Tuesday, December 14, 2010

8
Komen
~ Tidak semua Bahagia ~

Gembira dalam kegelisahan dan kerisauan. Bolehkah?


Assalamualaikum teman-temanku.

Marilah sama-sama kita memperhambakan diri kita kepada Yang Maha Pencipta kerana dengan kasih dan sayangnya kita dapat hidup dengan bahagia dan gembira. 

Bahagia dan gembira adalah nikmat yang tidak boleh ditukar ganti dengan emas dan permata saudaraku. Justeru bersyukurlah dengan nikmat yang Allah berikan ini.


Berapa banyak ummat manusia yang hidupnya mewah. Duit ibarat terbang berlegar-legar di kepala. Sebagai tanda sudah bersedia untuk digunakan. 

Tetapi ketenangan di dalam hati terasa sunyi. Kenapa?

Berapa ramai ummat manusia yang tinggi pangkatnya dalam sesebuah organisasi. Malah orang-orang pimpinannya mencecah ke serata negeri. 

Tetapi jiwa terasa hambar dengan kebahagian dan kedamaian. Kenapa?

Berapa ramai ummat manusia yang hebat pengaruhnya. Menjadi orang yang disegani kerana ketokohan dan karismanya. Apabila berkata-kata seakan bermain-main dengan perasaan pendengar dan 'audience'nya.

Tetapi siapa tahu di dalam hatinya sendiri penuh dengan keresahan dan kerisauan. Kenapa?

Berapa ramai ummat manusia yang dikelilingi gadis-gadis idaman, cantik dan perawan. 

Tetapi perasaan serba tidak kena lebih bermaharajalela berbanding perasaan serba ceria. Kenapa?

Berapa ramai ummat manusia yang menjadi doktor bagi mereka yang ditimpa kesedihan dan kedukaan.
Menjadi pakar rujuk berkenaan soal jiwa dan perasaan.

Tetapi siapa sangka jiwa dan perasaannya sendiri sentiasa tidak tenteram. Kenapa?

Berapa ramai ummat manusia yang banyak sanak saudara dan jiran tetangganya. Senang cerita, kemana sahaja dia pergi pasti ada yang menegurnya.

Tetapi rasa kesunyian dan kesepian itu umpama rasa yang tidak dapat dipisahkan dengan tubuh tuannya. Kenapa?  

Beberapa ramai ummat manusia yang tinggi darjat ilmunya. Mencangkupi segala bidang keilmuan dan kefalsafahan. 

Tetapi apabila menyentuh soal kebahagian dan kegembiraan. Diri terasa kaku dan asing dengan 'title' tersebut. Kenapa?


Firman Allah :  

“Dan orang-orang kafir amal-amal mereka adalah laksana fatamorgana di tanah yang datar, yang disangka air oleh orang-orang yang dahaga, tetapi bila didatanginya air itu dia tidak mendapatinya sesuatu apapun. dan didapatinya (ketetapan) Allah di sisi-Nya, lalu Allah memberikan kepadanya perhitungan amal-amal dengan cukup dan Allah adalah sangat cepat perhitungan-Nya”. 
( An-Nuur : 39 )


Firman Allah :



“Barangsiapa yang mengerjakan amal saleh, baik laki-laki maupun perempuan dalam Keadaan beriman, Maka Sesungguhnya akan Kami berikan kepadanya kehidupan yang baik dan Sesungguhnya akan Kami beri Balasan kepada mereka dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan”. ( An-Nahl : 97 )






 Moga Allah mencampakkan kebahagiaan yang sebenarnya kepada kita semua.

InsyaAllah.

8 comments:

  1. dalam diri kita, ada satu kelompong yang tidak terisi.. kelompong inilah yg selalu diisi engan melancong, menyelam, panjat gunung, dan ada juga yang memmukul org utk mengisi kekosongan ini.. ( bkn ana yea..^^)

    tp kekosongan ini hakikatnya tidak terisi pun kan..segalanya perlu kembali kepada pencipta..isilah keksongan itu engan pengharapan, ketakutan, kegerantungan kepad Allah..

    rindunya pd anta~

    ReplyDelete
  2. > Inilah aku

    Ya sheikh ramadhan..
    seronok mendgr anta berbicara.. (",)
    terasa kagum di hati ini..

    ReplyDelete
  3. keimananlah teras kebahagian...saya rasa kesian pada mereka yang berlumba2 mengejar dunia,meraka rasakan dunia ni sebagai punca kebahagiaan tapi hakikatnya ibarat air laut ...makin diteguk,makin dahaga,makin tersiksa..
    ya allah.sedarkan lah diriku dan masyarakat ku..

    salam kasih..

    ReplyDelete
  4. > Anonymous

    terima kasih atas coretan brmanfaat..
    Salam ukhwah..

    ReplyDelete
  5. > Anonymous

    Salam purnama juga..
    first tyem dgr sbnrnya (",)

    ReplyDelete
  6. hurm..bila baca perlongsian ni.rasa macam tengah debgar ceramah atau macam tengah bercakap ja..baguslah..moga Allah cambahkan idea untuk penulisan yang lebih berkesan..

    ReplyDelete
  7. > Anonymous

    terima kasih, semua yg baik adlh dtg dri Allah Yang Maha Pengasih.
    x da kelebihan serta kebolehan yg diri ini perlu banggakn, tp kadang2 sering juga alpa dgn nikmat Allah. InsyaAllah. Doakan ut diri ini selalu. (",)

    ReplyDelete