Wednesday, September 7, 2011

17
Komen
~ Diari : Terabur dan Hancur ~

Lambang ' Y ' bermaksud Yarmouk 


Sekadar ingin bercerita. Meluahkan rasa bahagia kepada yang sudi mendengar. Terimalah catatan perjalanan ini sebagai satu cerita santai saya di bumi Irbid, Jordan. (",)

Segala puji kepada Tuhan pencipta alam kerana hari ini sudah genap tiga hari saya berada di negara orang. Subhanallah. Cukup mencabar dan banyak benda yang saya belajar. Berkomunikasi dengan arab ibarat bahasa melayu tidak pernah saya belajar.

Kalau di Malaysia bahasa kebangsaannya adalah bahasa melayu, tetapi apabila bermusafir di Jordan bahasa kebangsaannya adalah bahasa arab.

Mahu atau tidak bercakap dalam bahasa arab boleh dikatakan wajib andai mahu hidup senang di sini. Yalah, kata mentor saya bila kita pandai berbahasa dengan mereka, nanti barang-barang yang kita nak beli pun boleh jadi murah.

Begitu juga dengan belajar. Pensyarah juga akan mudah mesra dan lebih perhatian bila kita selalu mendampingi dan berkomunikasi dengan mereka.

Terabur. Hancur. Itu adalah jenis bahasa arab yang saya gunakan sekarang. Haha. Memang letih sikitla kalau dah jadi macam ni. Bayangkan kita cakap nak dekat sepuluh ayat, akhirnya yang balas hanya satu ayat.

"Ana mush fahim."

Itu adalah bahasa pasar. Yang membawa maksud "saya tidak faham". ^^

Nak kata hebat dalam bercakap dan berbahasa itu tidaklah, walaupun bahasa arab itu sendiri saya sudah belajar waktu sekolah. Masih banyak salahnya. masih banyak yang perlu diperbetulkan.

Berpusing dalam peradaban arab, macam itik masuk reban ayam. Tapi ia bukanlah satu masalah yang besar buat saya. Bila kita masuk tempat orang, sedikit sebanyak cara hidup di tempat itu kita akan belajar. Banyak sangat yang akan belajar.

Macam dekat sini, pertama kali saya lihat orang makan roti terus letak atas meja. Tidak di atas pinggan. Bentuk roti tersebut seakan capati, tinggal orang arab memanggilnya kebab. Di Malaysia ada juga kebab tapi itu bukan nama sebenar. Kerana nama sebenarnya adalah Syawarma.

Begitu juga dengan nasi mandi. Subhanallah. Rasa yang menakjubkan. Baru saya tahu kenapa kebanyakan orang Malaysia seringkali menyebut-nyebut tentang nasi mandi. Penangannya yang luar biasa mampu membuatkan si pemakan tidak sedar yang nasi sudah habis dimakan.


Inilah nasi mandi. Yang saya tahu, orang Malaysia selalu menyebut tentangnya. Berasal dari negara yaman.

Amacam? Nampak sedap bukan? Aha. Itulah yang menjadi santapanku semalam. Alhamdulillah. Dua pinggan besar kami habiskan tujuh orang. Bila dah makan secara berjamaie, yang sikit pun terasa banyak.

Berjalan-jalan di sekitar Jamiah Yarmouk. Kelihatan agak sunyi disebabkan universiti masih belum dibuka. Melihat panorama dan prasarana sekeliling membuatkan hati lebih berbunga-bunga. Walapun cahaya matahari terik menyelimuti badan, yang ajaibnya peluh tidak membasahi kulit. Muka pun tidaklah berminyak sepertimana yang ditakuti oleh segelintir manusia.

Dahulu hanya mendengar kata orang, namun hari ini saya sudah merasainya. Indah khabar dari rupa dan indah rupa dari khabar. Di sini saya belajar. Bagaimana untuk mengindahkan kedua-duanya iaitu khabar dan juga rupa.


Bergambar di hadapan Jamiah Yarmouk. Ala-ala pelakon Nur Kasih.  ^^

Mungkin setakat ini dulu coretan saya, tidak ada yang istimewa di dalamnya melainkan sebagai diari di saat hati terasa bahagia walaupun kadang-kadang penyakit homesick datang tanpa diundang. Itulah hakikat seorang anak yang sentiasa merindui kedua ibu bapanya. Satu perjuangan dan pengorbanan yang akan lahir bila keadaan sudah jadi begini.

Kepada para pelawat yang seringkali singgah dan klik laman ini, anda diwajibkan untuk mendoakan saya. Tolong jangan berhenti dan jemu untuk melakukan sedemikian. Tolonglah saya. Bukan selalu pun saya minta tolong ni. InsyaAllah. Maassalamah ~

Harapnya apa yang anda doakan untuk saya itu, Allah perkenankan untuk anda juga. Amin ya Rab.

