Masa lapang sebelum sempit. Hargailah! |
Apa khabar semua pembaca yang dikasihi? Harapnya semua sihat dan bahagia selalu. Pejam celik pejam celik, rupa-rupanya sudah lama blog ini tidak diupdate. Hinggakan ada yang pernah menghantar mesej personal kepada saya sebagai gesaan untuk mengupdate blog.
Tepuk dada tanya kembali hati. Bukankah dahulu, ketika awal penubuhan blog ini, salah satunya adalah wadah untuk menceritakan pengalaman serta kenangan baru yang ditimba dari . ‘perigi’.
Tepuk dada tanya kembali hati. Bukankah dahulu, ketika awal penubuhan blog ini, salah satunya adalah wadah untuk menceritakan pengalaman serta kenangan baru yang ditimba dari . ‘perigi’.
Atau dengan kata lain Jordan. So, Apa yang telah terjadi?
Kenapa tidak terlaksana? Hanya berputar dalam bulatan tahi ayam sahajakah?
Atau hanya nak bagi bunyi sempoi sahaja? Aha.
Bila soalan itu yang menjunam ke pangkal hati, letusan gunung keegoaan mula goyah sedikit demi sedikit. Larvanya mula keluar tanda gunung tersebut bakal bergegar menghentam Lautan Rabbani.
Lihat. Inilah hasilnya. Anda sedang membaca kembali coretan dan lakaran kehidupan seorang pelaut kehidupan. T.T
Rata-rata yang saya jumpa, kebanyakan penulis khususnya kepada yang menulis blog – suka untuk menggunakan talian hayat ; “Oh, aku tidak ada masa nak menulis.” Atau “Aku sibuk sikit sekarang ni. Biasalah, PM orang katakan.” Talian hayat yang berbaur kesibukan. Talian hayat yang berbaur kemiskinan masa.
Namun, pada saya talian hayat tersebut adalah talian hayat yang palsu. Betul atau tidak itu kita yang bergelar penulis inilah sama-sama yang tahu.
Apabila medan penulisan atau blog sudah tidak diupdate beberapa lama, hinggakan pembaca setia yang datang berasa hampa disebabkan penulisan kita adalah penulisan yang basi, maka apabila kita kembali menulis, sudut pemikiran kita ketika itu tidak akan lari dengan memberi alasan ; “Maaf, saya terlalu sibuk!”
Sedangkan pernahkah kita teliti.. masa kita yang ada benar-benarkah berkualiti? Kelapangan yang ada benar-benarkah diisi? Kekosongan yang ada, memang betul-betulkah dipenuhi? Andai sudah cukup semua itu sekalipun, kita kembali semula kepada soal insani, sejauh mana masa-masa kita yang dipenuhi tadi mampu menceriakan penjaga pintu mati?
Hah. Apa pulak ni? Tadi sentuh tentang penulisan. Selepas itu pergi kepada tidak ada masa untuk menulis. Tiba-tiba muncul pulak pintu mati. Apa yang dia nak sampaikan sebenarnya? Hidup pun sebagai pelaut, nak terjun dalam bidang penulisan. Patutlah berbelit bunyi ayat. Noktah.
Susunan-susunan ini sebenarnya berkait rapat. Kita tidak perasan bila kita tidak benar-benar teliti dan fahami. Dalam banyak-banyak amalan sebagai contoh dalam medan penulisan blog. Kita selalu memasinkan mulut kita dengan alasan - aku tidak ada masa. Sedangkan banyak sahaja masa yang terluang.
Sebab itu saya menyoal kembali tadi, andai kata kalau masa kita itu betul-betul ‘pack’. Tidak ada masa untuk menulis, benarkah masa kita tadi diisi dengan perkara-perkara yang mendatangkan faedah. Dengan perkara-perkara yang memang betul berkualiti. Yang boleh kita jadikan sebab kukuh ; aku mengutamakan parioriti.
Atau, kita hanya suka menggunakan istilah ; - aku tidak ada masa atau aku sibuk dan sebagainya, dalam masa yang sama kita ini adalah hamba kepada masa lapang.
Maka, dimanakah kayu pengukurnya yang mengatakan aku terlalu sibuk itu!?? Pranggg.. pecah kaca hati!
Timbul pula persoalan, apa kaitan penjaga pintu mati dengan penuhi masa lapang pula?
Begini. Terang-terang walau tidak pakai lampu suluh kita mengatakan bahawa masa yang ada telah kita penuhi. Masa yang ada memang betul-betul sesuai dengan parioriti atau dalam bahasa latinnya keutamaan. Disebalik maksud tersirat, kita adalah yang pakar dalam mengisi masa lapang.
