Jalan yang panjang, perlu ada sasaran. Demi kejayaan di hujung jalan. |
Satu benda yang kita sabar untuk menghasilkannya, pasti
kita akan merasai manisnya kesukaran itu.
Satu benda yang kita positif untuk melaluinya, pasti kita akan bahagia menerima kejayaan selepas itu.
Satu benda yang kita positif untuk melaluinya, pasti kita akan bahagia menerima kejayaan selepas itu.
Saya tidak punya banyak contoh, tapi satu benda yang
boleh saya cerita adalah mengenai Vlog yang saya hasilkan.
Bagi yang belum tahu, sebenarnya sebelum ini saya ada hasilkan satu vlog (Video). Ala-ala matluthfi, anwarhadi, aiman azlan dan lain-lain. Tinggal, tidaklah sambutannya menggalakkan seperti video-video mereka. Hoho.

Kadang-kadang kebaikan yang kita ingin lakukan tidak
semua mendapat tentangan. Ada masa kita melalui lorong-lorong kebaikan itu
tanpa ada yang datang untuk menyusahkan.
Tetapi masalahnya, kita tidak berani mengambil risiko
dengan alasan ‘mulut orang’.
“Eh, tak beranilah aku nak buat semua ni. Nanti apa
mereka cakap?”
“Takutlah aku. Nanti orang marah.”
“Tak maulah aku buat benda alah ni. Nanti orang ejek.”
“Takutlah aku. Nanti orang marah.”
“Tak maulah aku buat benda alah ni. Nanti orang ejek.”
Sedangkan, kita
belum lagi buat. Kita belum mulakan lagi. Terus-menerus kita menghukum kebaikan
yang suci itu dengan menuduh manusia sekeliling tidak akan menerimanya.
Maka, kita hanya seronok berteduh di bawah pokok yang akarnya sudah mati. Kita rasa selesa berteduh di situ. Rupa-rupanya pokok itu hanya tunggu masa untuk tumbang. Dan itulah kesilapan yang perlu kita bergerak untuk menjauhinya.

Balik kepada point asal, inilah yang saya rasakan.
Semenjak vlog sulung saya diterbitkan dengan tema Support The Change hinggalah ke detik ini, belum ada lagi yang datang dengan hamburan kata-kata sinis.
Belum ada lagi yang jumpa saya lalu memandang jelek dan sebagainya.
Sebaliknya mereka mendatangkan pelbagai macam sokongan.
Pelbagai macam pesanan. Pelbagai macam teguran untuk pembaikan. Semuanya dengan
harapan apa yang saya buat ini tidak berhenti tetapi diteruskan.
Tak pastilah kalau mereka bersikap demekian kerana terkesan dengan tema yang saya bawakan. Kalau betul, Alhamdulillah.
Entah kenapa saya sangat berpuas hati dengan vlog sulung
tersebut. Sedangkan sewaktu proses peng’edit’an, banyak sangat kesilapannya.
Banyak sangat kesukarannya. Hingga terdetik ketika itu di dalam hati, ‘kenapa
malang sangat hari ini’.
Mungkin Allah nak suruh saya belajar sesuatu. Nak buat benda yang besar, bukan dengan hanya berkata di mulut. Suka-suka kemudian jadi.
Mungkin Allah nak suruh saya belajar sesuatu. Nak buat benda yang besar, bukan dengan hanya berkata di mulut. Suka-suka kemudian jadi.
Sebaliknya perlukan
perancangan, kesabaran dan kesungguhan yang tidak berbelah bagi.
Dan satu benda yang buat saya happy sangat-sangat, cita-cita saya ini tidak dihalang oleh family. Bahkan mendapat lampu hijau daripada mereka.
Dan satu benda yang buat saya happy sangat-sangat, cita-cita saya ini tidak dihalang oleh family. Bahkan mendapat lampu hijau daripada mereka.
Begitu juga respon balas dari Tuan Presiden Majlis
Perwakilan Mahasiswa Malaysia Jordan (MPMMJ) kepada video saya itu.
“Kita secara realiti menghadapi perubahan dan kebangkitan mahasiswa membawa perubahan negara. Industri perfileman yang merosakkan minda anak-anak Malaysia. Dan kita yang faham agama semestinya kena menyadiakan alternatif. InsyaAllah, kita akan wujudkan satu plot untuk membina kemahiran mahasiswa dari sudut ini. Teruskan. Ana sentiasa menyokong.” - Ustaz Kailani Zahari.

Nanti ada yang tanya, kenapa saya khususkan kepada komen
beliau saja.
Sebab saya perantau di bumi Jordan. Sekali ketua saya
yang baik hati ini sudi luangkan masa untuk tonton dan memberi komen, jadi
siapa saya yang kerdil ini tidak rasa dihargai dan bertuah.. Hmm..
Akhir kata, ‘Support The Change’ sudah capai target.
Strike!
Walaupun saya tidak mampu menafikan banyak kekurangan dan kelemahannya. InsyaAllah, next video… saya akan berusaha untuk kurangkan kelemahan itu. Harap masih ada yang sudi menonton.
Walaupun saya tidak mampu menafikan banyak kekurangan dan kelemahannya. InsyaAllah, next video… saya akan berusaha untuk kurangkan kelemahan itu. Harap masih ada yang sudi menonton.
Itu sahaja untuk kali ini. Moga Allah memudahkan segala
urusan kita semua.
Bagi yang belum tonton dan nak tonton lagi, boleh ke
sini. Support The Change
Dan pandangan saya terhadap video tersebut ada di sini. Vlog - Sulung
Dan pandangan saya terhadap video tersebut ada di sini. Vlog - Sulung
Doakan saya agar terus kuat.
Sekian,
Terima Kasih.
Pelaut Rabbani.
Irbid Jordan.
Sekian,
Terima Kasih.
Pelaut Rabbani.
Irbid Jordan.
amin..moga adik akak ni sentiasa kuat..!!
ReplyDeleteInnaAllaha ma'na.. Dia sentiasa dekat dengan kita..
Dik..jom ambik masa 5 minit, muhasabahkan diri.. ^_^.. "DARI MANA KITA DATANG? UNTUK APA KITA DICIPTAKAN? DAN KEMANA KITA AKAN PERGI?"
Terima kasih.
DeleteRingkas yang bermakna komen di sini. ^^
Terus gerak sampai tak boleh bangun. :)
ReplyDeleteTerus bermimpi sampai menjadi realiti. :D
Deletesudut pandang dalaman dan luaran....
ReplyDeleteterbangnya belon bukan kerana hijau, kuning atau biru warnanya...
akan tetapi,
kandungan gas yang berada di dalamnya....
Haha. Sempoilah bro. ^^
DeleteKunjungan maya dibalas. Semoga Allah kasih juga :)
ReplyDeleteAlhmdulillah. Terima kasih. :)
Delete