Tuesday, November 23, 2010

5
Komen
~ Mereka Tidak Tahu ~




Bila Allah melupakan kita bagaimana?


Kenapa ketika kita sihat, manusia suka berdamping dengan kita?

Kenapa ketika kita pandai, mereka suka bersama dengan kita?

Kenapa ketika kita senang, ramai yang datang menghampiri?

Kenapa ketika kita bahagia, mereka sentiasa ceria disisi?

Kenapa ketika kita berduit, ada saja yang mahu berkawan?

Kenapa ketika ada pengaruh, ramai yang menjejak kita?

Kenapa ketika kita sempurna, manusia tidak segan silu datang berbaik-baik?

Kenapa ketika kita tidak ada cacat cela, mereka bangga mengaku kita sahabat?

Kenapa? Kenapa? Kenapa?

Sebab hari ini kamu sudah tidak seperti dulu !!

Sebab kamu telah terpedaya dengan kata-kata manis mereka dahulu!!

Walhal kamu tidak ada apa-apa pun di mata mereka!!

Betulkah?

Sekarang saksilah sendiri

Bila keadaan sudah jadi begini..

Mana mereka yang kamu selalu banggakan dahulu?

Di mana mereka yang kamu lebih utamakan dahulu?

Mana mereka yang kamu bahagia mereka ada bersama?

Mana mereka yang seringkali kamu lebihkan?

Di mana mereka yang dahulu gelak ketawa ketika kamu sihat?

Mana wahai hati yang terasa...

Huh..

Itulah. Kan dah kata dan kamu juga tahu bukan.. Tak perlu berharap kepada manusia kerana mereka tidak ada apa-apa. Apa yang mereka boleh bagi? Apa yang mereka boleh buat? Mereka tidak selama-lamanya mengingatimu walaupun ketika itu kamu sangat mengingati mereka. Mereka tidak selama-lamanya menceriakan kamu sedangkan hari ini kamu kesunyian.

Perit, pedih dan sakit menusub kemas di hati ini..sabar, sabar dan terus sabar.

Baliklah wahai hati kembali kepada Allah. Bergantunglah sepenuhnya kepada yang mencipta langit dan bumi.
Berharaplah dengan penuh harapan kepada yang mampu membolak-balikkan jiwa manusia. Bermunajatlah kepada yang mencipta perasaan yang engkau rasai hari ini. Serahlah seluruh jiwa raga kepada Allah yang Maha tahu akan hikmahnya. Mintalah pertolongan kepada Allah..

Mudah-mudahan Allah menerimanya..

Firman Allah SWT :

“ Wahai orang-orang yang beriman! Mohonlah pertolongan kepada Allah dengan sabar dan solat. Sesungguhnya, Allah beserta orang-orang yang sabar.”

( Al-Baqarah (2) : 153)

Pastikan dendam, hasad dan salah sangka tidak bermaharajalela di dalam hati.
Kerana itu mampu menghancurkan dan memutuskan tali perikatan indah yang kamu bina selama ini. Baik sangkalah kepada mereka.

Mungkin mereka tidak tahu akan hatimu ketika ini.

P/s : Artikel ini tidak ditujukan kepada sesiapa samaada yang mengenali penulis atau tidak. Ditulis hanya untuk menyedarkan diri penulis sahaja.

5 comments:

  1. kesimpulannya ialah, jangan percayakan kawan. percaya pada keluarga sahaje. kawan2 akan lari bila kita susah, tapi keluarga la yg akan bersama kita sampai bila2..lalalala~ (^^)

    ReplyDelete
  2. Akhi, anta menulis melalui hati. Mantop!
    ~ BH

    ReplyDelete
  3. indah! ingatkan diri sy juga.. thanks

    ReplyDelete
  4. As for me, Alhamdulillah saya dikelilingi dengan rakan2 yang teramat baik. Memang ada sebahagian manusia baik bila kita sihat dan tak nyusahkan mereka malah memberikan kesenangn kepada mereka, tapi itu sikit je macam tu.
    Setakat ni x penah mengalami unfortunate thing camtu (Mintak dijauhkan).
    ada lagi ramai yang sentiasa bersama kita susah dan senang. Itu dipanggil famili dan kawan2. kalau kita tolong menolong and sentiasa menjaga silaturrahim sesama manusia InsyaAllah...ramai sebenarnya yang akan sm2 ketika kita susah..

    Sebagai hamba Allah memang kena ingt Allah x kira bila susah or senang. Kita jaga hubungan dengan Allah, hubungn kita dengan manusia pun terjaga and idup pun hepi :)

    *sori, 1st time komen in here cakap bukan2 lak. But it was base on my experience and observations*

    ReplyDelete
  5. > Aimi chan, Brohamzah, Irnie dan NURULekmiRabat

    Terima kasih atas komen dan pandangan yg diberikan..

    InsyaAllah bg yg memberi pandangan, saya menghargainya. Kadang2 jiwa ini terasa. Mungkn inilah yg Allah mahu tunjukkn kpd saya akan hikmahnya. Apbl kita mengabaikan Allah dlm berukhwah..

    Terima kasih Allah..

    ReplyDelete