Entah kenapa beberapa entry sebelum ini sangat suka bercerita tentang kehidupan di Jordan. Begitu juga dengan coretan ini. Berpusing dalam satu bulatan yang sama iaitu lakaran kehidupan di bumi anbiya’. Penangan pengalaman baru yang ditimba banyak mengubah corak perjalanan ‘mata berkelip’.
Sebagai mahasiswa yang bermastautin di negara orang, yang saya nampak menjadi kewajiban untuk dirinya mempunyai skill dalam masakan. Antara sebab rasionalnya, yang pertama ingin menjimatkan kos kehidupan. Dengan bahasa kampungnya ‘save budget’.
Kadang-kadang ramai yang tidak jangka bahawa dalam masa sebulan, duit banyak dihabiskan untuk memenuhi kepuasan makan. Apatah lagi yang suka makan di kedai.
Yang kedua, memasak adalah kemahiran yang perlu ditanam dalam setiap diri individu. Walaupun pada hakikatnya tujuan kukuh kita melanjutkan pelajaran di luar negara mahupun dalam negara adalah untuk menuntut ilmu.
Namun, dicelah-celahnya umpama sambil menyelam buka mata. Kemahiran asas seperti memasak, pengucapan awam, kepimpinan, pengurusan organisasi dan sebagainya perlu digilap dan diasah. Sebagai bonus tambahan dalam mengejar cita-cita. Dengan bahasa pasarnya ‘soft skill’.
Yang ketiga, siapa yang pandai memasak ia dikira sebagai ‘package’ tambahan dalam mencari teman sepermainan. Maksud saya di sini, pasangan hidup. Biarpun rupa tidak molek tetapi baik budi pekerti, solehah, bahkan pandai mengambil hati dan memasak, insyaAllah jejaka idamannya akan rasa bahagia apabila bersamanya kelak. Percaya? Andai tidak, sila tanya kepada yang berpengalaman.
Apabila sebut tentang memasak, semalam saya bersama teman serumah iaitu Ahmad Nabil dan Zulkarnain mencipta resepi baru. Ceritanya bermula bilamana kami sama-sama merancang untuk menurunkan kadar penggunaan duit di sini.
Bila terdetik untuk menurunkan kadar penggunaan duit di sini, yang difikirkan ketika itu adalah makan hanya di rumah tidak di kedai. Oleh itu, mahu atau tidak memasak adalah jalan penyelesaian yang terbaik.
InsyaAllah selepas ini kami akan menyusun jadual dalam melengkapkan perancangan yang dibina. Tinggal semalam, masing-masing tidak ada idea untuk masak makan malam. Bukan sebab malas. Bukan sebab tidak cukup barang masakan. Cuma, bila kuali berasap tidak lain dan tidak bukan nasi goreng adalah ‘tema’nya. Mana nak tahan, setiap hari nasi goreng. Itulah balasannya bila di Malaysia dahulu tidak mahu belajar memasak. Haha..
“Spagetti Marinara!”
Tiba-tiba nama itu yang dicadangkann oleh Nabil. Kalau saya, makan spagetti pun bolah bilang dengan jari sahaja. Apatah lagi untuk memasak. Oleh kerana Nabil ingin mencuba untuk memasaknya, maka kami ahli rumah bersetuju untuk ber’dinner’kan spagetti.
Ketika itu terlintas di hati saya untuk bertanyakan resepi Spagetti Marinara kepada seorang yang pakar dalam menghasilkan spagetti. Sebab saya sendiri pernah merasai masakannya. Subhanallah. Seakan terbang di atas angin. Begitulah hyperbola yang boleh saya gambarkan bertapa sedapnya Spagetti Marinara hasil air tangan beliau. ^^
Jalan pintas iaitu ‘muka buku’ adalah solusi kepada penyelesaian. Meminta resepi di ruang itu sebagai memenuhi hajat kami yang tidak seberapa pakar dalam bidang masakan. Seusai menyampai hajat untuk meminta resepi, saya memohon diri untuk berundur dari ‘muka buku’ tersebut atas sebab seruan azan Maghrib sudah berkumandang di masjid berdekatan.
Setelah siap menunaikan solah Maghrib, terus saya mendapatkan respon dari ‘muka buku’ beliau. Terkejut yang amat sangat, permintaan kami di balas kemas melalui laman blognya iaitu Ummu Ammar. Anda boleh layarinya di Resepi Buat Kamu Yang Jauh. Silalah klik. Mungkin boleh cuba masak di rumah nanti.. ^^
Berdasarkan panduan yang diberikan, hasil Spagetti yang kami masak kelihatan sama tetapi tidak serupa. Tidak sama adalah pada nama. Sebab nama spagetti kami adalah Spagetti Sardin Bandurah. Nak tahu sedap atau tidak, anda boleh lihat sendiri gambar di bawah. ^^
Nampak banyak, sekali dah rasa langsung terlupa orang belakang. ^^ |
Kenapa namanya Spagetti Sardin Bandurah? Semestinya sebab utama adalah bahan teras kami iaitu spagetti yang direbus beserta sardin yang diubah suai. Kemudian, bandurah di ambil daripada perkataan arab yang bermaksud tomato. Maka, nama lain bagi masakan itu boleh digelar sebagai Spagetti Sardin Tomato.
