Friday, July 29, 2011

15
Komen
~ Penangan 'Air Tangan' ~

"Alamak, rosak lagi masakan aku.. Adakah ini petanda aku tidak sayangkan dia lagi??" (",)
Masakan ibu ialah masakan yang paling sedap. Begitulah selalunya dikatakan orang. Realitinya pun begitu. Percayalah seorang anak pasti akan merindui masakan ibunya setelah lama berpisah.

Rindu masakan ibu seringkali melanda anak-anak. Itu kata saya. Kalau anda, saya tak pasti. (",)
Walaupun si anak mungkin pernah menjamah makanan yang lebih mahal, esklusif dan sebagainya tetapi manakan sama masakan ibu. Mengapa?

"Sebab kalau ibu masak, sah-sahla dijamin bersih."

"Sebab ibu suka masak dalam kuali buruk."

"Sebab ibu tukang masak hotel lima bintang."

"Sebab ibu ambil kursus seni kulinara waktu muda dulu."

"Sebab hanya ibu yang tahu makanan kegemaranku."

Eh. Macam gitukah sebabnya? Owh.. tidak sama sekali.

Kalau nak tahu itulah penangan "air tangan". Begini. Cuba kita teliti bagaimana cara untuk menghasilkan satu-satunya makanan laut.. ia melalui pelbagai proses daripada menyiang, membasuh, menggaul, menguli dan lain-lain aktiviti yang kebanyakannya melibatkan sentuhan tangan secara langsung. Tangan tukang masaklah yang paling banyak menyentuh makanan.

Jadi dalam masakan ibu, air tangannyalah yang paling banyak 'terlarut' bersama bahan-bahan masakan. Cuma yang menjadi tanda tanya adalah betulkah air tangan itu yang memberi kelazatan kepada makanan? Betulkah begitu?

Pada hakikat itu bukan sebabnya. Air tangan yang dimaksudkan bukanlah "air" dalam erti kata yang fizikal dan material. Air tangan sebenarnya ialah aliran kasih sayang, kesungguhan, keceriaan dan ketulusan hati seseorang ibu yang memasak untuk anaknya. Hati itulah yang mengalirkan "air tangan". Maka air tangan di sini hakikatnya ialah aliran kasih sayang semasa ibu memasak untuk anaknya.

Kerana itulah kebanyakan pakar motivasi sepakat menegaskan bahawa orang yang melakukan satu kerja dengan penuh kasih sayang, ceria dan tulus, maka hasil kerjanya akan berkualiti. Dorongan kerjanya bukan untuk "mendapat" tetapi untuk "memberi".

Seorang ibu yang memasak didorong untuk memberi kasih sayang kepada anaknya. Berbanding seorang chef yang memasak atas dorongan ganjaran komersial. Inilah faktor yang menyedapkan masakannya.

Justeru semakin ikhlas, ceria dan kasih seseorang pada pekerjaannya dan kepada siapa dia tujukan atas kerjanya itu maka semakin tinggilah kualiti kerja tersebut. Andai kata pekerjaan itu kurang keikhlasannya, keceriaannya, berserta kasihnya, maka semakin rendahlah kualiti dan produktiviti kerja tersebut.

Satu persoalan yang timbul, kenapa bincang tentang Penangan Air Tangan? Maka jawapannya sebab ini.. Realitinya, "air tangan" bukan hanya ada pada kerja memasak. Tetapi ia ada dalam setiap jenis pekerjaan. (",)

Ia adalah aliran kasih sayang dan kecintaan yang seharusnya mengalir dalam setiap pemimpin, guru, doktor, jurutera, blogger sehinggalah buruh kasar sekalipun.

Seseorang yang paling kasihkan Allah, dialah yang paling kasihkan manusia dan orang seperti inilah yang paling tinggi kualiti kerjanya. "Air tangannya" akan sentiasa mengalir untuk memberi bakti yang terbaik dan sempurna.

Akhirnya, tidak hairanlah penulisan Asyahid Syed Qutb ditakuti musuh-musuh islam. Sehingga ada yang mengatakan penulisannya lebih tajam daripada mata pedang. Subhanallah.

Tidak peliklah Sultan Muhammad Al-Fatih berjaya melayarkan tujuh puluh buah armada perang melalui daratan pergunungan dengan harapan islam tersebar ke suluruh dunia sehingga menggeruni dan mengegarkan jiwa musuh-musuh islam. Subhanallah.

