Thursday, November 11, 2010

0
Komen
~ Tanya Pada Diri ~



Sedarkah kita, kehidupan kita ini berlalu begitu pantas.

Masa-masa yang pergi bukan memanjangkan kehidupan kita, tetapi menghampirkan pengakhiran kita di dunia ini.

Umur bertambah bermakna usia kian meningkat,
usia kian meningkat bermakna kematian semakin dekat.

Akan jadi satu masa..

" Rumah kata pergi, kubur kata mari." Teringat murabbiku melontarkan ayat ini.

Cuba berpatah balik.

Takkala kita masih di hayun buaian.
saat belum kenal erti kehidupan,
yang tidak tahu apa itu Islam dan Iman,

Tetapi.. Diri kita sekarang adalah jawapan.

Cuba kita lihat diri kita dahulu.

Kita bukanlah orang yang tahu berjalan, kini bukan setakat berjalan malah berlari juga kita adalah yang terbaik,

dahulu kita tidak mampu dan fasih berkata-kata, sekarang bidang perdebatan kita adalah juara,

dahulu kita adalah penumpang yang hanya berada di belakang kereta, kini kita adalah pemandunya,

dahulu kita tidak tahu itu dan ini, sekarang kitalah pakar dalam bidang itu dan ini..

Bermacam-macam lagi yang dahulu kita tidak boleh buat, sekarang ibarat memetik jari.

Nampak?

Semuanya tak lain dan tak bukan adalah mekanisme perubahan yang berlaku dalam diri kita. Yang pasti perubahan ini bukan mengambil masa sehari, seminggu hatta sebulan. Tetapi mengambil masa bertahun-tahun lamanya.

Lihatlah kita sekarang yang dahulunya kita tidak ada apa-apa kini kita ibarat matahari. Tetapi adakah kita jenis matahari ketika langit tiada awan dan kabus atau matahari ketika langit mendung yang menghitam?

Jadi, saya ingin mengajak diri saya dan diri pembaca sekalian untuk menguji diri kita dengan 'ujian iman dan islam' yang ada pada kita. Andaikata kita lulus ujian ini barulah kita boleh menganggap diri kita sebagai matahari yang terbaik.

- Soalan yang dipetik dalam buku Manhaj Hidup Muslim tinta Al-Syahid Sayyid Qutb.- Untuk sama-sama kita muhasabah diri. InsyaAllah.

Soalan-soalannya.


(1) Apabila kita sudah terima Islam sebagai cara hidup dan mengaku beriman kepadaNya, periksalah apakah benar hidup dan mati adalah kerana Allah sahaja?

(2) Apakah yang harus kita kerjakan untuk memastikan tercapainya tugas yang telah diberikan Allah kepada ummat Islam?

(3) Apakah kita telah memberikan seluruh kepatuhan dan pengabdian sepenuhnya untuk Allah dalam mengharungi kehidupan ini?

(4) Adakah pelayanan hawa nafsu dan pengabdian selain kepada Allah sudah terhapus dari jiwa kita?

(5) Sudahkah kita mengukur suka dan benci kita mengikut kepada kehendak Allah?

(6) Adakah kita benci atau suka seseorang adalah kerana Allah?

(7) Betulkah kita belanja untuk diri kita mahupun untuk orang lain mengikut ketetapan Allah semata-mata ingin mencari redhaNya?

Haa.. Itulah soalannya.
Mudah-mudahan kita benar-benar berusaha menumpukan perhatian dan serius untuk mencapai jawapan bagi soalan-soalan ini sebelum kita menghadapi fitrah kehidupan iaitu kematian.

InsyaAllah.

No comments:

Post a Comment