Tuesday, January 24, 2012

12
Komen
~ Saat Salji Turun ~

Qawiem Khairi | Setelah lama menanti dan berharap, hari ini Allah pertemukan jua. Alhamdulillah.


Aku menggumpal ais bulat-bulat. Ditekan biar kejap. Agar terbangnya mampu pergi jauh. Ais yang sebesar bola hoki itu terus ku longtarkan ke angkasa. Saat ia jatuh menjunam, kelihatan seorang pemuda berkaca mata turut serta melakukan hal yang sama sepertiku. Lalu, dia bergerak untuk membaling sekuat hati gumpalan aisnya ke arah langit jua. Sasarannya adalah aku. Pasti.

Namun, belum pun sempat aisnya bertukar tangan, senjataku yang masih di udara terus meluncur laju tanpa disedarinya.

Bush! Sasaran tepat! Strike!

Aku tergelak seorang diri. Tetapi gelak tawaku tidak lama, bertubi-tubi serangan balas dia dan kawan-kawan sekeliling menghujani tubuhku. Aku hanya mampu berlari. Cuba mengelak dari terkena gumpalan ais mereka.

Begitulah sedikit sebanyak keadaan kami apabila pertama kali menjejak kaki di Ajloun. Aku berbicara seorang diri, akan nikmat yang telah diberikan. Aku punya kaki dan sudah ke merata tempat aku jejaki. Sebaliknya hari ini, Allah membenar aku dan kawan-kawan yang lain sampai di satu tempat yang belum pernah kami tahu akan kewujudannya.

Bilamana menjejak di Jordan pada awal semester dahulu, bual-bicara senior-senior sebagai orang lama di sini mengatakan bahawa di Ajloun adalah salah satu tempat yang akan turun salji apabila tibanya musim sejuk. Dan dengan izinNya, hari ini aku melihat akan kebenarannya. Hari ini aku merasai akan segala-galanya.


Peta Ajloun. Perjalanan dari Amman (ibu negara Jordan) menuju ke Ajloun.

Ajloun. Sedikit tentangnya. Sebuah tempat yang menjanjikan pemandangan yang indah dan memukau buat para pengunjung. Di sini, pengunjung boleh melihat istana kawalan, contoh terbaik seni bina ketenteraan Islam di samping kewujudan terowong, tangga dan dewan-dewan untuk diterokai.


Kenapa di Ajloun turun salji? Persoalan ini terbongkar apabila saya dapat tahu bahawa Ajloun merupakan bukit hutan pine yang tertinggi di utara Jordan. Dan untuk pengetahuan semua, 32km dari utaranya terletak Bandar Irbid – tempat tinggal saya di Jordan yang dikenali dalam catatan sejarah sebagai Arbilla. 



Kami bertolak ke Ajloun sekitar pukul sembilan pagi. Seramai sepuluh orang. Meredah bayu sejuk dan segar tanpa mempedulikan rayuan nafsu tidur yang kepenatan. Biasalah, bangun pagi sekitar suhu 4 darjah celcius. Masakan tidak menggigil badan ini dibuatnya.


Setelah penat bermain. Rehat sebentar untuk sesi bergambar. 


Muhammad. Siap sedia untuk menyerang kembali. Lihat kepada rambut, sudah tahu beliau orang yang bersemangat. Jangan salah sangka ya. Itu bukan rambut, tetapi benang yang seakan rambut. ^^

Sedang membayangkan 'ais kacang' dan 'cendol pulut' di Malaysia. Tidak sangka, saya jumpa keturunan mereka di sini. ^^ 


Mukhlis. Bersama pokok pilihan hatinya. Juga merupakan ketua untuk expedisi kali ini. Kelihatan gambar ini begitu cantik. Kalau nak tahu, sayalah yang snap. =P


Uzair. Umurnya sama dengan umur saya, tetapi dia sudah tahun kedua. Dahulu, ketika saya di Malaysia, saya selalu menjengah ke facebooknya. Melihat gambar-gambar dia menjelajah bumi Jordan. Kini, saya berdiri bersebelah dengannya. Alhamdulillah.


Dua orang sahabat. Akhi Qawiem. Berbaju merah. Satu-satunya manusia yang sama namanya dengan saya. Tapi ternyata dia lebih hebat lagi dari saya. Bersama akhi Afdholul Rahman. Penulis Langit Ilahi dalam ruangan Himmah. ^^


Qawiem Khairi | Cuba untuk berenang tetapi tidak bergerak. =P


Zarrin. Yang mesra dan ceria. Senang hati apabila bersama dengannya. Sempat berkenalan ringkas dalam kereta tadi. Anak bongsu daripada enam orang adik beradik. Status, masih bujang. ^^


Sebelum itu, silalah tonton video di bawah. Sebuah bingkisan dari saya di bumi Ajloun Jordan.
Kerana ketidak puas hatian kawan-kawan yang lain akibat diserang oleh saya, mereka mengambil kesempatan ketika saya buat video ini untuk menyerang kembali. Haha. Ok. Selamat menonton!




