Monday, September 5, 2011

15
Komen
~ Diari : Aku Sudah Terbang ~

Terima kasih kepada yang mendoakan.

Assalamualaikum wbt.

Salam ceria dan bahagia dari saya seorang pelaut. Setinggi-tinggi rasa syukur atas segala anugerah serta kesempatan yang dihadiahkan kepada diri ini baik secara sedar mahupun tidak. Baik secara dirancang dan juga tidak dirancang.

Kita tidak ada kuasa untuk mengubah segala ketentuan Allah. Kita juga tidak ada daya dan upaya untuk mengetahui bilakah kematian akan datang menjengah. Oleh sebab itu, sewajarnya kita perlu sedar bahawa saya dan anda adalah makhluk yang sentiasa kerdil dan lemah. Itu saja..

Perjalanan bermula dengan menaiki anak tangga




Anak tangga yang kami rentasi adalah penerbangan untuk ke bumi Jordan. Bermula dengan garisan permulaan di Lapangan Terbang Kepala Batas pada jam 9.30pm bersamaan hari raya kempat, kami terus ke KLIA dengan “burung” MAS.


Sepanjang berada di dalam flight, pelbagai senda gurau yang kami betahkan sebagai modal mengisi kesayuan malam. Mana tidaknya.. baru lepas bersalaman dengan keluarga tersayang sebelum melangkah kaki melepasi ruangan perlepasan. Sedih. Sayu. Gembira. Teruja. Tidak percaya. 


Seakan perasaan yang berpusing di dalam satu bulatan yang sama. Bermain-main di fikiran umpama malam itu malam yang sangat bersejarah. Akhirnya, air mata secebis dua tidak dapat ditahan lagi.. ia mengalir membasahi pipi.

Apabila tiba di KLIA, telefon bimbit kesayanganku terus dicapai sebagai "koling-koling last" sebelum meninggalkan tanah air tercinta. Bukan keseorangan bahkan rata-rata daripada kami semuanya berkelakuan sebegitu. Sekali imbas, kelihatan seperti sebuah sandiwara lakonan. Manakan tidak, semuanya bercakap telefon dalam satu masa. 

Masih tidak berhenti menghubungi dan dihubungi.

Hampir tiga jam lebih kami menunggu di KLIA. Kerana penerbangan kemudian pula pada pukul 3.15am waktu Malaysia. Masa yang dirasakan lama itu kami gunakan sebaiknya. Solah, makan, bergambar, tukar duit dan ada yang masih sebak melayan perasaan yang bercampur baur.  





Ulang tayang semuanya



Saya bersama dua orang lagi sahabat yang bersama-sama ingin melanjutkan pengajian di Jordan, kami duduk sebentar bertanya sesama sendiri. Benarkah apa yang akan kami lalui sebentar lagi? Adakah semua yang dirancang selama ini akan menjadi kenyataan?

Yalah.. masing-masing asyik berbicara tentang Jordan sebelum ini. Sebut tentang makan.. sebut tentang kos pengajian.. sebut tentang persatuan pelajar.. sebut tentang persediaan dari segi diri dan hati.. dan sebagainya. 

Semuanya diputar kembali. Diingat semula akan segala kenangan-kenangan sepanjang persediaan yang telah kami lakukan. Ada orang tanya.. Persediaan apa sangat yang hampa buat sebelum pi? Maaf. Loghat Peghlih sikit.

Saya dengan senang hati berkata - tersangat banyak persediaannya. Ziarah ustaz-ustaz. Mengisi borang Kementerian Pengajian Tinggi bersama-sama. Belajar bahasa arab. Berkongsi pengalaman. Mencari sumber dana dan bermacam-macam lagi. Hinggakan persahabatan kami bukan lagi bermanis tebu di mulut, tetapi segala pengorbanan telah tercurah dan terbukti dalam urusan persediaan kami untuk ke bumi anbiya' ini.  


Satu hati punya pasai. Telefon bimbit pun serupa. (",)



Percaya atau tidak.. ini adalah buktinya.


Doakanlah kami agar hubungan ini berkekalan hingga ke akhirnya. Asam garam tetap ada, harapnya tidak berlebihan dalam masakan ukhwah ini.

Semuanya bukan lagi mimpi




Menanti giliran seterusnya. Renyah sikit kat sini. Tapi ceria. (",)

Kuwait Airways. Boleh diumpamakan sebagai medan selera kami. Sebab asyik makan ja dalam tu. ^^

Ustaz Khairul. Seorang ustaz yang banyak membantu kami. Moga Allah kasih dengan beliau.

