Wednesday, November 2, 2011

9
Komen
~ Puitis : Biasa Dalam Jiwa Luar Biasa ~

Bersama sahabat yang biasa pada luarannya, tetapi padaku dia luar biasa - A. Nabil

Berbicara soal insan luar biasa. Makin hari ke hari makin ramai yang saya jumpa, luarannya biasa, tetapi dalam diam mereka ibarat anai-anai yang mencipta suasana. Tup.. tup.. meletop! Tup.. tup.. almari yang besar boleh runtuh! Begitulah ilustrasinya. Dan mereka ini, banyak membuka mata dan memberi inspirasi kepada saya untuk menjadi seperti mereka.

Kenapa? Sebabnya hanya satu kerana mereka manusia dan saya juga manusia. Tetapi kenapa mereka sahaja yang mampu menjadi luar biasa? Tidak saya? Dan kenapa tidak anda? Saya yakin.. Allah Maha Adil. Maka, ayuh sama-sama kita menjadi manusia yang luar biasa.

Kerana kagum kepada mereka, saya hasilkan puitis kepada anda. Minta maaf kalau tak faham. ^_^


Walaupun luarannya biasa,
mata yang tertutup sebenarnya terbuka,
tangan yang kecil sebenarnya ada kuasa,
hatta fikiran yang tidak nampak,
perancangannya berputar seluas angkasa.

Walaupun luarannya biasa,
kesan di hujung cerita,
ramai yang tidak jangka,
hatta yang selalu bersamanya,
seakan teruja melihat hasilnya.

Walaupun luarannya biasa,
darah yang mengalir di dalam tubuhnya,
bukan sahaja merah tetapi bercahaya,
tulang yang menjadi tunjangnya,
bukan sahaja keras tetapi bertenaga.

Maka langit menjadi saksi,
maka bumi bahagia dijejaki,
oleh mereka yang takutkan Ilahi,
oleh mereka yang hakikatnya luar biasa ini.

Yakinlah!

Yang luar biasa seperti ini,
tidak akan mudah berasa rugi,
walaupun seluruh manusia tidak pernah memahami,
walaupun seluruh manusia seringkali mencaci,
namun kerana pandangan Ilahi,
semua yang mendung menjadi indah bak pelangi.

Yakinlah!

Yang luar biasa seperti ini,
tidak akan mudah untuk menyesali,
walaupun dugaan yang datang lebat menghujani,
walaupun cobaan yang datang tajam berduri,
walaupun rintangan yang datang semasin laut mati,
tetapi kerana percaya kepada janji,
lautan api sekalipun pasti diredahi.


Sekian,
Terima kasih,
~ Puitis : Biasa Dalam Jiwa Luar Biasa ~
Menulis di bawah suhu 12 darjah celcius,
Bayt Sahel Urdun,
.:: Pelaut Rabbani ::.

9 comments:

  1. "diam mereka ibarat anai-anai yang mencipta suasana. Tup.. tup.. meletop! Tup.. tup.. almari yang besar boleh runtuh!"

    tamsilan yang menarik.. hebat.. (",)

    ReplyDelete
  2. tangan mereka menggengam awan

    ReplyDelete
  3. qawiem oooiii..hang ni blajaq ka dak dok blogging ja memanjang..jgn lupa tujuan pi sana utk cari ilmu sebanyak mungkin, bukan utk berkawan2 bercereka2 ja! XD

    ReplyDelete
  4. > nam

    alhamdulillah. harap maksudnya sampai.



    > ummu_ammar

    :)



    > Anonymous

    dengan tangan mereka juga insan lain banyak berubah.



    > Aimi chan

    terima kasih atas peringatan. sblm entry ni, dh enam hari x update, jd.. mencari juga masa agar minat terhadap blogging tidak terus pupus.

    apapun terima kasih sekali lagi atas peringatan.
    insaf ~ =)

    ReplyDelete
  5. best.
    agaknya enta makan apa ya boleh tulis seindah ini?

    ana nak makan apa yg enta makan. haha

    ReplyDelete
  6. salam...

    moge sihat...puisi yg canteeq...

    coretkan sumer pengalaman petama kali beraya di bumi jordan...jaga diri...

    salam aidiladha
    "Kullu 'Am Wa Antum bi Alfi Khoir"

    ReplyDelete