Namun, seandainya penjaga pintu mati atau malaikat maut yang sedang mengintai-ngintai kita itu datang dengan bukan lagi sebagai intaian, tetapi sebagai hari tersebut memang betul hari kematian, adakah amalan kita yang terisi tadi mampu menceriakan malaikat maut yang datang sebagai pelaksana tugasan?
Lihat. Dalam kesibukan kita itu.. kita ada memfokuskan parioriti iaitu sebagai pelajar, aku akan belajar lima jam tanpa henti. Ya, memang betul kita mengisi masa kita dengan belajar. Masa yang berlalu, memang yakin berbaloi. Semua yang dihafal semuanya meresap. Semua yang dibaca semuanya mujarab. Semua yang diulang kaji semuanya berasap. Tiba-tiba, ditengah-tengah masa kita itu, tersangkut dengan waktu sembahyang Zohor.
Tetapi kerana mengejar kejayaan dunia, kita lebih mementingkan belajar. Sebab kukuh, belajar juga ibadah! Setelah tiba sahaja azan Asar, nyawa kita ketika itu adalah nyawa ‘byebye’, hembusan nafas waktu itu adalah hembusan nafas yang terakhir.
Maka, adakah penjaga kematian akan tersenyum semasa datang menyambut?
Disitulah kaitannya. Jelas?
Dan ringkasan kepada keseluruhannya, kita bukan tidak ada masa.. tetapi kita tidak pandai menyusun dan membahagi masa. Andaikata kita pandai menyusun masa sekalipun, lihat kembali keutamaannya.. menjurus ke arah dunia sahajakah atau menjurus ke arah dunia dan juga akhirat.
Isu ‘penulis’ atau isu ‘bidang penulisan’ yang saya jadikan sekapur sireh di pendahuluan tadi bukanlah perkara pokok yang ingin difokuskan, tetapi ia tidak lebih hanyalah analogi untuk sama-sama kita meneliti kehidupan yang sementara dan fana ini.
Kerana apa, kebanyakan contoh realiti.. ramai yang memberi sebab aku terlalu sibuk untuk ke majlis-majlis ilmu. Aku dah bosan dengan perkongsian-perkongsian agama, aku ada banyak lagi kerja yang lebih penting dan sebagainya.
Akhirnya kita tersadai di tepi pantai yang kita rasa pantai inilah tempat yang menenangkan, sebaliknya pantai yang seratus lebih baik itu terkabur dek kerana kelemahan kita untuk memahami parioriti akhirat yang berpanjangan.
Oleh itu seperti biasa, ambillah yang baik, tinggalkan yang buruk. Sama-masalah kita belajar untuk mengurus masa. Mengurus kehidupan dan mengurus rasa cinta kita kepada Tuhan yang Maha Kuasa.
Sambutlah salam riang dari seorang pelaut di tepi kali,
Pelaut Rabbani.
Pelaut Rabbani.
Sekian dan jumpa lagi. =)
I'm first...!!
ReplyDeleteSaya antara yang menanti keluarnya entri baru daripada kamu,MQ...
Oh,pesanan yg menusuk hati,...
jgn kata saya "Maaf,saya terlalu sibuk"...
kerana Allah beri kita masa yang cukup sebenarnya, cuma bagaimana kita penuhi dan menyusun masa dengan sebaiknya...
Terima Kasih atas pesanan bermakna ini,..
MQ, teruslah tersenyum riang di sana.
> Ummu Ammar
ReplyDeleteTerima kasih knawal. Harapnya penantian itu tidak membosankan.
Bila mahu sambung catatan Nadi KMK?
Harap ada kelapangan.. juga tidak menyusahkan. :)
mengorak langkah dgn segunung harapan
ReplyDeletemoga lakaran ini mmpu terkesan di hati pembaca..
~ terus melangkah walau diri sering rebah ~
^_^ mawar.
pelaut, rajen-rajen lah update entri. anda sangat puitis orangnya :D
ReplyDelete> Mawar berduri
ReplyDeleteinsyaAllah.. terkesan di hati pembaca dan terkesan di hati penulis itu sndiri.
terima kasih.
> Mior syabab
insyaAllah. haha.. dpt inspirasi dri enta sbnrnya.
jemput dtg lagi..
"Namun, pada saya talian hayat tersebut adalah talian hayat yang palsu. Betul atau tidak itu kita yang bergelar penulis inilah sama-sama yang tahu." - QK
ReplyDeleteayat tu mmg bagus untuk ditujukan kpd semua penulis.(termasuk ana) :p menulislah tanpa henti untuk mengejar redha Ilahi. :)