Dari Kuala Lumpur terus ke Jordan mengambil masa kira-kira sepuluh jam. Dengan Kuwait Airways kami berlayar merentas langit tinggi. Membelah laut arab kemudian transit di Kuwait sementara menamatkan perjalanan di Queen Alia International Airport Amman.

Bilamana menjejak kaki di bumi Jordan, kesyukuran dipanjatkan setinggi-tingginya kepada yang Maha Kuasa atas perkenanNya mencapai cita-cita. 

Daripada ilmu yaqin kepada ainul yaqin. Sehinggalah kami berpijak sendiri di atas bumi anbiya' ini. Di situlah akan lahirnya haqqul yaqin.


Pandangan dari Airport Queen Alia. Sudah tiba di Jordan. ^^

Inilah catatan pertama yang telah saya tulis di 'oversea'. Mungkin sebagai catatan perjalanan atau surat layang kepada yang menanti berita daripada kami. Mengenai kesihatan, alhamdulillah Allah masih menjaga diri dan harapnya Allah juga menjaga hati kami. 

Sekian dulu berita dilaporkan. Berita disunting oleh Pelaut Rabbani. ^^

P/s : Biasalah apabila tiba di tempat baru, bermacam cerita yang ingin dikongsikan. Maka, nantikan ya perjalanan hidup saya di bumi Jordan. Akan dilakar dalam post yang akan datang. Yu'tikal 'afiyah. ^^


Sekian,
Pelaut Rabbani.
Irbid Jorden.




15 comments:

  1. semoga terus sukses di bumi Jordan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. amin. semoga terus sukses di dunia juga akhirat.

      Delete
  2. Assalamualaikum Qawiem..
    tudia..akhirnya muncul update terbaru dari pelaut nun jauh di Jordan..dah macam YB dah hampa 3 org.. :)
    Alhamdulillah, kalian selamat tiba di Jordan..
    Menanti coretan seterusnya dari insan2 yang baru terbang..
    Semoga Allah mempermudahkan urusan2 Qawiem, Nabil juga Zulkarnain..

    Moga Allah redha~~

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam,
      alhamdulillah. selmat sampai ke bumi yang bersejarah ini. Nampak mcm YB tu sbb nak bg seragam. Biasalah.. baru pertama kali dalam hidup.

      InsyaAllah. Post seterusnya akan menyusul tidak lama lagi.. Allah yubarikfik.

      Delete
  3. mabruk a'laik..tahun ke brapa? mu'tah ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. baru nak masuk tahun pertama. eh taklah. fi mantiqah irbid jamiah yarmouk.

      Delete
  4. Salam buat perantau...(^_^)

    Khabar yg dinanti dari seberang laut telah tiba..
    Alhamdulillah,semuanya telah selamat tiba di sana.

    Amacam? Sudah terasa seperti berpijak di bumi nyata kah?

    Moga segalanya dipermudahkan utk MQ,NN dan Z...

    Mengharap kasih Allah selamanya,,

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam

      waktu awal sampai dulu masih x rasa berpijak di atas bumi nyata,
      tp bila dh lama-lama ni,
      mula menyadari dan menjiwai..

      amin. teruslah mendoakan kami. tambah2 doa dari orang yg hebat. moga Allah makbulkan.

      Delete
  5. Salam, MQ

    Dok nantikan juga calling anta, hehe.Apa pun, selamat menuntut ilmu di Jordan. Terbayang Sheikh Kabir yang akan pulang 4 tahun lagi dari bumi Ilmu.InsyaAllah

    BroHamzah

    ReplyDelete
    Replies
    1. wassalam abg ali,

      Allahuakhbar, Ana bukan xmau kol abg ali,
      pernah terdetik dan teringin sangat-sangat nak kol,
      tp kenapa ntah boleh tak teringat malam kat klia, InsyaAllah. Ada kesempatan, calling dari Jordan akan tiba di sana. Tunggu. =)

      Jazakallah abg ali atas doanya.

      Delete
  6. alhamdulillah selamat bermusafir.. doakan saya n sahabat2 yg akan musafir ke jordan esok:) moga bertemu di sana

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah. Moga Allah mempermudahkan perjalanan anda ke sini.

      Delete
  7. salam...

    alhamdulillah ^_^

    **moge sihat**

    ReplyDelete
    Replies
    1. wassalam. alhamdulillah sihat. cuma terasa homesick sikit. rindu keluarga.

      Delete
  8. Agak lama tak menjenguk ke blog ini.Apapun alhamdulillah dan semoga dipermudahkan Allah segala urusan di sana.

    p/s:Hp serupa-sangat comel^^

    ReplyDelete