Wednesday, July 25, 2012

8
Komen
~ Ramadhan di Jordan ~


Yakinlah bulan yang mulia ini adlh bonus buat kita. :)


Alhamdulillah. Hari ini sudah masuk hari yang ke-enam saya berpuasa di Bumi Jordan. Satu pengalaman yang sangat berharga buat diri ini. Sayu rasa hati, terharu rasa di jiwa dengan pemilihan Allah ke atas diri ini.

Kadang-kadang saya mengimbau kembali zaman kanak-kanak. Teringat juga zaman remaja di sekolah menengah. Rata-rata yang saya jumpa ustaz-ustaz mahupun abang-abang yang menyambung pengajian di Timur Tengah selalu menceritakan perihal Ramadhan di tempat mereka..

Tidak kira di Mesir, Madinah, Mekah, Syria apatah lagi di tempat saya sekarang iaitu Jordan. Menyebabkan sebelum saya tiba di bumi Jordan lagi, saya sudah menyimpan impian untuk melihat bagaimana tetamu mulia ini disambut oleh orang Arab.

Nyata, pengharapan saya tidak sia-sia. Bahkan, cerita-cerita yang mereka sampaikan dahulu, benar-benar belaka. Tersenyum sendiri. Mengangguk dan mengiakan segalanya.

Dan apa yang diceritakan tatkala saya masih di bangku sekolah dahulu, sekarang saya sudah laluinya. Series teruja

Satu perkara yang saya suka buat apabila tiba di negara orang adalah memerhati. Rasanya semua orang begitu.

Kesannya, kita akan banyak belajar budaya hidup mereka terutama tentang bagaimana cara mereka menyambut Ramadhan yang sedang kita bicarakan sekarang.

Sungguh, orang Arab kebanyakannya memang memandang tinggi terhadap bulan yang mulia ini. Sambutan mereka terhadap bulan Ramadhan nyata mewujudkan suasana yang soleh.

Solat di tepi jalan itu biasa. Quran dibaca di mana-mana itu biasa. Biji tasbih sentiasa bermain di tangan itu biasa. Saling doa - mendoakan antara satu sama lain juga biasa. Dan Malaysia, masih jauh juga budaya ini di negara kita.

InsyaAllah, kalau Allah izin.. nanti saya akan buat satu Vlog berkenaan perbezaan ini. Nantikan !

Jangan salah sangka, suasana yang tidak soleh itu tetap ada.  Tinggal, segelintir cuma.


Qawiem Khairi | Semangat bergambar sebelum berbuka puasa. Haha. ^_^

Tadi saya ada berborak dengan seorang kawan dalam bilik kuliyah. Umurnya sebaya. Orangnya sentiasa menjaga penampilan. Tetapi sayang, kerap merokok.

“Kau puasa hari ini ?” Dia memulakan perbualan.

“InsyaAllah. Setiap hari dalam bulan ramadhan aku puasa.” Saya membalas.

“Bagus-bagus.”


“Kau tak merokok hari ni?” Giliran saya pula mengajukan soalan.

“Aku merokok lepas maghrib.”

“Kak rasa merokok tu baik untuk kesihatan tak?” Saja nak test soalan panas.

“Tak.” Dia menggeleng.

“Jadi, kenapa kau merokok? Kalau dah tahu bahaya untuk kesihatan. Aku dulu merokok juga waktu kecil sebab masa tu tak tahu apa-apa. Tapi aku merokok guna kertas.”

Panjang saya membalas. Walaupun saya cakap tak berapa lancar. Biasalah, cakap dalam bahasa Arab kot. Tapi dia faham kira oklah. Haha.

“Aku merokok sebab ketagih.” Jawapannya pendek. Terus saya terfikir sesuatu.

Saya setuju bila dia kata dia ketagih. Sebab banyak orang arab yang seusia dengan saya di Jordan lazimnya merokok. Tapi, hebatnya bulan Ramdhan sebagai bulan mulia.. mampu menyekat kemahuan perokok-perokok tegar untuk beraksi di siang hari.

Series sekarang bila saya pergi universiti sudah tidak bau asap rokok.

Kesannya, muncullah status-status di FB dari pelajar Malaysia yang belajar di Jordan dengan mengatakan bahawa udara di universiti lebih sihat berbanding sebelum datangnya Ramadhan.

Dan satu benda yang menarik, saya lihat di Jordan mereka menyambut kedatangan Ramadhan macam kita sambut Hari Raya. Jadi, tak pelik bila orang arab memasang lampu kelip-kelip di halaman rumah dan balkoni bermula awal Ramadhan.

Ya Allah, harmoninya Ramadhan kalau begitulah sambutannya di Malaysia. Tapi, saya sentiasa yakin dan percaya, usaha-usaha untuk mengharmoni dan menyuburkan hari-hari dalam bulan Ramadhan di negara kita tetap juga ada. Setuju ? Itu yang kita puji.

Hmm.. InsyaAllah, mungkin sampai di sini sahaja coretannya. Masih ada banyak lagi cerita perihal Ramadhan di Bumi Jordan. Nanti saya sambung di next episod. Kalau ada segala persoalan, boleh tinggal di ruang komentar.

Saya akan masukkan sekali jawapannya di next episod.

“ Entah kenapa dua tiga hari ni asyik teringat Char Koteaw. Haha.. berat nanang. “

Chekitdout  !


Sekian,
Pelaut Rabbani,
Irbid Jordan.



8 comments:

  1. Kalau merokok sama saja kat sini. Walaupun boleh bertahan waktu siang tapi bila masuk maghrib berasap semula. semalam saya meraikan seorang ustaz selepas beri tazkirah ramadan. selepas makan secara diam-diam dia bawa keluar rokoknya. Macammana tu?
    Teruskan berpuasa dinegara orang, banyak pengalaman banyak pula pahalanya. Kullu am wa antum bilkhair.

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah. jazakallah ust utk kata2 smgt.
      terkejut bila ust komen di sini.

      Moga Allah rahmati. ^_^

      Delete
  2. Allahuakhbar...Subhanallah...

    ReplyDelete
  3. kat sana ada bazar ramadhan cam kat malaysia dak? yang penuh sesak, tak kira laki pmpuan berlaga bahu.. heh!

    Char Koteaw pulak dahhhhh... Hari tu murtabak ayam... eemmm..
    sat lagi akak p beli ek.. ahha..! ^__^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sini takdalah bazar macam Msia.
      bagus juga, boleh jimat duit. Kui3.

      Haha. Kat sini, boleh tgk gambar jalah.
      Sedih kan? ^_^

      Delete
  4. heheh merokok guna kertas dkat belakang rumah .
    kenangan kenangan HAHA :D

    ReplyDelete