Sunday, May 15, 2011

10
Komen
~ Sakit hati Aku! ~

Bila bertanya soal hati, yang membicaranya adalah mulut. Benarkah ia lahir dari hati? ^^
Alhamdulillah.

Berkesempatan lagi untuk saya pada kali ini menulis.

Terasa lama tidak menulis membuatkan pergerakan jari-jemari yang mulus ni kelihatan lambat sedikit untuk menari. Haha. Tetapi tidak menjadi masalah pun. Sebab kata orang hendak seribu daya tak hendak seribu dalih. Betul tak? Saya tahu, anda lebih hebat lagi pasal peri-peri bahasa ni. ^^

'Actually' atau dalam bahasa melayunya 'sebenarnya', saya bukanlah tidak mahu menulis. Cuma bila saya hendak 'sign ini' blog laman Lautan Rabbani, terus keluar page 'blog service' apa entah. Jadi terpaksalah saya menunggu detik-detik yang diizinkan oleh Allah untuk meng'update' blog. 

Dan Alhamdulillah, detik-detik itu Allah perkenankan pada saat ini. 

Hati sama merah, rambut lain-lain

Inilah yang selalu orang sekarang ungkapkan. Yalah, hati sama merah rambut lain-lain. Ada orang rambutnya pacak. Ada orang rambutnya ada ekor. Senangkata semuanya ada 'style' tersendiri. Tidak lain dan tidak bukan dengan alasan - zaman moden kot. 

Saya hanya mampu tersenyum. Nanti katanya kita ini ketinggalan zaman pula. 

Sedar atau tidak apabila kita menyentuh tentang rambut, pernahkah kita terfikir yang semua itu adalah apa yang lahir dari hati. Yang dalamnya tersemat kemas cahaya keimanan andai tidak ditutupi bintik-bintik maksiat yang menjijikkan. 

Saudara dan saudari sekalian,

Kunci kejayaan dan kebahagian seseorang terletak pada hati. Tidak peliklah apabila kita seringkali menutur perkataan 'senang hati'. Apabila hati kita baik, maka baiklah seluruhnya dan begitu juga sebaliknya. Hati adalah penentu kualiti diri seseorang. Oleh kerana itu, bagi memperbaiki manusia secara keseluruhan terletak pada keberkesanan kebaikan hatinya.

Alangkah bahayanya apabila kita menghadapi orang yang gagah dan kuat tetapi hatinya jahat. Kita bersua dengan insan yang cantik dan kacak tetapi hatinya busuk. Kita bersama dengan manusia yang cerdik juga pintar tetapi hatinya dipenuhi dengan karat-karat perosak. 

Akhirnya, tidakkah pengakhiran bagi semua ini adalah kemusnahan dan kebencian?

Huh. Bagi yang melalui pasti merasai dan menjiwai akan keperitannya. 

Berhati-hatilah dengan hati yang sakit dan mati.

Ikhlas bukan lahir dari akal yang cerdas

Menjadi kewajipan untuk kita tahu tentang ikhlas. Kerana ia adalah penentu samada amalan itu tinggi kualitinya atau hanya serpihan debu yang berterbangan. Apa kaitan dengan hati? 

Akal cerdas. Sihat tubuh badan. Sekali pun ada kuasa seperti makhluk Allah yang bergelar 'Superman', belum tentu mempunyai tahap keikhlasan yang mapan. Kerana apa?

Kerana ikhlas bukan lahir dari akal yang cerdas, bukan lahir dari tubuh badan yang sihat dan sebagainya. Tetapi ikhlas akan menjadi pelangi yang indah di saat ia lahir dari hati yang sihat - putih, suci, bersih dan bebas dari kekotoran dosa.

Segala pekerjaan kita dinilai daripada amalan hati. Itulah kaitan amalan dengan pekerjaan hati. Apabila niat ikhlas hanya kerana Allah semata-mata, amalan kita tadi akan menjadi mahal di sisi Allah.
Apabila niat kita terpesong bukan kerana ingin mendapat keredhaan Allah tetapi untuk mendapat pujian ataupun bagi menyaingi orang lain, amalan kita sudah tidak ada nilai dan menjadi tidak beerti lagi.

Ketahuilah kewujudan niat itu terletak pada hati. Hati yang bersih akan menghasilkan niat yang ikhlas. Daripada niat yang ikhlas akan muncullah kekuatan yang begitu besar yang mana kekuatan syaitan sendiri tidak mampu mempengaruhinya.

Kekuatan orang yang ikhlas inilah yang perlu kita capai. Oleh itu berusahalah membersihkan hati. (",)

Akhir : Tersimpannya iman dalam laci HATI

Aha. Panjang-panjang yang anda baca, inilah yang mahu dikhabarkan. Bahawa hati adalah tempat tersimpannya iman.

Adapun hati kita bersih, maka cahaya iman dapat hidup kekal dan lama di dalamnya. Setelah subur di dalam bekas yang baik. 

Tetapi iman tidak mampu bertahan lama dan tidak dapat hadir pada hati yang kotor. Keimanan hanya kekal pada hati yang bersih. Segala-galanya bermula pada paksi yang bernama hati. Baik ia, baiklah semuanya. Kotor ia, kotorlah semuanya. Hati-hati. ^^

Sabda Nabi ;


"Sesungguhnya dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota badannya tetapi seandainya daging itu rosak dan kotor, maka kotor dan rosaklah seluruh anggota badannya. Daging yang dimaksudkan ini adalah hati." (Riwayat Bukhari dan Muslim daripada Nu'man bin Basyir)

Jadi, bersihlah hati kita selalu. Inilah modal awal demi membuktikan yang kita orang muslim.