17 comments:

  1. assalammualaikum

    tahniah krna brjaya melanjutkn pelajaran di sana.

    Nice story:-)

    ReplyDelete
  2. trlupa..

    saat ini sudah pukul brp di Jordan??

    ReplyDelete
  3. > Noor Azlen

    waalaikumsalam.
    alhamdulillah trima kasih. waktu di Malaysia cepat lima jam dri Jordan.

    ReplyDelete
  4. semoga anda berjaya menamatkan pengajian dengan jayanya :)

    ReplyDelete
  5. > ku

    subhanallah. terima kasih banyak2.
    moga Allah bagi kejayaan juga dan Allah mmberi keizinan utk kita berjumpa. Salam ukhwah. (",)

    ReplyDelete
  6. Salam 'alaik Qawiem..
    InsyaAllah, sentiasa mendoakn dari bumi Malaysia ini.. Kelas stat bila?? dah masuk mood nk blajaq dah ka?? hehe..

    ReplyDelete
  7. Salam MQ,

    Subhanallah....
    Teruslah berkongsi cerita,..

    Sampaikan salam pada bumi anbiya',doa juga mudah2an kami dapat menjejak kaki di sana suatu hari nanti....

    Selamat prepare utk stdy dan mendampingi para pensyarah,lepas ni bleh jadi tmpt rujuk ni...

    Moga Allah bantu Qawiem di sana...

    ReplyDelete
  8. satu lg..rasa mcm pernah makan nasi mandi tu... masa kat mesir / on our journey from Madinah to Makkah, kan n_akn?

    Sedap....memang sedap...

    ReplyDelete
  9. tahniah..hope one day dpt jgk menjejakkn kaki ke negara org..InsyAllah..beruntung dpt melnjutkan pelajar kt sana..Alhamdulillah..:)

    ReplyDelete
  10. > [n_akn]

    wassalam. mood nak belajar tu dah masuk bilamana kaki ni telah berpijak di atas tanah Jordan. Skrg masih dalam keadaan menyesuaikan dri lagi. Masak sendiri, kemas rumah, beli barang dapur dan sebagainya.



    > Ummu_ammar

    waalaikumsalam.

    InsyaAllah. moga Allah memberi kesempatan kepada diri ini utk istiqamah. Sbb kt rumah ni internet x brp laju, jadi sedikit masalah kalau nak selalu menulis. Bgs juga internet lambat. Boleh fokus benda lain juga. Belajar dan belajar.

    Rasanya kalau sebut nasi mandi, knawal pun boleh buat kot. :)



    > Jamilin

    alhamdulillah. rezeki dari Allah semuanya. siapa sangka.. hatta saya sendiri.

    ReplyDelete
  11. Salam alaik.

    Tahniah dik MQ, dah sampai pun kat sana, mabruk alaih (=

    kat Yarmouk, bukan guna arab fushah ke? ingatkan kat Mesir je yg guna arab ammi =='

    mula2 memg lah mcm tu, ada gaya ayam itik x? hehehe. InsyaAllah lama2 nanti dah blh faham. Lagipun, mereka (org arab) selalunya faham saja arab fushah, blh je guna.

    Selamat menerokai dunia arab, carilah permata di sebalik debu-debu yang berterbangan. Selamat berjuang (=

    ReplyDelete
  12. Alhamdulillah :) Selepas ni kalau ada rezeki boleh buat ziarah tarbawi ke bumi Mesir... Moga Allah permudahkan perjalanan jihad di Jordan.

    Sedap pula tengok nasi mandi.. itulah menu tghari di Mesir kalau nak mudah. Yang best ada delivery. :)

    ReplyDelete
  13. besar-besar homesick juga? em,bgus2...teringin juga ke sana.. mudah-mudahan...suatu hari.. =)..

    ReplyDelete
  14. Alhamdulillah...
    Dengan izin Allah, sampai suda en. pelaut rupanya...
    Moga Allah jadikan nta asbab hidayah ke seluruh bumi Jordan...

    Insyaallah...
    Mudah - mudahan Allah hantar sedikit dari khazanah kekuatan & keilmuanNya untuk nta meneruskan perjuangan di sana...

    "Terus melakar kehidupan"

    ReplyDelete
  15. terima kasih yang tidak terhingga kepada yg sudi mendoakan.
    terutamanya kepada kak izzati, sinar islami, budak_kolej, deqsha dan Rumah Tua. Minta maaf kerana tidak dapat membalas komen kalian secara khusus. Sebab internet kali ni menumpang kura-kura.

    Jadi kena byk bersabar. Jazakumullah ~

    ReplyDelete