta matanya. Tetapi kenapa
yang bercinta itu mudah jatuh dan tersasar hala tujunya?
Rata-rata yang bercinta celik pandai orangnya. Tetapi kenapa yang bercinta itu tidak menemui bahagia di penghujung kisah cerita?
Rata yang bercinta itu baik-baik orangnya. Tetapi kenapa yang bercinta itu memilih untuk menjadi manusia yang dianggap sampah di mata dunia?

Apakah salah cinta? Tidak!
Tetapi kita yang bercinta di atas jalan yang salah. Cinta yang bersih kita warnainya dengan keseronokan hawa, maka manisnya kita kunyah umpama racun yang berbisa. Cinta yang jernih kita selaminya dengan niat mengikut nafsu binasa, maka nikmatnya kita telan umpama api yang digenggam sehingga terbakar.

Dan last kita tidak akan berjumpa kesenangan dan kebaikan
pada pengakhiran, sebaliknya kita menemui kesusahan dan keperitan yang amat
memedihkan.
So, andai kata cinta..... dengan cara itukah untuk buktikan?!
Klik Juga di sini : Korban Cinta Balasan Syurga
Sekian,
Pelaut Rabbani.
Irbid, Jordan
cinta itu buta....
ReplyDeletebuta kerana cinta....
cinta kerana dunia....
itu lah padahnya..
cinta itu wangi...
Deletewangi kerana suci..
bila dapat redha Ilahi..
Itulah hikmahnya. Terima kasih atas komennya. :)
Hmm entry yang bagus bro. Speechless saya tak tahu nak komen apa. Tapi serius memang entry yang bagus. :)
ReplyDeleteCinta itu sepatutnya yang membawa kepada kebaikan. Yang mendatangkan keburukan bukan cinta.
cinta itu cahaya sanubari
ReplyDeletekurniaan Tuhan fitrah insani
dan di mana terciptalah cinta
di situ rindu bermula
cinta itu tak pernah meminta
tetapi memberi sepenuh rela
rasa bahagia biarpun sengsara
berkorban segala-gala
semua kerana cinta
yang pahit manis di rasa
menghibur nestapa
merawat duka
damai di jiwa
terpadamlah api benci permusuhan
terjalinlah kasih sayang begitulah cinta
yang diidamkan tanpa nafsu yang mencemarkan
dan jangan kita pula
kerana bercinta kita pun leka
dan jangan pula kerana bercinta
tergadai semua maruah agama
cinta yang sejati
hanya cintakan illahi
cinta ayah bonda
tulus suci selamanya
cintakan saudara
hanya sementara
serta sesama insan
suburkan dengan ketakwaan..
Terima kasih azlen.
DeleteAda makna insyaAllah. =D
azlen~puitis nya enti.. suka baca..^^
ReplyDeleteItu lirik lagulah akak.
DeleteSmart kan? :)
hik3..akak xtau..lagu apa ek?
DeleteKerana Cinta. Kump Inteam. =)
DeleteP.E.L.I.K dan J.E.L.I.K
ReplyDeleteSeries?
Deleteseries x pelik, apatah lagi jelik ^^
ReplyDeletekeep on moving, insha Allah ada cara, ada makna
Ops.. apa khbar org jauh.
DeleteTerima kasih sudi meninggalkan jejak di sini.
Moga Allah kasih.
alhamdulillah, semoga bermanfaat...
ReplyDeleteanda sangat pandai bermain dengan kata-kata...
setiap bait kata sarat dengan makna...^^
Hanya mampu berusaha. :)
Deletebagus lah dgn artikel nie
ReplyDeleteayat2 yg tersusun cntik
Alhamdulillah.. kena byk belajar lagi ni dgn sheikh nik kita. =)
DeleteHmm, bila baca entri ni, jelik tengok situasi ni tapi semoga Allah hindarkan kita semua daripada terjebak dengan cinta mcm ni.. n sorry coz i'm anonymous sbb mls doe nak bukak akaun ==' and sorry too sbb baru baca post ni this year.. :D tahu pasal vlogger qawiem khairi pun tahun ni ^^ btw keep it up with your dakwah..
ReplyDeletep/s muka qawiem khairi familiar (pernah nampak) =/