Alhamdulillah. Berkat tunjuk ajar daripada seorang sifu yang berpengalaman dari negara tercinta, dinner kami pada malam itu berakhir dengan jilatan sepuluh jari. Haha.. hyper sungguh jalan cerita.
Dengan ini, saya ingin meminta perhatian sepenuhnya daripada anda semua. Siapa yang tahu rasepi Nasi Mandi bersama Ayam Baladi, boleh terus meninggalkan jejak di kotak komentar. Teringin pula nak cuba masak masakan tersebut. ^^
Akhir kata, jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada pemilik blog Ummu Ammar yang sudi berkongsi tips dan rasepi kepada kami di perantauan. Moga Allah mempermudahkan segala urusan ummu dalam mendidik ‘hati-hati kecil’.
Kepada anda semua yang sudi membaca coretan ringkas merangkap luahan personal ini, saya minta maaf andai ketidakprofesionalan saya dalam menulis membuatkan anda tidak faham apa yang ingin disampaikan. Walaubagaimana pun, terima kasih banyak-banyak saya tetap ucapkan kerana sudi membaca coretan ini sehingga ke penghujungnya.
Sehingga bertemu lagi di lain waktu dan di lain cerita. Barakallah wa maassalamah. =)
assalammualaikum
ReplyDeletespageti sardin bandurah-prtama kali mndgr resipi ini..
mmg bnr,bila dh brgelar pelajar yg jauh d prantauan "skill" memasak mmg dprlukan.
alhamdulillah,brdsrkn pglmn bila memasak mmg save budget.
Seronoknya siap buat jadual "turn" memasak dgn kwn2.
Asif..xdpt nk brkgsi resepi nasi mandi brsama ayam baladi sbb xpnh buat.namun klu inginkn plbagai resipi..boleh brkunjung ke
http://www.myresipi.com/..insyaallah mgkin blh mbntu.
Assalamualaikum wrht...
ReplyDeleteYang ditunggu telah selesai di baca..
rasa 'sebak' pun ada..
melihat kesungguhan adik-adik utk berjimat dan belajar memasak, mengingatkan diriku kembali pada zaman bergelar mahasiswa dulu....
Wah,mcm sedap je Spagetti Sardin Bandurah ni... xnak kongsi resepi ke MQ?..
Terima Kasih atas doa..mudah2an doa orang musafir dimakbulkan Allah..
Setia menanti khabar daripada sana....
Terus gagah menongkah cabaran dalam mencari hikmah di sana.....
salam dari bumi malaysia.
ReplyDeletepelajar jordan rupanya.
selamat menjalani kehidupan di jordan!
Baru ajer lepas makan spagetti malam ni..teringat zaman belajar di perantauan dulu..masak ikut turn..seronok!
ReplyDelete> Noor Azlen
ReplyDeletewaalaikumsalam,
moleknya kena buat turn.. sbb masing-masing pakat nak masak,(",)
insyaAllah. terima kasih sbb berkongsi link.
boleh belajar banyak benda juga dlm link tu nanti.
> Ummu_ammar
waalaikumsalam,
segan sebenarnya nak kongsi resepi,
sebab kali pertama buat.. dalam ruang lingkup try and error, jadi masalah sikitla kalau nak berkongsi resepi terus.
bila dh dekat sepuluh kali kami masak spagetti ni, ditambah dengan 'modifide'nya lagi, insyaAllah akan dikongsikan resepinya di sini.^^
Bersedialah untuk memberi resepi masakan lain pulak. (",)
> miEha
wassalam. alhamdulillah. semuanya rezeki dari Allah yang memberi kesempatan utk diri ini merasai bayu di negara orang. Amin.
> whitecappeccino
perantau di bumi mana ya? ^^
patut la ana tengok enta semakin 'sihat'... huhu
ReplyDeleteAssalamualaikum...
ReplyDeletesalam ziarah...
sudah fly ke Jordan..tahniah!
Barakallah...Do the best!!
Selamat hari raya maaf zahir dan batin...
may Allah bless u..insyaAllah..=)
> mr IQ
ReplyDeleteenta oun apa kurangnya akhi.. xkalah jugakla ana tengok. =D
> Wardatul Syauqah
waalaikumsalam,
salam ziarah kembali.
jazakillah atas segalanya. moga Allah kasih.