Sebagai kesimpulan untuk artikel kali ini, saya ingin mengucap syukur yang tidak terhingga kepada Allah, atas kesempatan peluang dan ruang diri ini menjejakkan kaki di bumi salji. Telah menjadi impian saya dari kecil, untuk melihat bagaimana keadaan negara yang mengalami musim sejuk, menyambut kehadiran salji.

Hari ini, semua itu sudah saya lihat. Jika di Malaysia, kita ada musim panas diselang seli-seli dengan musim hujan, tetapi tidak di Jordan. Berlakunya empat musim dan yang paling ketara adalah musim panas dan musim sejuk.

Buat anda dan anda yang masih belum berpeluang untuk bermain salji, saya ucapkan selamat datang ke
Jordan. Penuhi citarasa anda untuk bermain gumpalan-gumpalan ais dan membina snowman.

Sepertimana yang telah saya kata dalam tayangan ringkas di atas, terima kasih sekali lagi buat semua para pelawat Lautan Rabbani di atas kesudian anda semua yang sudi singgah di sini. Moga Allah merahmati dan mengeratkan hubungan kita antara satu sama lain.

Buat yang baru pertama kali singgah di sini, sambutlah salam perkenalan dari saya.

Mungkin itu sahaja, sebagai luahan rasa hati dan perkongsian cerita, walaupun di Jordan, saljinya tidaklah seperti negara-negara yang lain, yang memang lebat ia turun, tetapi pada saya sudah cukup untuk berterima kasih kepada Allah. Alhamdulillah.

Sekian,
Salam Mahabbah.

P/s : Mohon pada semua untuk menembak doa kepada ibu bapa saya di kampung. Moga Allah memberikan kesihatan yang baik kepada mereka. Tolong aminkan ya. Terima kasih.


12 comments:

  1. Assalamualaikum.

    Didoakan moga mak ayah Qawiem diberikan kesihatan yang baik..amiin ya rabbal alamiin.

    >>seronok dapat pegang salji :) sini rasa sejuk juga,sbb hujan tak berhenti turun heh~

    ReplyDelete
    Replies
    1. wassalam.

      Terima kasih atas doanya. Moga Allah menerima.
      >> sini kalau hujan turun, suhu boleh mencecah 2 atau 3 darjah celcius. :)

      Delete
  2. Salam ziarah. Allah, seronoknya dapat main salji. Zagazig tak turun salji pun. bersyukurlah ~ :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam ziarah kembali. Nak suruh datang jordanlah tu.
      Jemput-jemput. =D

      Delete
  3. Assalamualaikum..

    waa bestnya dpt merantau negara org+ main salji, huhu (jeles2)
    mudah-mudahan satu hari nanti saya juga dapat memijak bumi jordan(belajar),insya'Allah :D

    Moga ayah anda dalam keadaan sihat walafiat,amin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam..

      Alhamdulillah. moga Allah permudahkan segala urusan anda untuk datang sini. Jazakillah atas doanya. Moga Allah kasih.

      Delete
  4. Salam Pelaut~~
    Wah, bestnya dia boleh main salji..
    hanya menyimpan kejelesan dari kejauhan..

    Semoga Allah mengurniakan kesihatan yg baik buat ibu dan ayah qawiem..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam.
      Takpa, satu hari nanti, moga Allah memberi kesempatan juga buat kak nailah. Terima kasih atas doanya ya. :)

      Delete
  5. Assalammualaikum...qawiem,wahh best nya qawiem..merantau d negara org...siap main baling3 salji lg..eheheheheh...rasa jelous sgt3 ni,klu sabirah...rasanya blh main kat dlm angan2/mimpi saja :(..nak pegang blh g kat kdai jual abc saja :P .eheheheheheh ^^ semoga ayah dan ibu qawiem dlm keadaan sihat sentiasa..amiin ya rabbal alamiin,...dan qawiem d sana,ceria2 selalu!!! :) <3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam.

      Alhamdulillah. Jemputlah datang sini. Mudah-mudahan satu hari nanti Allah bagi kesempatan untuk main salji juga. Lagipun, tidak ada beza sangat salji dengan abc di malaysia. :)

      Syukria atas doanya.

      Delete
  6. salam qawiem...

    wahhh!!! bestnya nta dapat men salji.. untung la bljar kt negara org negara 4 musim plak tu..

    moga Allah bg kesihatan pd ibubapa nta... :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. wassalam..

      haha. main serang hendap enta no. apapun terima kasih atas komennya.
      muhammad al-fateh mantap! :D

      Delete