Bertebaranlah kita menjejak ilmuNya.. |
Hari ini hampir dua minggu saya berada di negara orang iaitu Jordan. Sebuah negara arab yang banyak tempat bersejarah. Banyak tempat perlancongan. Tinggal, saya masih belum berkesempatan untuk melawat semua tempat itu. Tambah dengan takda duit juga sebenarnya. (",)
Tapi itu bukanlah satu keutamaan yang perlu saya fikir dan risaukan. Kerana menetapnya saya di sini punya misi dan tujuan yang perlu saya langsaikan. Hidup negara orang banyak cabarannya. Banyak dugaannya. Tidak ada tempat yang boleh kita letakkan pergantungan melainkan kepada Allah pencipta kita.
Saya bersyukur sangat-sangat. Impian saya untuk ke nagara orang tercapai juga akhirnya. Dan impian ini tidaklah semata-mata untuk saya merasai keseronokan, kebahagiaan dan juga kesenangan. Walaupun hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri kita.. rasa kasih dan cinta sebenarnya lebih kepada negara sendiri.
Tempat saya membesar. Tempat saya dilahirkan. Tempat saya mengenal erti kehidupan. Juga tempat tinggalnya kedua ibu bapa saya di sana.
Selepas empat hari berpisah dengan mereka. Tiba-tiba hari ini saya teringat akan mereka. Saya teringat akan gelak ketawa mereka. Saya rindu akan gurau canda mereka. Ya Allah. Rahmatilah mereka yang aku sayangi.
Teruja dengan hadiah yang Allah berikan
Saat tiba di Airport Queens Alia Amman hari itu, perasaan teruja yang amat sangat benar-benar merenjat diri ini. Betulkah aku ni? Aku dah sampai Jordan? Subhanallah. Hanya Allah yang tahu apa yang ada dalam hati ketika itu.
Andaikata kalau dahulu aku hanya bermimpi untuk sampai di sini, tetapi hari ini aku sudah berpijak di atas buminya. Melihat penduduknya. Menghayati malamnya yang berbayu. Sejuk, segar dan indah.
Melihat langit merenung diri. Kenapa aku perlu memberi sebab untuk tidak berterima kasih kepada Allah? Kenapa? Sedangkan aku sendiri tidak mampu membalas kebaikan Allah kepada diri yang lemah dan hina ini. Sedangkan aku sendiri tidak pernah menjangka begitu banyaknya hadiah yang Allah berikan tanpa pernah aku terlintas dan mengharapkan semuanya.
Berpijak di atas tanah ini. Berjalan meninggalkan jejak di atas bumi ini. Membuatkan hati yang ingin bersenang-senang dan berseronok berlebihan terbantut dek amanah yang dipertanggungjawabkan.
Aku teringat akan pesanan mereka.
“Pergi sana belajar sungguh-sungguh. Jangan main-main. Jangan tinggal sembahyang.”
“Pergi negara orang jangan sombong. Jangan pentingkan diri. Banyak tolong orang yang sentiasa perlukan bantuan.”
“Apabila sampai Jordan jangan lupa kesusahan ibu dan ayah yang mencari duit. Jangan lupa akan kesusahan mereka untuk melihat kita bahagia. Di Jordan tinggi pembiayaan. Belajar rajin-rajin.”
“Apabila sampai di Jordan, menuntutlah ilmu sungguh-sungguh. Jangan hanya sekadar mengejar sijil. Tapi carilah ilmu sebanyaknya. Nanti balik ke tanah air dapat bantu orang sini.”
“Jadilah manusia yang berjaya. Jadilah anak yang soleh. Ilmu yang kita ada bukan untuk dibanggakan. Jauhnya perjalanan menuntut ilmu bukan untuk ditunjuk kepada manusia lain yang kita belajar di luar negara. Bukan untuk mendabik dada dengan adik-beradik yang lain. Ingat tu!”
Ya Allah. Banyaknya harapan manusia kepada aku. Tingginya cita-cita mereka yang ingin melihat aku berjaya. Hingga pernah aku terdetik di dalam hati sanubari, mampukah untuk aku memenuhi cita-cita mereka? Mampukah aku membenarkan harapan mereka kepada aku? Mampukah untuk aku membumikan doa-doa mereka? Mampukah ini? Dan mampukah itu?
Kerana yang aku rasa, aku adalah biasa-biasa.
Bukan untuk takut tetapi sebagai batu loncatan
Apabila terlalu banyak yang mengharap dan yang mendoakan, akhirnya muncul satu perasaan yang saya sendiri tidak tahu dari mana asal usulnya.
Perasaan takut untuk meneruskan kehidupan di sini. Takut dan bersalah. Takut tidak mampu untuk membawa pulang kejayaan seperti mana yang diharapkan. Bersalah tidak mampu membawa balik harapan yang disandarkan ke atas diri ini.
