Wednesday, October 5, 2011

9
Komen
~ Minggu Haluan Siswa Jordan ~

Qawiem Khairi | Di hadapan dewan Kindi. Kuliyah Adab..


Minggu Haluan Siswa (MHS) sesi kemasukan 2011 telah pun melabuhkan tirainya kelmarin, 1 Oktober 2011. MHS kali ini mencatat sejarah sebagai MHS paling lama tempohnya, iaitu seminggu bermula pada hari Jumaat 23 September dan jumlah peserta paling ramai iaitu 200 peserta syabab dan 223 peserta akhawat.

Dengan tema “Membentuk Mahasiswa Islam Berkredibiliti”, para mahasiswa disajikan dengan pelbagai pengisian yang informatif. Mahasiswa diperkenal dan diberi pendedahan dari badan-badan rasmi PERMAI, Majlis Mahasiswa JUST MMY, Majlis Mahasiswa Yarmouk MMY, dan Unit Zakat Sedekah Jordan.

Buat julung-julung kalinya, Pengarah Jabatan Penuntut Malaysia Jordan yang baru, Prof. Madya Dr. Mohd Azidan Bin Abdul Jabar hadir di bumi Irbid bagi merasmikan program ini.

Pada hari pertama para pelajar mendapat perkongsian pengalaman dari senior-senior Irbid yang telah lama berkhidmat dengan persatuan. Wan Muhammad Najib Mohd Daud (tahun 3 Pergigian) sebagai moderator forum, Ahmad Firdaus bin Kadir (tahun 2 Syariah), Muhammad Asmi Syabil Ahmad Syukri (tahun 5 Perubatan), dan Ummi Syuhairah Abdullah (tahun 4 Usuluddin), masing-masing memberikan pandangan berdasarkan pahit manis mereka berada di sini sebagai pelajar dan berperanan dalam persatuan.

Sesi Latihan Dalam Kumpulan LDK kali ini pula membincangkan tentang matlamat dan hala tuju, pengurusan masa dan profesionalisma dalam interaksi. Setiap kumpulan diberikan topik untuk dibincangkan, dan ia dibentangkan dengan kumpulan-kumpulan lain.

Antara aktiviti yang mendapat sambutan hangat pada hari kedua adalah Open Debate bertajuk Mahasiswa Timur Tengah Kurang Kredibiliti. 3 wakil akhawat mempertahankan tajuk yang diberi, manakala syabab mematahkan hujah-hujah berkenaan. Open Debate ini berjaya mencungkil bakat dan pemikiran pelajar-pelajar baru.

Malam minggu, dewan Irbid meriah dengan persembahan-persembahan dari seluruh peserta program. Antara Ukhuwah, PERMAI di Hati, Impian dan Cita-cita, setiap kumpulan diberikan satu tema untuk dipentaskan dalam masa 10 minit sahaja. Para peserta berjaya memberikan pertunjukan yang terbaik dan kreatif walaupun berlatih hanya 2 hari.

MHS diakhirkan dengan perlancaran PERMAI Intelectual Circle, PINTAR secara rasmi, dan lawatan dari semua barisan kepimpinan Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia Jordan, MPPMJ. Dikesempatan itu juga MPPMJ merasmikan sebuah entiti baru di Jordan yang bernama Hal Ehwal Wanita, HELWI, sebagai badan mahasiswi induk di Jordan.

Kali ini anugerah peserta terbaik diberikan kepada Ahmad Lokman b Mazlan dan Wan Nur Syuhada Wan Abdul Halim. Manakala kumpulan terbaik adalah Kumpulan 24 bagi syabab dan Kumpulan 13 bagi akhawat. Tidak dilupakan, fasilitator terbaik sepanjang program adalah Luqman Ashaári dan Farhanah Tajurudin.

Tahniah dan syabas diucapkan buat PERMAI, barisan penggerak MHS, fasilitator dan semua peserta yang menjadikan program ini satu fenomena. Semoga dengan satu minggu yang panjang ini dapat membantu para peserta menjadi mahasiswa berkredibiliti, baik dari sudut akademik, sahsiah dan bermasyarakat.


Qawiem Khairi bersama barisan pelakon yang sempat bergambar dengan akhi Hilal Asyraf. ^^

9 comments:

  1. > [n_akn]

    orang hebat tu knailah. :D

    ReplyDelete
  2. tu la..
    lama dah tak jmpa org hebat itu.. :)

    ReplyDelete
  3. abang firdaus kadir tahun 3..

    serius, di awal persembahan, akak dah agak, ini mesti kumpulan yang ada sahabat..^^.

    semoga kalian juga dewasa dn meneruskan apa yang bakal kami tinggalkan di sini iAllah..

    ReplyDelete
  4. jauh perjalanan..
    luas pengalaman..

    slmt mnmpuhi kehidupan baru di tmpt yg baru..

    ReplyDelete
  5. > [n_akn]

    kalau mcm tu kena simpan cita2 utk jumpa. ^^



    >luv4Allah

    knp boleh agak kump yg ada shbt? :D

    perlu lebih byk tunjuk ajar dari org lama,
    insyaAllah. awal lg kot utk bercakap soal ni.
    sbb Pintar dan Permai masih mmerlukan sumbgn dri kalian. :)



    > WanN Syafiqah

    Jauh perjalanan..
    banyak ujian..
    rindu perkampungan..
    air mata bercucuran.. ^^

    btw terima kasih.



    > Peneroka

    tidak ada yg luar biasa pun akhi,
    semuanya apa yg kita pernah buat satu ketika dahulu..
    teringatkn enta lim. bila kita seringkali bersama. hmm..

    ReplyDelete
  6. IAllah, bila dia balik Mesia, kami pasti merancang untuk bertemu~~Moga Allah mengizinkan..(",)

    ReplyDelete
  7. > [n_akn]

    Amin. moga Allah perkenankan. :D

    ReplyDelete