Pernah satu ketika , saya mendengar soalan ini.
Sekadar ingin berkongsi dengan para pembaca.
Sampai sekarang soalan ini masih bermain di minda saya.
Nak tahu apa soalannya?
" Bolehkah Allah mencipta satu batu yang besar yang tidak ada siapa pun boleh mengangkatnya? "
Jika 'boleh' adalah jawapannya. Beerti Allah boleh mencipta batu itu. Tetapi dalam masa yang sama Allah juga tidak boleh mengangkat batu tersebut. Ini tidak akan terjadi kerana kita semua tahu bahawa Allah Maha Kuasa. Yang mampu melakukan apa sahaja. Sudah pasti Allah mampu mengangkatnya.
Jika ' tak boleh ' adalah jawapannya. Hal ini bermakna Allah tidaklah hebat. Tidak berkuasa kerana tidak mampu mencipta batu tersebut.
Soalan yang seakan berpusing di dalam bulatan.
Jangan terkejut. Soalan-soalan begini memang banyak sebenarnya.
Allahuakhbar.
Kadang-kadang manusia ini terlebih pandai. Pandai mencipta soalan-soalan yang membuatkan kita selaku hamba Allah juga yang beragama Islam ini terpesong sedikit demi sedikit tanpa kita sedar.
Apa yang kita takutkan adalah soalan-soalan ini ditanya kepada mereka yang tidak kuat pegangan Islam. Maka akan timbullah kekeliruan yang akhirnya mampu melucutkan akidah dan melunturkan pegangannya.
Kiasan itu kadang-kadang perlu.
Pernah juga soalan ini ditanyakan kepada seorang ustaz.
Dalam satu sesi kuliyah.
Apa jawab ustaz?
" Bayangkan kita pergi ke sebuah restoran yang terkenal. Kemudian kita minta minuman 'teh o ais limau panas' kat waiter tu. Rasa-rasa dia boleh buat tak?
Satu surau ketawa mendengar jawapan itu. Mana mungkin boleh terjadi 'teh o ais limau panas'.
Ustaz itu tidak menjawab soalan ini secara 'direct' mengikut kehendak soalan. Tetapi dijawab dengan berkias.
Bagi mereka yang memikirkannya dan melihat dengan pandangan hati. Mereka akan faham.
Renungkanlah. (",)
P/s: Jika anda ada jawapan yang lain, sila utarakan. Moga ada manfaatnya. InsyaAllah.
Jika yang soal jawapan tue, memang selalunya berkiasa lebih mudah untuk menjawab bagi mereka yang xfaham atau buat2 xfaham. Saya nak berkongsi suatu soalan...Semalam saya ditanya...kamu fikir Allah dah tentukan atau belum result kamu? Kalau Dia xtentukan lagi maksudnya...Allah nie x Maha Mengetahui la. Tapi kalau Allah tahu dan jika dah tertulis kamu gagal dalam exam final nie, buat apa kamu berusaha?...jom kongsi jawapan...
ReplyDelete> Nurul 'Ain
ReplyDeleteHaha..
Ada juga rupanya soalan yg mcm tu..
wallahu'alam.
Mga yg lebih arif sudi menjawabnya..
ada...sentiasa ada. InsyaAllah nnt akan saya kongsikan bersama...jazakallah
ReplyDelete> Nurul 'Ain
ReplyDeleteInsyaAllah..
Dialu-alukan..
abg hilal dalam buku dia yg baru ade ulas persoalan nie......jawapannya YA...Allah dh tentukn....tpi sbb ape kite berusaha, sbb kita x tau ape yg Allah dh tentukn, drpd risau ttg apa yg Allah tentukn, lebih baik cube mencapai apa yg terbaik, dan lgi satu, seorang shbt penh ckp, Alllah x nilai hasil, Allah nilai usaha.....moge2 bermanfaat....
ReplyDelete> hashimi_92
ReplyDeleteJazakallah akhi..
atas penjelasan ringkas dan padat.
mga yg membaca sedar dan faham.