Ya Allah. Dari mana datangnya perasaan ini. Tidakkah satu hari nanti perasaan ini akan mengganggu perjalanan hidupku? Tidakkah satu hari nanti perasaan ini akan melemahkan jiwa dan semangatku? Tidakkah perasaan ini akan mendatangkan bebanan kepada masa depanku?
Aku diam. Seorang diri berfikir. Seorang diri bertanya hati. Seorang diri melihat diri.
Akhirnya ‘senjata pembunuh’ yang ku jumpa adalah perasaan ini bukan untuk menakutkan tetapi sebagai cabaran untuk ku lebih kuat berusaha dan berusaha.
Walaupun kadang kala bermain kata itu lebih mudah berbanding ingin mengubah diri secara berkala, mahu atau tidak langkah harus diteguhkan, usaha perlu dipasakkan, ditambah doa yang berterusan, moga satu hari nanti aku pulang bukan dengan angan-angan, sebaliknya ilmu yang menyinari hati-hati insan.
Penutup : Semuanya Allah tahu tetapi ‘mereka’ tidak
Sedikit ingatan kepada diri dan para perantau. Hari ini kita tinggal berjauhan dengan kedua ibu bapa. Apa-apa yang kita lakukan di sini mereka langsung tidak tahu andaikata kita tidak mengkhabarkannya. Membawa maksud kita mampu melakukan apa sahaja tanpa mereka sedari.
Kita nak tinggal sembahyang? Kita tidak mahu belajar? Kita nak ponteng kuliyah? Kita nak lepak rumah kawan dua puluh empat jam? Kita nak bercinta dengan monyet? Kita nak kahwin diam-diam? Dan kita bla bla bla… Semuanya kita mampu lakukan. Sebab mereka bukan lagi orang yang memantau hidup kita. Kesimpulannya kita bebas!!
Jika itu yang saya dan anda fikirkan, ketahuilah sebenarnya kita sudah meletakkan diri kita di depan pintu-pintu kemusnahan. Tetapi tidak di depan pintu-pintu kebahagiaan. Kerana beriman bukan kepada ibu bapa sebaliknya kepada Allah. Kerana pulangnya kita nanti bukan kepada ibu bapa tetapi kepada Allah. Kerana sembunyikan dosa daripada manusia, kita mungkin berjaya tetapi dari penglihatan Allah semuanya sia-sia. Strike!!
P/s : Terima kasih yang tidak terhingga kepada Grup SPB Permai juga para seniors yang banyak membantu kami di sini. Moga segala urusan kalian ini Allah bayar dengan kasih dan rahmatNya. Buat Irbedians [Intake of 2011/2012], salam ukhwah diucapkan. ^^
P/s : Terima kasih yang tidak terhingga kepada Grup SPB Permai juga para seniors yang banyak membantu kami di sini. Moga segala urusan kalian ini Allah bayar dengan kasih dan rahmatNya. Buat Irbedians [Intake of 2011/2012], salam ukhwah diucapkan. ^^
MasyaAllah, an article which is nicely written by mQ..
ReplyDeleteJzklh khair mQ..
menjadi pedoman dan peringatan bukan sahaja kepada perantau2 di luar negara, tetapi juga kepada kami2 yang menuntut ilmu di tanah air sendiri ini..
Moga Allah memudahkan segala urusan mQ di sana..
Moga Allah redha~~
Betulkan niat dan muhasabah setiap hari.
ReplyDeleteTersenyum di tanah air.
salam sayang dari abang yaqzan yazed (nabiollah saidov) ^_^
ReplyDeletesalam sayang dari abang mu yang sentiasa mendoakan mu..ingat!!bila Allah mahukan kebaikan kepada hambanya, Allah akan akan lorongnya ke jalan kebaikan..matabaca hatirasa..
ReplyDelete> [n_akn]
ReplyDeletealhamdulillah. yg baik itu dariNya.
'kami2' yg menuntut di tanah air pun rasanya insyaAllah akan ke luar negara juga tak lama lagi.
hmm.. selamat.
> Ummu_Ammar
InsyaAllah. Itulah yg sentiasa diingatkan kpd diri. Rasa xda kelebihan yg lain selain niat yg jernih dan bersih kpdNya.
Syukran lak Ustazah. (",)
> Anonymous
Ya Allah, segan ana sebab enta singgah sini. Apapun terima kasih ya. ^_^"
> Anonymous
insyaAllah.. pesanan akan dibulatkan di dalam hati sebagai penguat jiwa. Ya Allah. Sayangilah insan ini. Amin.
maaf,sedikit perkongsian.
ReplyDeletesewaktu saya mengembara menimba ilmu di kelantan (jauh dari rumah saya),saya pun ada terbit rasa takut; namun alhamdulillah,perasaan itu menjadi dorongan,pedoman dan azam utk saya meneruskan kembara ilmu kerana Allah walau di mana saya berada. Rasanya,kebanyakan yang belajar jauh dari family,akan rasa/timbul sedikit takut pada mula2nya. Allahua'lam.
