Thursday, February 9, 2012

12
Komen
~ Kembali Bernyawa [Eps. 3] ~

Kedudukan itu masih samar-samar. Yang sebenarnya siapa?


Dalam bilik pengetua.


Pengetua : Kenapa diam?! Jawab soalan saya!

Meja guru di hadapan Amir ditepuk kuat.

Amir : Cikgu, bukan saya yang buat. Saya tak tahu apa-apa pasal ni.

Pengetua : Saya dengar kamu ada bergaduh dengan sorang pelajar baru tadi?

Amir : Hmm..

Amir mengangguk.

Pengetua : Amir, kamu tu pengawas. Ketua pelajar lagi kat sekolah ni. Semua orang kenal kamu. Apa kamu buat, melambangkan sama ada layak atau tak jawatan yang kamu pegang. Sekarang, bagitau cikgu betul-betul. Kamu yang pecahkan cermin kereta Cikgu Mariani kan?

Amir : Cikgu, maafkan saya sebab bergaduh tu. Tapi, saya berani bersumpah bukan saya yang pecahkan.

Pengetua : Habih tu, camna dompet kamu boleh ada tepi kereta Cikgu Mariani??

Amir : ………………………………..

Tiba-tiba, Amir teringat sesuatu.


[Fashback]

Dalam kelas. Ketika subjek Add Math. Cikgu Asmah tidak dapat hadir ke sekolah sebab kurang sihat.


Sham : Amir! Bila kau nak bayar hutang aku? Aku tengah pokai ni.

Amir : Walawei…. bila masa yang aku hutang kau? Cemat sikit.

Sham : Agak-agakla. Yang aku bagi $10 sebab kau nak topup hari tu? Kau kata nak kol Nadia kalau tak silap.

Amir : Owh.. betul-betul. Bila kau sebut nama Nadia, baru aku ingat. Hoho…

Amir mengeluarkan dompetnya dari poket seluar. Untuk membayar hutang Sham. Salah seorang Geng Power Rangers biru.

Sham : Macam tulah kawan. Bila ada hutang, bayar balik. Hehe. Eh Mir, mulut kau tu berdarah balik!

Amir : Ha? banyak? Ni kerja budak baru si Irfan tula. Memang nak kena sidai dengan aku tak pasal. Tunggu! Aku pi tandas nak basuh jap.

Dompet berjenama Adidas masih di atas meja tanpa disedarinya.

[Flashback tamat]


Amir : Saya baru ingat cikgu. Saya ada tertinggal dompet atas meja tadi.

Pengetua : So.........?

Tapi, siapa yang jadikan aku kambing hitam? Irfan??

----------------------

Di Tempat Tunggu Bas.


Irfan : ……………

Fahmi : Kenapa yang kau diam ja ni?

Irfan : Aku tengah pikir pasal kereta Cikgu Marianilah. Sapa yang pecahkan cermin tu?

Fahmi : Hahaha… kenapa kau tanya soalan yang kau dah tau?

Irfan : Maksud kau?

Fahmi : Kau tanyalah diri sendiri. Aku rasa apa yang kau buat ni, macam tak patutla bro. Kesian pulak aku tengok Cikgu Mariani tadi. Kalau nak balas dendam sebab kena marah pun, balasla cara lain.

Irfan : Jadi, kau maksudkan akulah yang pecahkan? Bukan bro. Bukan aku. Aku rasa macam ada orang yang ketiga antara aku dan Amir.

Fahmi : Orang ketiga apanya? Kalau dah bukan engkau, Amirlah. Siap ada budak jumpa dompet dia lagi kat situ. Pelik jugak. Kenapa dia sanggup pecahkan? Bila tengok balik, dia macam nak kenakan kau ja.

Irfan : Aku tak rasa Amir. Dan aku yakin bukan Amir. Dia mangsa keadaan.

Fahmi : Hah? Weh irfan! Kenapa tiba-tiba kau baik sangka dengan si Amir tu pulak? Kau jangan lupa. Dia tu banyak urat tak puas hati dengan kau. Habih tu, kalau bukan kau dan dia? Sapa lagi??

Irfan : Hmm…..

Irfan diam panjang. Lalu dia bermonolog sendiri.

Irfan : Aku rasa……………. Kau! Kau FAHMI! *


--------------------------



12 comments:

  1. Fuh..suspen rasa nk tggu next episod..(",)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan lepaskan episod yang akan datang. (",)

      Delete
  2. jap2 x faham la knape si Irfan tu ingat si Fahmi yg buat,,,bkn ke die yg bwat,,,statement die `kalau aku sakit orang lain mesti sakit' mennjkkn dye yg lakukn semua nie,,,

    saya tertunggu episod seterusnya,,,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Persoalan ni akan terungkai di Episod 4. :D

      Delete
  3. kalau dah dia bermonolog sebegitu, takkan la dia pulak yang buat :)

    ReplyDelete
  4. Wah Dasyatttt..ok menanti episod akan datang. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tudia nama.. Panglima Bulan. Hebat2.

      Trima kasih ya. :D

      Delete
  5. Salam ziarah.
    Penulis baru berjinak dalam dunia blogging.
    Jemput baca artikel baru.
    Law kana bainana. =)

    ReplyDelete
  6. Assalammualaikum qawiem..heheeh ,semua ada berapa episod cerita?? hehehe jom p episod last terus la..suspen la.. ^^ sdg menantikan episod akan dtg.. :) <3

    ~Sabirah Ali~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada berapa episod semuanya?

      Irfan pun tak tahu. :)
      Nantikan.

      Delete