Wednesday, October 12, 2011

6
Komen
~ Puitis : Berbahagialah di Hari Kelahiranmu ~

Kita jumpa di puncak kejayaan wahai sahabat. Moga Allah mengasihimu.

Kita dahulu sekali,
andai kamu kanan.. kami adalah kiri,
dan andai kamu kehadapan.. kami juga di sisi,
kita saling lengkap-melengkapi,
dengan bersama-sama membina kehidupan ini,
dari sekecil debu ingin menjadi matahari..

Teringat kami pada kenangan dahulu,
kami adalah kami,
kamu adalah kamu,
tidak saling mengenal.. tidak pula pernah bertemu,
tetapi kerana Allah yang Maha Tahu,
kita berjumpa di sekolah yang satu,
menjalani kehidupan sebagai pelajar baru..

Ketahuilah sahabat..

Kenangan lepas tidak akan kami tinggalkan,
cerita lama tidak akan kami lupakan,
kerana semua itu adalah sumber kekuatan,
kepada diri ini di bumi perantauan..

Pada kami kamu orang hebat,
menjadi Al-Fateh kepada keluarga,
pada usiamu yang masih muda,
untuk membawa keluarga ke gerbang syurga,
sungguh.. cerita ini bukan cerita biasa,
akan tetapi cerita ini cerita yang banyak mengalirkan air mata..

Diam kami seribu bahasa,
melihat langit mencari hikmah,
jawapan muncul seakan berbicara,
kamu manusia yang sangat bertuah..

Wahai sahabat..

Teruslah teguh di atas jalanNya,
teruslah berjalan di bawah redhaNya,
moga satu hari kitakan tersenyum bahagia,
mendapat syurga dengan penuh makna..

Ya.. hari ini kita berpisah,
dan hari ini hari kelahiranmu,
moga perpisahan ini ukhwah kita bercambah,
dan moga hari ini adalah hari yang ceria untukmu..



Sekian,
dari sahabatmu MQawiem dan A.Nabil,
 bumi Irbid, Urdun,
Khas buat sahabat kami Saleem Wahab,
~ Puitis : Berbahagialah di Hari KelahiranMu ~
Terima kasih.

6 comments:

  1. nukilan yang punya maksud yang mendalam..
    terharu~~
    moga Allah redha dengan ukhuwah kalian..

    ReplyDelete
  2. Bertuah kalian kerana memiliki sahabat yang hebat.,
    saling mengingatkan saat lupa,
    saling membantu saat susah,
    saling senyum saat bahagia,..

    Moga Allah Redha Salim,Qawiem,Nabil,Salman...

    ReplyDelete
  3. salam alaik akhi...

    membaca dengan penuh rasa terharu di jiwa..
    sungguh persahabatan kita terasa luar biasa..
    ini adalah hadiah hari jadi yang sangat sangat bermakna!
    jazakumullah khairan sahabat-sahabatku...

    (menulis komen dengan air mata bahgia)

    ReplyDelete
  4. salam dik,

    sungguh terasa dan terharu kerana pengalaman yang sama cuma akak tak dapat berhubung dengannya lagi..kalian berdua manusia bertuah

    ReplyDelete
  5. > Noor Azlen

    wassalam. trimas.



    > nukilan yg tersembunyi banyak cerita di sebaliknya,
    dan cerita2 itu adalah apa yg akan sentiasa disemat dlm jiwa ini.
    moga Allah sayang kita.

    syukran sis. :)



    > Hmm.. bersyukur sangat,
    ana secara pribadi mengakui sendiri yg mrk mpunyai kelebihan yg ana sendiri tidak ada.
    pasti! bilamana kami berkumpul kembali,
    langit akan tersenyum dan jiwa mngalir sebak.

    apa khbar UA?
    moga sentiasa kuat.. :)



    > Saleem

    wassalam,
    moga nta terus kuat salim,
    menjd manusia yg disegani,
    dlm masa yg sama mngajak manusia mengenal Ilahi.
    ya Allah.. peliharalah temanku ini. Amin.



    > anitaare

    wassalam kak,

    mendoakan agar satu ketika nanti Allah memberi keizinan kpd akak. Selamat ~ :)

    ReplyDelete