Mungkin setakat ini dulu coretan pada kali ini.

Semuanya tak lain dan tak bukan adalah untuk memberi kekuatan kepada diri sendiri agar terus kuat mengharungi badai kesenangan dan kemewahan dengan hati yang bersih, dalam masa yang sama ingin mengajak kita sama-sama tingkatkan diri.

P/s : Bila bertanya soal hati, yang membicaranya adalah mulut. Benarkah ia lahir dari hati?
Renungkan. (",)

10 comments:

  1. macam mana kita nak bersih kan hati ?

    nice entri :) sy suka . sy harap boleh dapat lagi ilmu seperti entri ni. sangat tenang .

    ReplyDelete
  2. > miss.Addin

    alhamdulillah,
    tentang soalan yg ditanya,
    mungkin boleh ke sini..

    http://lautanrabbani.blogspot.com/2010/12/jom-bersihkan-hati.html

    terima kasih,
    jemput dtg lg. (",)

    ReplyDelete
  3. SALAM SAHABAT...
    hati ini terisi bila membacanya..
    moga terus diatas jalan ini...

    ReplyDelete
  4. > andalusia

    waalaikumalam,
    huh. sahabat dri kejauhan,
    apa khbar? sihat?
    alhmdulillah,
    terharu dgn kehadiran enta,
    klu enta tringat ana kt sana,
    jemputlh dtg sini ya.. ^^

    moga dpt bersua lg kita ini.

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum wbt.

    Tajuk yang menarik untuk kali ini!=)
    Ana baca muqaddimah nta, ana ingat
    ana sorang saja yang ada masalah nak buka blog ni
    ('blog service')

    Untuk tajuk yang ana post hari tu ada ramai orang komen tp komen2 tu semua dah hilang.
    Tak tahu pergi mana. Pening dibuatnya.

    Masalah ana ni ada kaitan dengan nta punya tajuk kali ini..
    Hati yang sakit boleh menyebabkan iman kita menurun. Kan baik jika kita lebih risaukan hati yang sakit(bermasalah), daripada blog yang bermasalah.. btl x?^^

    Sebenarnya yang ini adalah peringatan utk diri ana yang sering lalai. Jika peringatan ini berguna untuk orang lain juga bolehlh ambil...
    Maaf ana meninggalkan jejak yang agak panjang di sini. (",)

    Sedang membaiki diri,
    ~permata yang dicari~

    ReplyDelete
  6. > waalaikumsalam wbt.

    masalah hati ini bukan enti sahaja yg merasai,
    semua org perlu merasai,
    hatta saya yg menulisnya,
    kerana hati sifatnya berbolak-balik,

    Allah. bila difikirkn balik,
    bidang penulisan lngsung tidak sama dengan bidang amal,
    sbb tulis itu mudah,
    tetapi nk amalnya memerlukan mujahadah yg kuat,

    Sama2 kita tingkatkn diri.

    terima kasih atas peninggalann jejak yg bermutiara. panjang pun xapa. ^^

    ReplyDelete
  7. assalamualaikum w.b.t

    hurm,berat rasanya nak komen bab masalah hati ini..rasanya tak kan pernah sampai ke penghujung masalah ni.
    Wallu A'lam,Allah shj yang lebih mengetahui..

    masalah hati terbahagi pada tiga rasanya.
    pertama,hati yang penuh dengan taqwa,maka pemilik hati ini suci dari akhlak yang kurang baik.insya-Allah.

    yang kedua,hati yang penuh dengan nafsu,dimana pintu hatinya memberi laluan buat iblis dan syaitan.sekiranya kita alpa sedikit shj,akan dhaiflah kekuatan iman..

    ketiga,hati yang terumbang-ambing antara kebaikan dan kejahatan atau bicara yang mudah,
    nak follow syaitan atau malaikat..
    hati ini ragu dengan daya tarikan kejahatan,dalam masa yang sama tertarik akan kebaikan.

    "Wahai Tuhan yang membolak-balikkan sekalian hati, tetapkanlah hatiku atas agamaMu (Islam). Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menzalim diri sendiri.

    ni sedikit perkongsian dr blog sahabat yg lain,kbetulan buka blog lautan rabbani ni,ta tahulah sama ada kena atau tak..

    wallahu A'lam...

    peringatan untuk diri ini yang saatnya senantiasa lalai dan alpa..

    ReplyDelete
  8. > ~nunaa~

    waalaikumsalam wbt,

    semakin lama semakin kagum saya pd cik nunaa,
    terima kasih atas perkongsian yg dilakar,
    mudah2an menjd lakaran bermakna buat semua.

    ya. saya sgt mengalu-alukn andai kata ada para pelawat yg singgah ingin menambah apa yg kurang,
    seperti yg dilakukan oleh cik nunaa.

    bersama kita belajar dan belajar,
    terima kasih sekali lagi.

    yang menghargai,
    ~ pelaut rabbani ~

    ReplyDelete
  9. "sakit hati aku"..

    Alhamdulillah..
    post yang menarik sekali..

    Mabruk ya Akhi...

    ReplyDelete
  10. > Little Mashitah

    Segala puji bagi Allah,
    terima kasih..
    mudah2an beroleh manfaatnya.

    ReplyDelete