Saturday, July 21, 2012

11
Komen
~ Ramadhan Kareem ~


Kullu Am Wa Antum Bikhair. ^_^

Ramadhan itu sudah berkunjung tiba.

Kita bukan berada dalam bulatan mainan lagi. Kita bukan berada dalam impian dan angan-angan lagi.

Semuanya telah kita tempuhi. Maka, bersempena di awal bulan Ramadhan ini, saya ingin mengucapkan Selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak.

Juga meminta maaf kepada semua sama ada kepada rakan-rakan blogger, silence reader, serta tetamu-tetamu yang seringkali menjengah ke laman ini.

Tidak dilupakan juga buat kedua ibu bapa yang disayangi seikhlas jiwa, adik-beradik yang dikasihi, warga 15 generations, warga pelajar Malaysia di Jordan, warga family keArah perlis, sanak-saudara yang mengenali diri ini, dan tidak dilupakan juga buat ANDA

Apa yang kita harapkan, bulan Ramadhan yang menjelma ini mampu memberi impak positif kepada kita untuk berubah dan terus berubah menjadi yang lebih baik.

Anggaplah Ramadhan yang kita tempuhi pada tahun ini sebagai Ramadhan yang terakhir.

Motivasi mengingatkan, dekatnya hari kematian akan menjadikan kita serius beramal ibadah dan serius berbuat kebajikan sebanyak-banyaknya.

Andai umur masih sempat melangkau Syawal, syukurlah banyak-banyak di atas usia bonus ini. Mudah-mudahan berkat didikan 'madrasah' Ramadhan, kita kembali menjadi baik seiring membentuk peribadi muslim. Amin.

"Ada sapa-sapa boleh tolong 'post'kan Murtabak Ayam ke Jordan? Kempunan kot. Heh !"


Terima kasih.
Pelaut Rabbani.
Irbid Jordan.



11 comments:

  1. As salam Perantau Jordan,

    Allahu Akram...:)

    Selamat menunaikan ibadah puasa & semoga bergembira mengutip pahala yang bertaburan pd bulan yang mulia ini...insya'ALLAH...

    Salam ukhuwah dari bumi Peru...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam.

      InsyaAllah. Terima kasih kak. ^_^

      Delete
  2. assalammualaikum

    salam ramadhan al-Mubarak.


    -hanya boleh "post"kan gambar.

    sekarang dah boleh buat murtabak dgn mudah iaitu "murtabak mee segera".boleh search google untuk resepinya.sangat mudah dan ringkas.rasanya sedap juga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam.

      Haha. Post gambar.
      Murtabak mee segera? Macam menarik. :)

      Delete
    2. menarik..nk sedap letak daging cincang lebih..boleh cri resipinya di pak Google.

      tips:mgoreng jgn trlalu byk minyak.goreng mcm goreng telur.dlm 2sudu minyak.

      Delete
  3. semoga Ramadhan kali ini menjadikan kita ke arah yang lebih baik & TERBAIK..!!!

    p/s~ummi baru ja p beli MURTABAKKKK AYAM(opss ter'caps lock') ^_^ ahha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin.

      Hahaha. Ter'caps lock'? Tp kenapa ejaan 'murtabak' tu letak 4x 'K'?
      Kirim salam dkt ummi. :)

      Delete
    2. 4x K tu sebab tertekan lama..kekekeke.. Ummi cakap kem salam je?? kem la buah kurma dr jordan ka..ahha! so ummi pon kem salam balik la..xdapat nk kem murtabak ayam.. ^_^

      Delete
    3. Waalaikumsalam.
      Haha.. segan bila ummi kata mcm tu.. ^^

      Delete