Monday, November 8, 2010

3
Komen
~ Diari : Kemalangan Membuka Mataku ~

Saya mulakan dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum. Salam sejahtera ke atas kamu.

Sambungan dari entry lepas.
Hayatilah bersama. Moga ada manfaatnya. Amin.


 Tiba di Hospital.




 



























Sampai sahaja di hospital, aku digegaskan ke bilik kecemasan. Dalam hati ketika itu masih tersembunyi sebenarnya rasa takut, rasa tidak percaya malah perasaan bimbang yang menggunung seakan-akan kaki ku tidak dapat digunakan lagi. Mana tidak bimbang, apabila cuba untuk menggerakkan kaki kanan, terasa payah apatah lagi untuk mengangkat. Seperti sedang memakai pemberat.

Begitu juga kaki kiri, aku cuba untuk mengangkat. Sakit. Terasa sengatan berlegar-legar di kawasan lutut.


Sampai sahaja di bilik kecemasan, kelihatan beberapa orang doktor dan pembantunya sudah menanti kehadiranku. Di situ juga aku melihat Salman terlantar di atas katil. Tidak jelas pandanganku kerana terlindung di sebalik tirai. Para doktor sudah mula mengelilingiku. Bertubi-tubi soalan ditanya. Jawapanku hanya ringkas. tetapi padat. Tidak mampu mengulas panjang. Bukan masanya.

Tiba-tiba seorang doktor bersuara. " Adik! doktor nak tarik kaki kanan adik. Sebab paha kanan adik dah patah. Tulang yang patah itu sudah terkeluar dari kedudukan yang asal. Jadi, untuk masukkan balik tulang tu ke kedudukan asal, doktor terpaksa tarik. Lepas tu, doktor akan pasang besi ni di kaki adik untuk kurangkan kesakitan ok? Tahan sikit ya." Jelas doktor sambil menunjukkan besi yang dipegangnya.

Aku hanya terdiam. Terkelu tanpa jawapan.

" Argh.. Allahuakhbar! Allahuakhbar!. Allahuakbar!. Tolong aku ya Allah. Sakiitt!! " Terpacul kalimah-kalimah itu dari mulutku. Aku menjerit. Sudah tidak dihiraukan lagi siapa di kelilingku. Yang hanya ku fikirkan adalah Allah ketika itu. Yang hanya ku letakkan pergantungan ketika itu adalah Allah sahaja. Terkeluar air mataku. Mungkin kerana sakit dan mungkin juga kerana mengenang kembali dosa. Mungkin untuk menghilangkan dosa yang banyak, maka kesakitannya juga turut mempengaruhi. Terdetik itu di dalam hati.

Dalam masa yang sama, aku terdengar suara Salman dari katil sebelah.

" Sabar Qawiem. Sabar Qawiem." Salman cuba untuk menenangkan aku. Aku tahu Salman pasti terkejut dengan teriakan aku itu. Sakit ya Allah.

Selang beberapa minit.

"Siap". Doktor itu menepuk tanganku. Senyum.

Aku mengangkat kepala sedikit untuk melihat apa yang dipasang. Kelihatan satu besi seperti mengelilingi kakiku dari paha hingga ke pergelangan kaki. Padat. Membuat kakiku lurus.
Aku cuba untuk menenangkan diri. Walau kesakitan masih dirasai. Melihat doktor di sisiku sambil menulis sesuatu. Terus aku tanyakan bagaimana keadaanku agar jiwaku bisa tenang.

" Doktor! Kaki saya macam mana doktor? Ok ka?  Lepas ni saya boleh jalan lagi? " Aku benar-benar ingin tahu jawapannya. Terfikir di hati. Aku masih muda. Mampukah aku menerima hari-hari selepas ini dengan ketiadaan kaki? Segala-galanya susah. Susah.

" Kaki kamu bukan lumpuh. Cuma patah. Jadi, ambil masa sikitla untuk jalan macam biasa. Mungkin enam atau tujuh bulan."

Alhamdulillah. Segala puji bagi Mu ya Allah. Aku benar-benar lega dan selesa dengan jawapan itu.
Kerana aku tahu aku masih boleh berjalan seperti biasa walaupun bukan dalam jarak waktu yang terdekat ini.

" Bahagian lutut kiri dan kanan kamu cedera. Kulit terkoyak. Jadi kita akan operate secepat mungkinlah esok. Sebelum kuman dan bakteria merebak. Selepas ini kamu akan ke bilik x-ray untuk check bahagian mana lagi yang patah." Sambungnya lagi.

Tiba-tiba aku terfikir untuk meminta air. Dahaga yang amat. Sebenarnya dahaga ini sudah aku rasa ketika kemalangan tadi. Mungkin banyak darah yang keluar.

" Doktor! Ada air tak? Saya dahaga sangat ni. Dari kemalangan tadi lagi." Aku seakan merayu.

"Adik tak boleh minum. Sebab esok kita nak operate. Adik dilarang minum dan makan enam jam sebelum dan selepas operate. Takut-takut ada kesan buruk bila operate nanti. Sekarang pun dah pukul dua." Balas doktor itu sambil sibuk menbersihkan darah di tanganku. Ya Allah. Macam mana ni? Tak dapat aku bayangkan bagaimana nak tahan dahaga selama dua belas jam. Itu belum ditambah dengan masa operate.