Tidak mustahil jugalah Imam Bukhari dan Imam Muslim mampu menghafaz beratu-ratus ribu matan dan sanad hadith dalam masa yang sama menjadi sumber rujukan kepada ummah seluruhnya. Subhanallah.

Dan kita? Sejauh mana kita terbang memutar alam ini dengan 'air tangan' kita? Sejauh mana keberkesanan penangan 'air tangan' kita ini membuka mata dunia? Atau kita hanya berjalan di atas gelora air dengan harapan tidak tenggelam? Ya Allah.. kerdilnya terasa diri ini. Erm..

15 comments:

  1. selepas ini kamu mesti lebih merindui penangan air tangan seorang ibu almaklumlah lagi jauh nak pergi merantau... :)

    ReplyDelete
  2. > softlight

    erm. itu semstinya,
    sbb tulah sblm p ni nk mkn mcm2. (",)

    ReplyDelete
  3. subhanallah, betapa besarnya penangan air tangan memberikan impak pada kehidupan manusia walaupun pada pandangan mata kasar ia seperti sesuatu yang remeh. Siapa sangka kan.
    Pencerahan yang bagus.

    ReplyDelete
  4. Subhanallah~~

    "Bahawasanya Allah s.w.t suka apabila seseorang dari kamu membuat sesuatu kerja,dia memperelokkan kerjanya." =)

    ReplyDelete
  5. Wah, satu fikrah yang menarik akhi.

    Mengenai 'air tangan'.

    macam mana agaknya air tangan seorang ayah dalam mendidik anak-anaknya. ^^,

    ReplyDelete
  6. > nor amirah

    air tangan - ramai yg tidak perasan akan hal ini,
    oleh sbb itu, byk kerja yg dilakukn memanjang tidak menjd.

    alhmdulillah. moga Allah bantu kita agar dpt melihat dgn lebih cerah. lihat apa?
    semestinya hikmah Allah.



    > shairazi

    tgn selembut bayu juga.



    > Nazihah

    ya betul. diperelokkn dan diistiqamahkan.
    harapnya kerja itu menjd kerja yg bermakna.
    terima kasih kak. (",)



    > inilah aku

    air tangan - harapnya kita dpt belajar sesuatu daripadanya.

    air tangan seorg ayah. - mencari sumber pendapatan dalam keluarga. Membesar dgn ajaran agama. memperkenalkan kita kpd Pencipta alam. hatta kasih dan sayangnya kpd kita. Sehingga kita menjd anak yg bermanfaat utk agama.

    Maka disitulah mengalirnya air tgn seorg ayah. (",)

    ReplyDelete
  7. Semoga air tangan seorang ayah mampu kita prakkan kelak.

    Kuncinya : CINTA . :)

    ReplyDelete
  8. subhanallah, kualiti kerja letaknya pada air tangan ya. sungguh, perlambangan yang menarik di sini :)

    ReplyDelete
  9. > Inilah aku

    insyaAllah. Amin. semakin kagum dgn enta. (",)



    > atiqah azmi

    alhmdulillah. perlambangan yg berguna utk diri saya sbnrnya.

    terima kasih cik atiqah. sudi ziarah ke blog ini. rasanya xlama lg akan byk air tgn anda di lautan rabbani. hehe. =D

    ReplyDelete
  10. Pelaut,

    nanti add ana punya emel. nak sembang2 dengan enta.

    muhd.ramadhan92@gmail.com.

    Kagum dengan ana? nak kena lempar pasir enta ni. :D

    ReplyDelete
  11. "Sesungguhnya Kami menghidupkan orang-orang yang mati, dan Kami tuliskan segala yang mereka telah kerjakan serta segala kesan perkataan dan perbuatan yang mereka tinggalkan. Dan (ingatlah) tiap-tiap sesuatu kami catitkan satu persatu dalam Kitab (ibu Suratan) yang jelas nyata." (Yaa Siin 36:12)

    -aasar(kesan),menurut penjelasan oleh ustaz zahazan,membawa maksud amal jariah,penulisan,dan lain2.

    Wallahua'lam, jaza' ALLAH.

    ReplyDelete
  12. > inilah aku

    insya Allah. ana dh add. hehe(",)



    > Mujtahidah solehah

    selalu tersenyum dgn komen anda.
    terasa puas di benak sanubari. (",)

    ReplyDelete
  13. rindu nak makan masakan mak :'(

    ReplyDelete
  14. > AQ

    kena balik cepat2la klu mcm tu.

    ReplyDelete