Saya suka petik ayat Al-Quran ini buat pembakar semangat utk penuntut2 ilmu,khususnya yg menuntut ilmu di kejauhan;
"Dan tidaklah (betul dan elok) orang-orang yang beriman keluar semuanya (pergi berperang); oleh itu, hendaklah keluar sebahagian sahaja dari tiap-tiap puak di antara mereka, supaya orang-orang (yang tinggal) itu mempelajari secara mendalam ilmu yang dituntut di dalam agama, dan supaya mereka dapat mengajar kaumnya (yang keluar berjuang) apabila orang-orang itu kembali kepada mereka; mudah-mudahan mereka dapat berjaga-jaga (dari melakukan larangan Allah)." (At-Taubah 9:122)
Jazakallah,wa asifah.
baik2 kamu disana!
ReplyDeletebesarnya harapan insan2 padamu, besar jugalah harapan ummah pdmu!
hehe~~ beria2,rupenye dah kat jOrdn!
futher di uni yarmouk ke?
salam...
ReplyDeleten3 yg canteeq ^__^ bukan saje utk yg sedang menuntut ilmu jauh dr kuarge tp juga utk pekerja yg bekerja jauh dr majikan...moge kita sedar ada yang sedang "memandang" kita....
**moge sihat...akak ikut (kt blog)adik n sorang lae pelajar pompuan di jordan (baru 1 minggu sapai)n pg td ke a.port anta juga pelajar pompuan ke jordan**
Malatya
ReplyDeleteKırıkkale
Aksaray
Bitlis
Manisa
JLCM
elazığ
ReplyDeletevan
mardin
sakarya
düzce
KİM
elazığ
ReplyDeletebilecik
kilis
sakarya
yozgat
W7İZ6
yozgat
ReplyDeletetunceli
hakkari
zonguldak
adıyaman
77EUQM
adana evden eve nakliyat
ReplyDeleteafyon evden eve nakliyat
istanbul evden eve nakliyat
burdur evden eve nakliyat
gümüşhane evden eve nakliyat
RXVJO
sivas evden eve nakliyat
ReplyDeleteerzurum evden eve nakliyat
bitlis evden eve nakliyat
mardin evden eve nakliyat
rize evden eve nakliyat
VWW2SS
AFBFB
ReplyDeleteKırşehir Lojistik
Bitlis Lojistik
Bingöl Lojistik
Karabük Lojistik
Bursa Evden Eve Nakliyat
67CF9
ReplyDeleteTrabzon Şehirler Arası Nakliyat
İzmir Şehir İçi Nakliyat
Bingöl Lojistik
Referans Kimliği Nedir
Manisa Şehir İçi Nakliyat
Eryaman Fayans Ustası
Bingöl Parça Eşya Taşıma
Ünye Asma Tavan
Diyarbakır Lojistik
14FC1
ReplyDeleteAltındağ Fayans Ustası
Kayseri Şehir İçi Nakliyat
Çankaya Boya Ustası
Bingöl Evden Eve Nakliyat
Çorum Şehirler Arası Nakliyat
Batman Evden Eve Nakliyat
Çankaya Fayans Ustası
Kripto Para Borsaları
Adana Şehirler Arası Nakliyat
8E10A
ReplyDeleteHakkari Parça Eşya Taşıma
Uşak Şehirler Arası Nakliyat
Gümüşhane Lojistik
Urfa Parça Eşya Taşıma
Aksaray Lojistik
Tokat Şehirler Arası Nakliyat
Muş Lojistik
Zonguldak Parça Eşya Taşıma
Zonguldak Evden Eve Nakliyat
A324B
ReplyDeletebinance komisyon indirimi %20
0CDA8
ReplyDeletebinance referans kodu %20
0110B
ReplyDeleteankara canlı sohbet et
denizli görüntülü sohbet sitesi
adana görüntülü sohbet siteleri
sinop rastgele sohbet
antep görüntülü sohbet ücretsiz
erzincan görüntülü sohbet
samsun görüntülü sohbet sitesi
bilecik canli sohbet chat
rastgele sohbet uygulaması
7B186
ReplyDeletebalıkesir görüntülü sohbet uygulama
Bolu Görüntülü Sohbet Canlı
çankırı mobil sohbet chat
konya telefonda görüntülü sohbet
parasız görüntülü sohbet
bedava görüntülü sohbet sitesi
ısparta En İyi Görüntülü Sohbet Uygulaması
urfa muhabbet sohbet
Antalya Canli Sohbet
4BA7D
ReplyDeleteBitcoin Nedir
Alyattes Coin Hangi Borsada
Kripto Para Çıkarma
Coin Kazanma Siteleri
Binance'de Kaldıraç Var mı
Mexc Borsası Güvenilir mi
Coin Nedir
Parasız Görüntülü Sohbet
Alya Coin Hangi Borsada