Sakit, lenguh, kebas, terkejut, risau, dahaga dicampur dan digaul sekali dalam perasaanku. Ya Allah. Mampukah aku mengharungi semua ini. Ketika itu, bahagian kakiku sudah mula memainkan peranan.
Sakit, sakit dan sakit.

Seorang jururawat datang memberitahu. Mereka akan menukarkan baju dan kainku. Terkoyak dan dipenuhi darah katanya. Aku hanya mengangguk. Tidak ada yang mampu ku fikirkan ketika itu. Perasaan malu hilang begitu sahaja. Walaupun yang menukar pakaianku ketika itu adalah jururawat. Pelik. Sekarang bila aku teringat, hanya malu sendiri. Tertanya juga seorang diri, kenapa malu dan segan ketika tu  hilang sekan-akan logik dan rasional tiada. Monolog menjawab kerana pada masa itu aku terlalu sakit. Yang hanya ku fikirkan adalah sakit dan dahaga. Bukan malu atau segan. Begitu kuatkan pengaruh sakit itu?? Erm.
  
Aku teringatkan sesuatu. Inilah ibrah yang Allah tunjukkan. Aku nampak. Aku benar-benar rasai.

Haa. Apa yang aku nampak? Apa yang aku rasai? (",)


Keadaan itu memang akan TERJADI.




Go to fullsize image


Aku teringat.

Dulu, ketika aku di sekolah menengah pernah aku mendengar seorang ustaz menceritakan kondisi di Padang Mahsyar.

Ceritanya memang betul-betul menggetarkan hati. Terdetik takut yang amat. Insaf. Diceritakan manusia ini akan dibangunkan dalam beberapa keadaan. Ada yang muka sepeti khinzir kerana mereka ini dahulu meremeh-temehkan sembahyang dan mengabaikannya. Ada yang mengalir daripadanya nanah dan darah yang amat busuk dan sentiasa menikam-nikam lidahnya sendiri. Ini adalah kumpulan ULAMA yang bercakap dan mengajar tetapi perbuatannya tidak sama dengan apa yang diucapkan. Allahuakhbar. Ada yang telapak kaki mereka terletak di dahi dan terikat kepada ubun-ubun mereka serta menjadi sangat busuk, lebih busuk daripada bangkai. Mereka adalah orang yang sanggup membeli dunia dengan akhirat (mencari kemewahan dunia dengan memperalatkan agama). Ada pula yang bangun dari kubur tiada lidah dan mengalir darah yang busuk dari dalam mulutnya. Orang itu malas mengucap kalimah syahadah. Macam-macam lagi.

Yang pasti akan ada golongan yang bahagia ketika itu. Moga kita tergolong dalam golongan tersebut. Amin.

Kemudian, ustaz itu menyambung ceramahnya lagi dengan membawa dialog dan pertanyaan Fatimah kepada Nabi SAW.

Rasul SAW bersabda: "Wahai permata hatiku! Sesungguhnya, aku teringat akan hari yang terlalu dahsyat. Umatku telah dikumpulkan pada hari kiamat dikelilingi dengan perasaan dahaga dan telanjang. Mereka memikul dosa mereka di atas belakang mereka. Air mata mereka mengalir di pipi."

 Fatimah r.h. berkata: "Wahai bapaku! Apakah wanita tidak merasa malu terhadap lelaki?"

Baginda SAW menjawab: "Wahai Fatimah! Sesungguhnya, hari itu, setiap orang akan sibuk dengan untung nasib dirinya.

Inilah yang saya rasa dan saya fikirkan waktu tu. Apabila manusia benar-benar sakit, dahaga, risau dengan nasib yang bakal mereka tempuhi yang belum tahu samada akan ke syurga atau neraka, kebahagiaan atau kesengsaraan. Maka akan hilanglah logik dan rasional dalam diri. Pada saya sakit ketika itu adalah lagi menyengat dan pedih dari apa yang saya rasa semasa patah kaki.

Moga Allah pelihara kita semua dari bahana Padang Mahsyar. Siapalah kita andai Allah tidak pelihara kita ketika itu?

InsyaAllah.

Mudah-mudahan ada manfaatnya. Amin. (",)


P/s : Suka untuk diingatkan. Coretan ini adalah luahan perasaan dan pengalaman penulis. Bukan untuk mengungkit dan mengingat apa yang telah pergi, tetapi untuk renungan akan manfaat dari apa yang telah terjadi.

3 comments:

  1. salam.
    semoga tetap tabah untuk menghadapi pelbagai rintangan dan ujian...

    ReplyDelete
  2. > syahirah

    waalaikumsalam.

    InsyaAllah. berusaha bersungguh-sungguh ke arahnya. Jazakallah.

    ReplyDelete
  3. Assalammualaikum..

    Subhanallah..terima kasih ats prkongsian pglmn ini.cukup2 myentuh hati.

    "takut" juga pd mulanya nak bca smpai hbis sbb diri ini yg smmgnya "fobia" pd prkataan hospital

    ReplyDelete